WAKTU pantas berlalu. Sedar tak sedar
sudah setahun aku bergelar ibu tunggal. Perniagaan butikku semakin berkembang.
Sengaja aku sibukkan diri supaya ingatan terhadap Zuhri dapat dilupakan. Tapi
setiap kali terpandang wajah Shaheem, perasaan bersalah menyelubungiku.
Wajah Shaheem mirip Zuhri. Jadi bagaimana aku boleh
melupakan insan yang pernah mewarnai hati ini? Sampai bila aku harus berahsia?
Tetapi jika aku berterus-terang, aku khuatir Zuhri salah faham dan beranggapan
aku hanya ingin meraih simpati darinya supaya dia kembali kepadaku.
Kucapai telefon bimbit sambil menyentuh skrinnya. Semoga
keputusan yang aku buat ini adalah tepat.
-
Maira keluar sekejap
Telefon bimbit yang masih
digenggaman kurenung. Hish Abang Qiemee ni apalah yang
dia nak pagi-pagi ni? Tudung kusarung dan beberapa saat selepas
itu aku sudah ada diluar rumah.
“Kenapa abang?”
soalku apablia melihat Abang Qiemee sudah sedia menunggu. Dah jadi macam ahli
mesyuarat tingkap pula kami berdua.
“Abang nak pinjam
Shaheem sekejap,”
“Nak bawa Shaheem keluar ke?”
“Ha’a nak bawa jalan-jalan pergi mall. Kalau Maira free bolehlah
ikut sekali,” pelawa Abang Qiemee.
“Tak apalah. Maira ada hal.”
Aku termenung semula mengingatkan perbualan sebentar tadi.
Pandangan kosong kuberikan kepada Abang Qiemee.
“Mata merenung abang tapi hati melayang entah ke mana.
Kalau macam ni selalunya ada benda yang Maira sembunyikan dari abang. Nak
cerita atau tak?” teka Abang Qiemee dengan penuh curiga.
“Sebenarnya…” Patah perkataan
seterusnya seperti tersekat dikerongkong.
“Sebenarnya apa?” soal Abang
Qiemee apabila aku tidak meneruskan bicara.
Aku menarik nafas panjang sebelum
menyambung semula ayatku. “Maira dah bagi tahu tentang Shaheem pada Zuhri.”
“Apa reaksi dia?” tanya Abang Qiemee tenang.
“Entah. Tapi dia kata minggu depan dia nak bertunang.
Maira cakap dia boleh tengok Shaheem bila-bila masa.”
“Baguslah dia dah tahu tentang Shaheem. Maira okey ke ni?
Maira tak rasa apa-apa bila dia cakap dia nak bertunang?”
“Maira okey. Dah jodoh dia dengan orang lain. Maira rasa lebih
tenang sekarang. Sekurang-kurangnya ada orang yang akan jaga dia nanti. Maira
juga lebih tenang bila dah beritahu pada dia tentang rahsia yang selama ni
Maira simpan.”
“Eloklah macam tu.”
“Tak lama lagi Maira dapat kad jemputan dari dia. Cuma
Maira tertanya-tanya kad jemputan dari abang bila nak dapat?” aku mengalih
tajuk perbualan kami.
Abang Qiemee melapis-lapiskan dahinya. Kemudian dia tunduk
sambil berkata dengan nada yang sedih, “Siapalah yang nakkan orang tua macam
abang ni?”
“Alah merendah diri pulak orang tua ni. Bersepah anak dara
yang nakkan abang. Dahlah handsome, pangkat tinggi dalam syarikat besar pulak
tu,” aku memuji-mujinya.
“First time Maira puji abang handsome dengan ikhlas.
Thanks my love.”
Kenapa dia panggil
aku ‘my love’? Bahaya ni. Tak payah nak perasan, dia memang bermulut manis.
Knowing him.
“Dah banyak kali Maira puji abang. Dia aja yang tak ingat.
Mesti ramai perempuan yang puji abang handsome sampai abang tak ingat Maira pun
salah sorang darinya.”
“Mana ada. Abang ingatlah.”
“Sifat insan tu pelupa. Naknya bila dah tua macam abang,”
saja aku mengusiknya.
“Nakal betullah Maira ni.”
“Abang yang mengaku sendiri. Maira cuma ulang apa yang
abang cakap.”
“Tu bukannya ulang, itu menokok tambah namanya.”
Kami sama-sama ketawa. Dah lama tak mengusik dia. Terasa
kami seperti kembali di zaman muda. Sentiasa usik-mengusik dan akhirnya kami
akan ketawa bersama.
“Maira tahukan abang ni selalu busy. Kadang-kadang
berminggu-minggu kena outstation. Tak ada masa nak dating-dating dan tak ada
masa nak bercouple-couple ni. Buang masa aja. Maira rasa ada tak perempuan yang
boleh faham jadual hidup abang? Ada ke perempuan yang nak pada lelaki yang
selalu sibuk dengan kerja?” Abang Qiemee kembali pada topik asal tentang jodoh
yang telah aku bangkitkan tadi.
“Opss... Sorry sebab Maira dan Shaheem banyak susahkan
abang dan banyak ambil masa abang.”
“Maira jangan salah faham. Abang memang banyak masa untuk
Maira dan Shaheem. Kalau abang cuti untuk balik ke KL pun jarang lama-lama.
Seminggu tak jumpa Maira dan Shaheem rasa macam tak lengkap hidup.”
“Tulah abang ni, kalau dah kahwin kan senang. Ada anak
sendiri. Tak payah rindu pada anak orang.”
“Anak orang apanya? Shaheem kan anak abang jugak.
Sebenarnya abang dah ada calon. Tapi setiap kali abang nak luahkan isi hati
abang pada dia, mesti ada saja halangan.”
“Maksudnya abang tak cakap lagi isi hati abang pada dia?”
Dia menggeleng-gelengkan kepala. Aku pula menepuk dahi
dengan kesengalan Abang Qiemee yang satu ini.
“Kenapa tak cakap pada dia? Sampai bila abang nak pendam? Kalau
abang tak bagi tahu, macam mana dia nak tahu? Kalau melepas, gigit jarilah
abang.” Aku mencebik padanya.
“Tulah, abang nak luahkanlah ni. Orang tu ada depan mata
abang sekarang dan abang rasa nilah masa yang sesuai abang luahkan pada dia.”
Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Mencari kalau-kalau ada
orang lain selainku di hadapannya. Aku
mengerutkan dahi meminta kepastian darinya.
“Ya Maira, ingat tak abang pernah cakap pada Maira hati
abang dah tak ada, dah dibawa lari?”
Aku anggukkan kepala.
“Maira suruh kejar orang yang bawa lari hati abang tu. Dan abang cakap
abang memang ikut orang tu dengan rapat. Sekarang dah tiba masanya untuk abang
sambar orang yang bawa lari hati abang tu sebelum dia disambar oleh orang lain.”
Adakah aku yang membawa lari hatinya? Tapi bila?
“Sebenarnya dah lama abang simpan perasaan pada Maira.
Masa pertama kali kita jumpa semula kat rumah mak, Maira tengah bercinta dengan
Saif. Bila abang tahu Saif dan Maira dah tak ada apa-apa, abang nekad nak bagi
tahu isi hati abang pada Maira. Masa abang berskype dengan Maira, hati abang
tak sabar-sabar nak cakap yang abang cintakan Maira. Tapi abang takut Maira
ingat abang nak ambil kesempatan pada Maira dalam keadaan Maira yang sedang
bersedih. Malam tu bila Maira suruh abang balik Malaysia, memang betul-betul
abang nak cari tiket flight. Abang memang nak berada di sebelah Maira. Nak
pujuk Maira. Nak pinjamkan bahu abang untuk Maira. Sebab tu abang suruh Maira
pejam mata. Pada waktu yang sama abang usap pipi Maira tanpa Maira sedar.”
Aku membulatkan mata. Patutlah dia suruh aku pejamkan
mata. Ada agenda lain rupanya. Terus kenangan lalu menerjah ke dalam kotak
memori. Waktu itu kami berhubungan melalui skype apabila aku tahu mengetahui
kecurangan Saif.
“Maira, kenapa ni?” Wajah Abang Qiemee cemas di
balik skrin kaca apabila melihat keadaan wajahku yang merah kerana menangis.
“Dia... dia... Maira dah tak ada apa-apa dengan dia.
Dia dah ada orang lain.”
“Maksud Maira, Saif?”
Aku anggukkan kepala.
“Macam mana Maira tahu?”
“Kawan Maira bagi tahu. Dia orang nampak Saif dengan
orang lain. Sampai sekarang Saif tak jawab panggilan Maira. Maira dapat rasa
perubahan dia sejak dia masuk U lagi.”
Air mataku yang cuba disekat dari mengalir keluar,
enggan menerima arahan. Malah semakin deras pula.
“Syhhhh. Maira, dengar abang cakap. Allah takdirkan
sesuatu bersebab. Maira kena terima. Mungkin Saif bukan yang terbaik untuk
Maira.”
Aku anggukkan kepala sambil menyeka air mata yang
melimpah dengan hujung tudung.
“Apa yang patut Maira buat sekarang ni belajar
rajin-rajin. Semester ni janji dengan abang kena dapat four flat jugak macam sem lepas. Jangan putus hubungan
dengan abang. Abang tak nak Maira hilang dari abang. Tentang Saif pulak, nanti
abang tanyakan sendiri pada dia. Maira jangan tuduh terburu-buru. Mungkin kawan
Maira salah tengok.”
“Abang Qiemee boleh balik Malaysia?” Tiba-tiba ayat
itu yang terpacul.
“Maira nak abang balik ke? Kalau abang ada kuasa,
sekarang juga abang nak ada sebelah Maira. Maira nak tumbuk abang ke nak marah
abang ke untuk lepaskan geram pada Saif, abang akan terima asalkan Maira
tenang.”
“Kenapa abang baik sangat? Kenapa Saif tak macam ni?
Kalaulah abang boleh gantikan tempat Saif...” ayat itu tidak berjaya kusambung.
“Maira pejam mata. Bayangkan abang ada di sebelah
Maira. Buatlah apa yang Maira nak buat pada abang.”
Aku memejamkan mata. Aku cuba bayangkan dia ada di
sini. Di sebelahku. Sedang memujukku. Aku benar-benar merasakan kehadirannya
yang mendengar rintihan hatiku. Aku biarkan beberapa ketika. Setelah kurasakan
air mata sudah mampu mengikut arahan barulah kubukakan mata perlahan-lahan.
“Rasa tenang?” tanyanya.
Aku angguk.
“Abang selalu buat macam ni kalau rindukan mak,
rindukan keluarga, rindukan orang-orang yang abang sayang. Bila ada masalah pun
abang akan buat macam ni sampai abang tenang dan boleh berfikir dengan waras.
Lepas tu baru abang cari penyelesaiannya.”
Siapakah orang yang dia sayang? Aku masih
memerhatikan dia. Menunggu kata-kata yang akan keluar dari mulutnya.
“Adik abang, dah solat ke belum?”
Aku geleng kepala. Perkataan adik itu menyedarkan
aku tentang ketelanjuran kata-kataku tadi. Mungkin Abang Qiemee juga tidak mahu
aku berharap padanya.
“Maira ambil wuduk, solat isyak buat solat sunat 2
rakaat. Kalau Maira rasa sunyi dan tak ada tempat mengadu, mengadulah pada Dia.
Allah tu maha mendengar. Minta pada Allah apa yang terbaik untuk Maira. Insya-Allah,
Maira akan tenang. Maira kena letakkan cinta Allah yang teratas. Nanti Allah
gantikan yang lebih baik. Balik Malaysia nanti abang seligi kepala Saif ya.”
Aku sudah mampu tersenyum dengan perkataan seligi
itu.
“Maira tahu tak, tadi abang dapat berita kat Malaysia
tengah hujan lebat dan diramal banjir. Abang rasa abang kena cari tiket kapal
terbang untuk balik Malaysia. Tapi nasib baik hujan dah berhenti. Sekarang
abang dah nampak pelangi.”
Macam mana pula dia yang ada di Australia dapat
berita tentang hujan di Malaysia? Aku tengok keadaan di luar rumah elok aja ada
bintang dan bulan. Tak nampak pula ada titisan air hujan yang menyirami bumi.
“Macam mana abang boleh nampak pelangi malam-malam
ni?”
“Maira jangan blur sangat boleh?”
Aku blur? Aku diam sebentar cuba memahami
kata-katanya… Oh dia mengata aku rupanya. Kenapalah boleh menangis depan dia?
Kan dah kena panggil hujan, banjir dan pelangi…
“Maira lah pelangi tu. Sekejap menangis sekejap
tersenyum. Sekarang ni abang nampak pelangi yang sangat indahdi depan mata
abang.”
Oh rupa-rupanya aku pelangi tu. Melonjak-lonjak hati
ini bila dia memuji.
“Abang dah nak habis belajar? Maira rindu nak jumpa
abang.” Aku terlepas cakapkah atau memang ikhlas dari hati?
Aku dapat lihat wajah Abang Qiemee seperti tidak
percaya dengan apa yang didengarinya. Dengan pantas dia meraup wajahnya supaya
aku tidak perasan. Tapi terlambat tiga saat Abang Qiemee, Maira dah nampak
wajah pelik Abang Qiemee tu.
“Belum lagi. Kalau ikutkan jadual memang tahun ni
abang akan habis belajar. Tapi pihak universiti offer abang terus buat master.
Time tu abang rasa kita tak ada masa untuk chat macam ni. Abang kena cari duit
lebih untuk sara hidup dekat sini. Abang tak nak susahkan mak. Belanja untuk
bayar fee Saif tinggi. Abang tak mahu
mak terbeban.”
“Maksud abang lepas ni kita takkan ada masa untuk
berborak macam dulu. Maira akan rasa jauh dari abang.”
“Walaupun jauh tapi Maira tetap dekat di hati abang.
Abang akan selalu doakan yang terbaik untuk adik-adik abang. Setiap waktu selepas solat, doa
abang ada untuk Maira.” Tangannya diletakkan di atas dada sebelah kiri sambil
ditepuknya beberapa kali.
“Tahun ni abang balik Malaysia?”
“Abang nak fokus belajar biar cepat habis dan cepat
balik Malaysia untuk jumpa adik abang ni. Cuma mungkin tahun ni abang tak balik
Malaysia. Bila abang balik nanti itu adalah untuk selama-lamanya. Maira tunggu
abang ya.”
Aku anggukkan kepala. Sedih di hati dengan perbuatan
Saif terasa hilang dengan kata-kata Abang Qiemee.
“Pelangi abang, sekarang pergi solat ya. Ingat,
abang sentiasa ada untuk Maira.”
Pelangi? Dia panggil aku pelangi pulak? Abang Qiemee
penuh dengan ayat yang menyenangkan. Kalaulah Maira kenal Abang Qiemee sebelum
Saif… Tapi Abang Qiemee anggap aku hanyalah adik dia. Kenapa aku yang
melebih-lebih? Hari ini dia melayan aku pun sebab rasa tanggungjawabnya sebagai
seorang abang.
“Maira.. Maira..”
Pecah lamunanku sebentar tadi apabila Abang Qiemee
memanggilku beberapa kali. Situasinya masih sama cuma sekarang Abang Qiemee ada
betul-betul di hadapanku tanpa skrin laptop dan dia sedang meluahkan
perasaannya.
“Maira dengar tak apa yang abang cakap tadi? Mata
pandang pada abang tapi dengan pandangan kosong,” rungut Abang Qiemee.
“Maaf, Maira cuba recall apa yang abang cakap
tentang skype tadi.”
“Dah ingat?” soalnya.
Aku anggukkan kepala.
“Walaupun di dalam lappy, tapi abang dapat rasakan
kesedihan Maira. Abang berdoa biarlah segala kesedihan Maira tu beralih pada
abang. Nasib baik Maira dapat kawal perasaan. Abang sebenarnya bagi hint dekat
Maira suruh tunggu abang sebab abang nak habiskan belajar dulu dan ada kerja
tetap. Macam yang abang bagi tahu Maira tadi, abang tak suka habiskan masa
dengan dating-dating ni. Kali terakhir kita jumpa waktu kenduri Fiqah banyak
sangat benda yang berlaku. Abang nampak Saif macam nak rapat semula pada Maira.
Abang tak tahu nak biarkan atau tak. Waktu abang jalan-jalan di kedai buku abang nampak
Maira dengan lelaki lain.”
Aku menutup mulut dengan tangan. Dia nampak aku dengan
lelaki lain? Mesti dengan Zuhri. Tapi itu pertemuan yang tak dijangka sehari
selapas aku mendapatkan rawatan dari Zuhri di klinik. Jadi sebab itu dia
menghindarkan diri dariku? Patutlah aku rasa seperti diperhatikan ketika keluar
bersama. Abang Qiemee yang sedang memerhatikan aku.
“Jadi sebab tu abang tak jawab panggilan Maira dan tak
balas e-mel Maira?”
Dia meraup wajahnya. Mengambil masa beberapa ketika
sebelum manyambung semula.
“Abang rasa Maira betul-betul dah ada pengganti Saif dan
Maira tak perlukan abang lagi. Abang tak mahu terbawa-bawa dengan perasaan.
Abang nak cepat-cepat habiskan belajar dan cari kerja. Kalau lepas tu Maira
masih belum kahwin lagi, abang akan terus pinang Maira. Tak kisahlah Maira dah
ada boyfriend ke tak.”
Ini betul-betul perbuatan nekad. Tak payah tanya tuan
empunya diri, terus nak masuk meminang.
“Tapi bila abang dah balik Malaysia, dah ada kerja dan
bersedia nak beritahu perasaan abang pada Maira, tiba-tiba abang terima kad
kahwin Maira. Masa tu hati abang kosong. Abang betul-betul dah kehilangan
Maira. Abang berjanji pada diri sendiri tak akan ada orang lain selain Maira
dalam hati abang. Walaupun Maira dah kahwin, abang sentiasa doakan Maira
bahagia. Kebetulan ada kekosongan jawatan kat Terengganu, jadi abang terima
sambil membawa hati yang luka.”
Adakah takdir yang membawa kami ke sini?
“Tak sangka pula
kita boleh berjumpa dekat sini. Sebab tu abang tak kisah habiskan masa dengan
Maira dan Shaheem. Abang rasa bahagia. Setiap kali Maira sedih, abang pun turut
sedih. Abang sedaya upaya bahagiakan Maira. Bila Maira menangis, abang berharap
segala kesedihan Maira tu dipindahkan pada abang. Abang tak nak Maira menangis
lagi. Kalau menangis sekalipun biarlah menangis sebab gembira. Abang harap
Maira sudi terima lamaran abang.”
Aku terdiam mendengar luahan hatinya. Tak tahu apa yang
patut aku katakan. Tetapi selama ini perasaanku padanya telah dipupuk sebagai abang
setelah dia sendiri menyuruh aku menganggapnya begitu.
Aku menarik nafas panjang. “Bukan ke abang dah ada orang
yang abang rindu dan abang sayang?”
Abang Qiemee menggaru-garukan kepalanya. Dahi dah mula
berlapis dan mata turut mengecil.
“Bila abang cakap?”
“Masa abang berskype
dengan Maira. Abang akan pejamkan mata kalau rindukan orang-orang yang
abang sayang.”
Ketawanya berderaian sambil memegang perut. Dah kenapa
pula dia ni? Lawak ke jawapan aku tadi?
“Orang yang abang rindu masa di Australia dulu tentulah
Maira dan keluarga abang. Abang takut terlepas cakap. Sebab tu abang cakap ‘orang-orang
yang abang sayang’. Tu pun banyak kali juga abang tersasul, nasib baik abang
pandai cover. Ingat senang ke nak control kata-kata setiap kali berdepan dengan
Maira? Ingat senang ke nak sorokkan perasaan ni bila orang yang abang sayang ni
selalu berhubungan dengan abang?”
“Tapi abang dah anggap Maira macam adik kan?”
Dia menggeleng-gelengkan kepala dengan tawa yang masih
bersisa.
“Pelangi abang ni terlalu naif. Maira ni memang blur dari
dulu. Lambat pick up.”
Wah… Seronoknya dia mengutuk aku.
“Apa yang akan Maira lakukan kalau abang kata abang
cintakan Maira sedangkan abang tahu Maira masih isteri Zuhri? Mesti Maira akan
lari dari abangkan. Cukuplah dua kali Maira pernah hilang dalam hidup abang.
Abang tak sanggup hadapinya lagi. Abang suruh Maira anggap abang seperti abang
sendiri supaya abang sentiasa ada di sisi Maira. Supaya Maira sentiasa cari
abang di kala Maira dalam kesusahan.”
“Memang itu pun yang Maira lakukan sampai abang tak ada
masa untuk diri sendiri.”
“Masa untuk diri sendiri tu adalah masa dengan Maira dan
Shaheem. Sudi ke Maira berkongsi masa dengan abang? Sudi tak Maira menjadi
sebahagian dari hidup abang? Sudi tak kalau Maira lengkapkan hidup abang?”
Aku terdiam beberapa saat. Jawapan itu tiada padaku. Apa
yang perlu aku katakan? Kalau kata tidak, bimbang hatinya terluka dan
bersediakah aku untuk hidup bersama dengannya?
“Maira tak berani nak cakap apa-apa . Kebetulan malam ni
ibu dan ayah datang. Maira rasa elok kalau abang tanya ayah sendiri tentang
lamaran abang tu.”
“Maksudnya Maira terima lamaran abang?”
“Maira tak kata terima.”
“Jadi Maira menolak?”
“Itu pun Maira tak sebut. Cuma Maira tak ada jawapan.
Kalau baik kata ayah, baiklah untuk Maira. Kalau ayah kata tak nak, Maira
mengikut aja.”
Sebenarnya aku keliru dengan perasaan ini. Terasa
seolah-olah otakku berhenti berfikir. Segala-galanya seperti terlalu awal
untukku. Biarlah ayah yang membuat keputusan. Dia yang lebih dulu makan garam
dariku. Aku pasti ayah tahu apa yang terbaik untuk anaknya.
“Kalau Maira dah cakap macam tu, abang ikut aja. Ayah dan
ibu belum tahu tentang Shaheem lagi?”
Aku gelengkan kepala. Walaupun sudah setahun aku berpisah
dengan Zuhri, perkara ini masih lagi menjadi rahsia. Beberapa kali juga aku
pulang ke rumah ayah tanpa membawa Shaheem. Tapi setiap kali ibu dan ayah ingin
datang ke Terengganu, ada sahaja alasan yang aku berikan.
Rasanya hari ini aku sudah bersedia untuk itu. Biarlah
semua rahsia yang terbuku aku luahkan. Ibu dan ayah juga berhak tahu mereka
mempunyai cucu.
“Maira nak minta tolong abang jagakan Shaheem sekejap lagi
ya.”
“Maira masih nak rahsiakan?”
“Lepas isyak abang datang rumah Maira dengan Shaheem.”
Barulah terpamer senyuman di bibirnya.
SELEPAS solat isyak berjemaah dengan ayah
dan ibu, cepat-cepat aku membantu pembantu rumah menghidangkan makanan di atas
meja makan. Petang tadi sebelum masuk waktu maghrib ayah dan ibu telah sampai
ke sini.
“Banyaknya Maira masak. Tak habis ibu dan ayah makan ni,”
kata ibu apabila nampak lauk-pauk yang dihidang.
“Ni first time ibu dan ayah datang. Kenalah masak special
sikit. Saja Maira nak tunjuk skill masak dekat ibu. Anak ibu ni pandai masak
tau.”
“Masak special tu tak apa, tapi jangan sampai membazir.
Amalan siapa tu?” sampuk ayah ketika kami sudah mengambil tempat di meja makan.
“Eh Maira, ada orang bagi salam tu. Maira ada jemput
tetamu ke? Patutlah masak banyak. Kenapa tak cakap awal-awal? Ayah pakai kain
pelekat aja ni,” ngomel ayah padaku. Aku hanya senyum melihat kekalutan ayah.
“Tak apa ayah, orang dekat je.” Lantas aku bangun untuk
menyambut tetamu.
“Eh Qiemee, macam mana kamu ada dekat sini? Anak siapa
yang kamu bawa ni? Bila kamu kahwin? Mak kamu tak pernah beritahu pun.” Lagak
ibu seperti Detactive Conan memang tidak dapat dipisahkan sambil
menjenguk-jenguk ke luar pintu seperti tercari-cari sesuatu.
“Saya kerja dekat-dekat sini je makcik. Lagipun rumah saya
kat sebelah ni aja. Yang comel ni Prince Shaheem,” Abang Qiemee membuka bicara.
Wajahnya tenang sedangkan aku sedikit gementar untuk memberitahu tentang
Shaheem.
“Anak papa yang
handsome, yang ni ayah dan ibu mama. Salam atuk dan nenek sayang.” Abang Qiemee
mengusap-usap bahu Shaheem. Shahem berjalan lalu menghulurkan tangan kepada ibu
dan ayah.
Ibu dan ayah berpandangan sesama sendiri. Dahi mereka
berkerut-kerut. Aku tahu mereka benar-benar inginkan penjelasan dari kami.
“Maira tolong jelaskan apa semua ni? Ibu dah bagi didikan
agama yang cukup pada Maira...”
Belum sempat ibu meneruskan kata-katanya pantas aku
memotong. Tidak mahu sesuatu yang buruk terpacul dari mulut ibu.
“Ni anak kandung Maira dengan Zuhri bu. Lepas Maira keluar
dari banglo daddy dan mommy, Maira cari ketenangan di sini. Maira cari kerja.
Lepas dua bulan Maira ada dekat sini baru Maira tahu yang Maira mengandung.
Maira tak bagi tahu sesiapa. Maira takut kalau Zuhri terima Maira sebab kasihan
dan bukan sebab dia sayangkan Maira. Bila dah duduk dekat sini, Maira rasa
seronok. Dekat sini tenang, udara pun fresh, orang Terengganu pun baik-baik.
Sampailah satu hari Maira terjumpa Abang Qiemee dekat mall. Abang Qiemee banyak
tolong Maira sejak Maira nak bersalin sampai sekarang. Modal untuk perniagaan
pun Abang Qiemee yang bagi pinjam.”
“Qiemee… Qiemee, kamu tahu tak kami ni tak senang duduk
cari Maira? Kamu boleh rahsiakan aja?” Ada sedikit sesalan dari nada percakapan
ibu.
“Maira yang tak benarkan Abang Qiemee beritahu sesiapa
ibu.” ABang Qiemee kubela. Tidak mahu ibu tersalah anggap padanya.
“Zuhri tak tuntut hak penjagaan?” ayah pula bersuara.
“Maira baru beritahu dia tadi yang dia ada anak dengan
Maira. Dia pun tak kisah sebab dia dah nak bertunang.”
“Kita dah ada cucu rupa-rupanya abang… Sampai hati Maira
tak beritahu ibu. Sebab ni juga ke Maira jarang-jarang pulang ke rumah kami?
Kalau ke KL pun, nampak gelisah dan cepat nak balik.” Terbit riak kesedihan di
wajah ibu.
“Kita makan dululah ya ibu, ayah. Kalau berborak sampai
esok pun tak habis,” kataku sambil mencedok nasi ke pinggan apabila melihat ibu
dan ayah memberi soalan bertubi-tubi. Biarlah emosi ibu tenang sedikit barulah
aku akan ceritakan semuanya.
“Mama suapkan Shaheem ya.” Aku menggaul nasi berlauk ayam
goreng untuk permata hatiku yang satu.
“Nak papa suap. Papa suap banyak. Tangan mama kecik, sikit
je Shaheem dapat makan,” komplen Shaheem.
“Oh anak mama kalau ada papa mesti nak manja dengan papa kan.
Mama merajuklah macam ni.” Rajukku tak diendahkan oleh Shaheem. Malah diberikan
pinggannya pada Abang Qiemee untuk menyupanya segera. Hailah anak...
“Okey papa suap tapi Shaheem minta maaf dekat mama dulu then
say mama I love you,” Abang Qiemee memujuk.
“I'm sorry mama. I love you.” Shaheem mencium pipiku.
Ibu dan ayah melihat sahaja telatah kami kemudian mereka
berpandangan sesama sendiri. Entah apalah yang difikirkan tentang kami.
Selesai makan aku menghidangkan buah-buahan dan kek
coklat. Seteko teh tarik kegemaran ayah juga kuhidang di atas meja ruang tamu.
Aku mengambil tempat duduk yang bertentang dengan Abang Qiemee sambil memangku
Shaheem di atas riba. Ibu dan ayah duduk di tengah-tengah. Secubit kek coklat
kusuap ke mulut Shaheem.
“Pakcik, makcik sebenarnya saya nak minta izin untuk
melamar Maira,” Abang Qiemee memandang kedua orang tuaku. Aku tunduk menghadap
kek coklat dan berlakon seolah-olah mereka semua tiada di hadapanku.
“Kenapa tak tanya tuan punya badan? Pakcik tak ada masalah
memandangkan korang berdua pun memang dah kenal lama. Rumah pun bersebelahan je.
Elok sangat kalau disatukan. Takut-takut jadi fitnah orang sekeliling pula.
Maira macam mana, setuju tak?” tanya ayah.
“Maira ikut aja. Terpulang pada keputusan ayah dan ibu,”
solehah sungguh jawapanku.
“Ish budak bertuah
ni, dia tolak balik keputusan dekat kita. Kalau macam tu pakcik setuju ajalah Qiemee.
Tak payah panjang-panjang cerita. Terus merisik dan bertunang. Buat kecil-kecilan
pun tak apa. Janji bertunang dulu. Nanti suruh mak kamu datang ke rumah kami.
Kita bincang apa yang patut. Lagi cepat lagi bagus. Shaheem pun rapat dengan
kamu. Boleh sangatlah tu,” akhirnya ayah membuat keputusan untukku.
“Terima kasih pakcik, makcik. Saya akan bagi tahu mak
secepat mungkin.”
Riak kelegaan terpancar di wajah Abang Qiemee. Senyuman
sengetnya mula kelihatan. Aku tak berani tenung dia lama-lama kerana aku tak
pasti apa perasaanku padanya saat ini.
-BERSAMBUNG-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan