Isnin, 3 Oktober 2016

RULE UNTUK CALON ISTERI BAB 8

SUDAH empat tahun aku mengambil-alih perniagaan dari Kak Tini. Itupun dari bantuan Abang Qiemee yang membantu dalam diam. Dia membayar baki modal perniagaan pada Kak Tini tanpa pengetahuanku. Patutlah Kak Tini tak kisah apabila aku katakan yang aku ingin membayar modal secara ansuran.
            
Rupa-rupanya, modal yang aku bayar padanya dikembalikan kepada Abang Qiemee. Pada saat bayaran ansuran yang terakhir barulah Kak Tini ceritakan semuanya. Bagus betul mereka berdua menyimpan rahsia.

Pagi ini aku merajinkan diri menyapu laman yang penuh dengan daun kering. Sekurang-kurangnya dapat keluarkan peluh. Sudah lama rasanya tidak bersenam. Selepas macam-macam dugaan yang bertimpa, memang tak ingat langsung untuk menjaga kesihatan diri.

“Wah, mama Maira dah glamourlah. Satu Malaysia boleh tengok gambar mama dekat Majalah Bisnes. Cover page lagi,” Abang Qiemee menegur.

“Eh dah keluar ke? Bukan bulan depan baru keluar ke?” tanyaku kehairanan.

Bulan lepas memang ada wartawan dari Majalah Bisnes datang menemuramah aku di butik. Katanya ini adalah untuk keluaran 2 bulan yang akan datang. Tak sangka awal pula diterbitkan.

“Ni gambar mama. Habislah lepas ni mesti ramai peminat datang nak autograf. Kalau nak guna khidmat bodyguard, abang boleh je jadi bodyguard tak berbayar,” usik Abang Qiemee sambil tertawa.

Aku mengambil majalah yang ada di tangan Abang Qiemee. Kubelek-belek majalah itu dengan tajuk ‘Puteri Humaira : Mengambil Kesempatan dengan Bisnes’. Nilah tugas wartawan. Nak kasi laku majalah, tajuk pun kena sensasi. Bahaya betul kalau disalah tafsirkan. Macam aku suka ambil kesempatan pula.

Gambar aku di depan butik terpampang sebesar-besarnya. Di bahagian dalam pula gambar aku bersama pekerja dan juga koleksi pakaian di butik. Banyak juga jalan cerita yang ditokok tambah. Itu yang aku paling malas bila ditemuramah.

Kita kata keuntungan lebih kurang RM500,000.00 setahun, dia tulis RM500,000.00 sebulan. Umur aku 26 tahun, dia tulis 24 tahun. Hentam sahajalah. Kalau betul keuntungan yang aku perolehi seperti yang ditulis, tidaklah aku masih menyewa di sini.

“Cantik Maira dalam majalah ni.”

“Dalam majalah je? Kat luar tak cantik?”

“Kat luar lebih cantik lagi. Wartawan tu terpukau dengan Maira sampai tak percaya umur Maira 26 tahun. Tu pasal dia ubah ke 24 tahun. Masih muda belia.”

“Jangan nak provoke.”

“Abang tak provokelah. Ini pengakuan ikhlas dari hati. Segan pulak abang nak jalan dengan Maira lepas ni. Seorang wanita berjaya yang mempunyai syarikat sendiri dengan usaha sendiri. Mempunyai hati yang kental untuk berjaya dan membuktikan pada dunia kekecewaan bukanlah penghalang untuk berjaya malah dijadikan penguat untuk mengharungi setiap cabaran.”

Kalau puji, mesti melambung-lambung. Itulah dia Abang Qiemee yang aku kenal dari dulu.

“Tak payah nak segan dengan Maira. Ni cerita dalam majalah aja. Kisah sebenarnya abang lebih tahu, semuanya tak segah mana pun. Nak berdiri sendiri pun tak mampu tanpa pertolongan abang. Inikan pula nak rasakan hati ni kental. Maira tak kuat tanpa abang.”

“Abang bangga dengan Maira sebab abang lebih tahu cerita sebenarnya macam mana Maira berusaha untuk berjaya. Maira aminkan ajalah tentang kejayaan Maira yang ditulis oleh wartawan tu. Mana tahu boleh jadi kenyataan. Time tu abang jadi driver Maira pun boleh.”

“Orang handsome macam ni nak kerja jadi driver? Dah tak yah nak mengada-ngada. Kerja dah elok kat syarikat minyak tu ada hati nak jadi driver.” Aku pulangkan majalah itu kepada Abang Qiemee  semula.

“Wahhh Maira cakap abang handsome? Jarang-jarang dengar pujian yang macam tu.”

“Malas nak puji, nanti abang perasan lebih. Maira rasa nak muntah bila abang buat muka bangga riak sambil kuis rambut ke belakang.”

Teringat kisah pertama kali berjumpa dengan Abang Qiemee. Memang itulah habitnya yang kadang-kadang buat aku rimas melihat rambutnya yang terjuntai-juntai menutupi mata. Rasa macam nak tolong ambil gunting dan potongkan.

“Ada ke abang buat muka macam tu?” Berlapis kening Abang Qiemee bertanya soalan. Aku hanya senyum meleret.

“Tapi kalau abang buat pun apa salahnya? Rambut abang, suka hati abanglah. Ini namanya style okey.”

“Style sangat. Kalau abang tu muda belia tak apalah. Barulah orang panggil artis K-Pop. Tapi tahun ni dah masuk 3 siries, tak payahlah buat macam tu.”

“Eh... Ni style abang dari dulu tau. Budak-budak muda tu yang baru nak mengikut. Nasib baik rambut ni abang dah cantas, kalau tak ramai budak-budak perempuan yang terkejar-kejar abang untuk minta autograf. Mesti dia orang ingat abang ni artis Korea.”

“Korea sangat. Perasan.”

“Dahlah sangat-sangat tu… Lepas ni kita keluar nak? Dah lama tak keluar dengan Maira. Shaheem pun merungut Maira sibuk sangat sekarang. Selalunya abang dan Shaheem keluar berdua aja.”

Abang Qiemee buat muka sedih. Pandai betul berlakon.

“Maira sibuklah abang. Kalau abang nak keluar dengan Shaheem, nanti Maira suruh bibik siapkan Shaheem ya.” Saja aku memberi alasan sedangkan hari ini aku memang sudah kosongkan jadual semata-mata untuk meluangkan masa bersama Shaheem.

“Abang nak keluar dengan Maira sekali. Maira tak kesian kat Shaheem ke?”

Ni yang aku lemah kalau guna nama Shaheem.

“Okeylah, tengah hari nanti kita keluar. Tapi nak pergi mana?”

“Kita pergi mall, lepas tu pergi jalan-jalan kat Pantai Kemasik lepas tu kita...”

“Banyak lepas tu... Pergi pantai buat apa?” Cakapnya kupintas. Banyak sangat perancangannya dalam kepala untuk masa satu hari. Berjalan-jalan ke satu destinasi sahaja lebih baik dan tidak memenatkan.

“Saja jalan-jalan, hirup udara segar. Relase tension. Bawa Shaheem pergi playground,” kata Abang Qiemee sambil memerhati aku yang tegak berdiri di hadapannya.
            
“Baiklah abang.”

Terpamer senyuman di bibirnya apabila persetujuan kuberikan.



AKU berhenti di hadapan kedai buku. Mataku tajam memerhatikan keadaan di dalamnya. Tiba-tiba ada tangan yang menarikku masuk ke dalam kedai itu.

“Lain kali kalau nak singgah, cakap aja. Jangan tercegat macam ni. Tak payah tengok dari jauh.” Aku meleraikan tangan Abang Qiemee yang memegang lenganku. Sebelah lagi tangannya mendukung Shaheem. Troli telah diletakkan di tepi kedai buku. Entah berapa lama agaknya dia memerhatikan aku.

“Tak nak susahkan abang. Tengok ni, troli dah penuh. Macam-macam yang abang belikan untuk Shaheem dan Maira.”

“Yang dalam troli ni Shaheem punya. Untuk Maira belum beli lagi. Setakat nak beli barang dapur sekali sekala pun takkan nak berkira? Maira pun selalu masakkan untuk abang tanpa bayaran kan. Jom masuk cepat, nanti tak sempat pergi pantai.” Abang Qiemee menarik lenganku sekali lagi.

“Papa nak otoman…” Shaheem yang masih pelat bercakap menunjukkan patung altraman di dalam kedai buku itu.

“Shaheem nak berapa?” Abang Qiemee melayan karenah Shaheem. Shaheem tunjukkan lima jarinya.

“Wah banyaknya. Okey kita cari keluarga altraman ya. Ada Altraman Ace, Altraman Seven, Altraman Taro, Altramen Tiga, Altraman Gaia. Kita beli semuanya ya.”

Aku terkesima apabila Abang Qiemee sebutkan nama-nama altraman itu. Dia ni peminat altraman juga ke? Shaheem pula melompat-lompat kegembiraan. Aku gelengkan kepala. Abang Qiemee terlalu memanjakan Shaheem. Apa sahaja yang Shaheem minta pasti akan dipenuhi.

Mereka terus menghala ke arah  keluarga altraman dan aku berhenti di rak buku yang meletakkan buku-buku tentang perkembangan awal kanak-kanak.

Aku capai tiga set buku yang mengenalkan kanak-kanak perkataan di dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Jawi. Aku akan pastikan Shaheem mendapat ilmu yang secukup-cukupnya untuk bekalan kehidupannya nanti.

Setelah berpuas hati dengan ketiga-tiga buku yang ku ambil, aku terpandang deretan novel. Rasanya sudah lama aku meninggalkan dunia pembacaan novel ini. Kakiku ringan melangkah ke situ. Aku membaca sinopsis novel-novel itu untuk memilih yang mana satu boleh memikat hati. Lalu kuambil dua buah novel yang terbaik dan best saller.

“Hmm... Jiwang jugak Mama Maira ni ya,” tegur Abang Qiemee yang datang dari belakang.

“Mana ada, saja nak isi masa lapang je.”

“Wah mama banyak masa rupa-rupanya. Ingatkan busy. Bolehlah papa pinjam mama hari-hari ya,” usik Abang Qiemee gembira.

“Hari ni je mama memang free. Hari-hari lain belum tentu lagi,” balasku selamba.

Sudah lama kami tidak keluar bersama. Macam-macam alasan yang aku berikan apabila Abang Qiemee mengajak aku keluar. Sebenarnya aku ingin memberi waktu pada Abang Qiemee untuk menjalani kehidupannya sendiri. Punya waktu untuk bersosial dengan teman-temannya dan paling tidak mencari teman hidup.

Tetapi dia tetap tidak berputus asa untuk mengajak aku keluar bersamanya. Aku pun tidak tahu apa yang ada di dalam hatinya. Paling tidak pun Shaheem yang diajaknya keluar.

“Termenung? Jangan layan perasaan tu sangat. Nak tak novel ni?”

Aku angguk. Abang Qiemee mengambil novel yang ada di dalam peganganku lalu dibelek-beleknya. Shaheem pula ralit dengan keluarga altramannya tanpa menghiraukan kami berdua.

“Hmm semuanya kisah cinta. Banyak yang tak logik dalam novel melayu ni.”

“Memang pun. Kalau nak cerita yang logik, bacalah surat khabar atau majalah atau rencana atau tengok aja tv.” Aku menarik wajah masam.

“Wah bersemangatnya Maira lindungi novel melayu. Ada saham dengan dia orang ye?”

“Bukan macam tu, salahnya kita ni kalau hasil anak tempatan semuanya tak logik kalau karya luar negara yang langsung tak masuk akal boleh pulak kita terima. Terbang dengan penyapulah. Dah mati hidup balik pun ada. Tak ada pulak yang berani komplen malah diagung-agungkan sampai jadi filem lagi. Kita ni dah terlalu banyak masalah dan tekanan dalam hidup, apa salahnya baca novel yang santai macam ni untuk hiburkan hati? Dapat kurangkan stres.”

“Tapikan dalam banyak-banyak hero dalam novel melayu semuanya sama macam abang.”

“Ha?” Keningku berkerut. Dia pernah baca novel melayu ke?

“Yelah dalam novel biasanya hero tu handsome, caring dan romantic. Semua ciri-ciri tu kan ada pada abang.” Abang Qiemee mempamerkan wajah yang riak dengan senyuman senget seperti biasa.

Aku mencebik, seolah-olah mengejeknya. Perasan dan poyo tak sudah-sudah.

“Kenapa pandang abang macam tu? Salah ke abang cakap?”

“Jarang jumpa orang yang puji diri sendiri. Maira tengah fikir yang abang ni spisis apa. Dah lama abang tak menunjukkan perasaan poyo tu. Ingatkan dah insaf.” Aku cuba untuk meniru senyuman senget sepertinya tetapi tak menjadi.

“Pandai mengata orang. Dah benda betul, abang cakaplah. Yang Maira senyum pelik tu kenapa pulak?”

“Yelah tu. Terlebih caring pada orang, sampaikan tak caring pada diri sendiri. Senyum pelik macam mana?” Saja aku bertanya untuk mengetahui bagaimanalah agaknya wajahku tadi.

“Konon nak tiru cara abang senyum tapi dengan hidung dan mata semuanya mengikut senget. Lain kali jangan buat macam tu, tak cantik. Senyum senget ni abang sorang aja boleh buat. Abang dah hantar untuk copyright. Tak ada orang boleh tiru.”

Boleh pulak senyum dihantar untuk copyright. Kalau dah namanya Abang Qiemee ada saja perbuatan yang mencuit hati.

“Perasan. Memang Maira senyum macam ni.”

“Macamlah baru hari ni abang kenal Maira. Abang kenal Maira sejak umur Maira 3 tahun tau. Semua tentang Maira ada dalam kocek abang.” Dia menepuk-nepuk kocek seluarnya dengan bangga.

“Baiklah Abang Qiemee yang handsome, caring dan romantic. Maira tahu kenapa abang senyum senget sebab abang nak tunjukkan lesung pipit abang yang sebelah kiri tu kan? Kalau senyum macam biasa memang tak nampaklah benda yang berlekuk di pipi abang tu. Konon-konon ada lesung pipit tu abang rasa abang sweet lah kan.”

“Sorry sikit ye Cik Humaira, senyum macam mana sekalipun abang tetap sweet. Ni senyuman semula jadi, bukan dibuat-buat.”

Hish tak habis-habis memuji diri sendiri. Kononnya dialah yang paling sweet, dialah yang paling handsome tapi dia tak sedar dialah yang paling poyo di alam semester ni. Layankan ajalah abang yang seorang ni. Kalau dia tak ada, sunyi pula dunia aku.

“Sampai bila kita nak berdiri kat sini sambil berlawan cakap?”

“Maira lah yang mulakan dulu sampai abang lupa nak bayar buku ni.”

Dompet kukeluarkan untuk membayar buku dan novel yang ada di tangan Abang Qiemee.

“Eh tak payah. Kalau keluar dengan abang, jangan keluarkan langsung duit Maira. Abang ni kan gentleman.”

“Tak payahlah abang susah-susah. Itu buku Shaheem dan Maira. Biar Maira yang bayar.”

“Apa pulak yang susahnya? Buku ni untuk anak papa. Biar dia jadi pandai macam papa nanti. Boleh belajar sampai overseas macam papa jugak. Novel ni untuk mama supaya mama dapat hilangkan stres. Kalau mama tak stres, bolehlah mama jaga anak papa dengan baik. Jadi tanggungjawab papa lah untuk bayarkan semuanya.”

“Abang ni…”

“Dah.. Dah.. Tak payah banyak cakap. Dah bayar pun. Lepas ni kita pergi pantai. Kalau lambat tak sempat pulak Shaheem nak main kat playground.”

Tangan kecil Shaheem kupegang lembut dan keluar dari kedai buku itu bersama. Sejak bila pula kelengkapan kami menjadi tanggungjawabnya? Abang Qiemee ni terlalu mengambil berat hingga terbit rasa malu dalam diri ini.

BERSAMBUNG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan