“Awak tanggalkan spec tu sekarang. Saya tahu tu spec Razif.”
“Hei awak tak ada hak nak arah-arah saya. Rule Number One awak tak laku kat sini. Suka hati sayalah nak pakai spec siapa pun. Bukan urusan awak. Lagi pun sekarang ni bukan waktu pejabat.”
“Urusan saya. Apa sahaja tentang awak adalah urusan saya. Saya tak akan lepaskan awak. Selagi saya hidup, awak adalah milik saya sampai bila-bila.”
“Gila. Jangan nak perasanlah Hezree. Saya milik mak ayah saya. Segala nasib saya ada di tangan mereka. Sejak malam tadi saya dah buang perasaan saya terhadap awak jauh-jauh di tengah laut. Biarkan dia hanyut dibawa ombak. Saya dah tak ada rasa dengan awak. Saya tanya pada awak sekali lagi, awak nak hantar saya balik atau saya akan turun dari kereta ni?”
“Fine!!! Awak nak tunjuk keras kepala sangat kan. Kita putus, dah tak ada apa-apa lagi antara kita lepas ni. Awak turun dan pergi balik sendiri!!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan