Selasa, 6 September 2016

RULE UNTUK CALON ISTERI PROLOG

DATANG kenduri ke rumah Mak Cik Faridah ni memang aku tak ikhlas. Kalau bukan sebab ibu tercinta, memang aku tak datang dah.

“Kak ngah, ni bakal menantu Idah.” Mak cik Faridah tiba-tiba kenalkan aku pada seseorang.

Hampir aku tersedak mendengarnya. Bakal menantu apa pula ni? Mak Cik Faridah tak tahu ke yang aku dan anaknya si Saif tu dah lama putus?

“Untuk abang ke untuk adik?” Tanya mak cik yang digelar kak ngah tadi.

“Idah tak kisah untuk abang ke adik. Yang mana berkenanlah.”

Eh! macam tu pula. Aku ni barang mainan ke boleh main passing passing? Kalau Saif yang curang tu memang aku tak nak. Tapi, kalau dengan si abangnya yang kat oversea tu, lagilah mustahil. Abang Qiemee kan hanya anggap aku ni sebagai adik. Kami rapat pun sebagai adik dan abang saja. Tak lebih dari itu.

Tiba-tiba aku teringatkan Abang Qiemee. Apalah khabar dia kat sana? Lama juga kami tak berhubung. Sejak aku putus dangan Saif kerana kecurangan lelaki itu, aku cuba jauhkan diri dari keluarga ini.

Mak Cik Faridah dan perempuan yang dipanggil kak ngah tadi sudah pergi tetapi aku masih berdiri di situ, di bahagian belakang rumah untuk membantu membersihkan pinggan mangkuk.

Sebelum melabuhkan duduk, aku pandang ke langit mencari pelangi.

'Malam buta mana nak nampak pelangi, Maira.'

'Tapi kenapa Abang Qiemee boleh nampak pelangi di waktu malam?'

Ah! teringatkan Abang Qiemee lagi.

Tiba-tiba aku perasan ada seseorang datang berdiri di sebelahku. Terus aku toleh ke sisi.

“Ab… Abang Qiemee?” Aku tak mimpi ke ni? Mata kugosok berulang kali.

Dia senyum.

“Kenapa tadi Maira tak nampak abang? Bila abang balik Malaysia?” 

“Petang tadi sampai. Penat lagi ni. Sebab tu tak bagi tahu Maira. Sibuk dengan kenduri lagi.”

Kali ini aku pula senyum. Tak sia-sia ibu paksa aku datang. Dapat jumpa Abang Qiemee.

“Belajar macam mana?” Tiba-tiba soalan yang sama kami tanya serentak. Selepas itu kami senyum.

“Semuanya okey. Maira sahut cabaran abang. Maira dapat four flat lagi sem ni.”

“Akhir tahun depan Maira dah habis belajar kan?”

Aku angguk.

“Maira tunggu abang habis belajar tau.”

Tunggu untuk apa? Tapi persoalan itu tidak terkeluar dari mulut. Terlalu banyak perkara yang ingin aku cerita dan terlalu banyak banda yang aku ingin tanya.

“Maira…” Tiba-tiba ada suara lain memanggil. Serentak pandangan kami terarah pada suara tersebut.

Saif?
       
     Mata bertentangan, terasa seperti arus elektrik mengalir ke seluruh badan. Aku segera mengalihkan pandangan ke arah lain. Tidak mahu kenangan silam menerjah fikiran. Tetapi akal jahat ini tidak mahu menerima arahan.

            Terbayang-bayang saat kecurangan Saif setahun yang dulu. Dia cinta pertamaku. Ah… Cinta monyet zaman belasan tahun, jarang-jarang yang kekal lama. Tapi peritnya terasa hingga sekarang.

            

BERSAMBUNG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan