ABANG Qiemee geleng kepala sebaik aku menamatkan cerita. Aku meminta Abang Qiemee merahsiakan semuanya dari pengetahuan sesiapa sahaja termasuk ibu, ayah dan keluarganya juga. Buat masa ini aku belum bersedia untuk bertemu sesiapa lagi. Cukuplah dia seorang sahaja yang tahu. Itupun secara tak sengaja.
“Kuatnya dugaan yang Maira terima. Abang harap Maira kuat untuk menghadapi semuanya. Abang sentiasa ada untuk Maira. Abang minta maaf bagi pihak Saif. Abang pernah warning dia, kalau tak tahu hargai cinta, jangan bercinta. Abang sendiri dah suruh dia jauhkan diri dari Maira. Budak gemuk tu memang degil!!” Abang Qiemee mendengus geram. Barangkali kesal dengan perbuatan adiknya yag sekaligus meruntuhkan rumahtanggaku.
“Maira boleh hubungi abang bila-bila masa.” Abang Qiemee mengambil telefon bimbitku yang kemas di genggaman tangan. Lalu dia menyimpan nombor handphonenya di dalam memori telefon bimbitkuku.
“Terima kasih abang. Sekurang-kurangnya ringan sikit beban yang Maira tanggung selama ni.”
“Orang tua Maira tak tahu Maira ada di Terengganu?”
“Tak tahu. Lepas kejadian tu Maira tak balik rumah ayah pun. Sedap tekan pedal minyak sampai tak tahu dah sampai sini,” kataku diselitkan dengan gurauan.
“Kenapa tak bagi tahu? Nanti ayah dan ibu Maira risau.”
“Beberapa minggu sampai kat sini baru Maira call ibu. Maira cakap Maira selamat dan jangan cari Maira. Maira pesan pada ibu, jangan beritahu keluarga Zuhri sebab tak mahu keluarga Zuhri cari Maira atau pujuk Maira balik pada Zuhri. Biar Zuhri sendiri yang cari kalau dia masih sayang pada Maira. Tapi sebenarnya Maira takut pada dia. Dah dekat sembilan bulan, tapi dia tak cari dan tak pernah hubungi Maira pun. Maksudnya dia dah tak sayangkan Maira lagi kut.”
“Kenapa tak mengadu kat jabatan agama?”
“Entahlah… Tak terfikir. Nak pegang title janda dalam usia muda, lagilah Maira takut.”
“Adik… Pergi jabatan agama bukan untuk bercerai. Tapi minta nasihat dan kaunseling.”
“Malas nak fikirlah abang. Biarlah macam ni. Maira dah biasa.”
“Ibu dan ayah tahu tak Maira mengandung?”
Aku menggeleng-gelengkan kepala.
“Kenapa Maira tak bagi tahu?”
“Tak mahu dia orang risau,” jawabku perlahan.
“Kenapa Maira tak ceritakan apa yang berlaku pada abang?”
“Memang abang orang pertama yang terlintas di fikiran untuk Maira share masalah ni. Tapi Maira malu dengan abang. Setiap kali ada masalah, mesti Maira cari abang. Masa dengan Saif dulu abang juga yang mendengar masalah Maira. Lagipun Maira memang tak nak kacau abang. Tak mahu abang hilang fokus dalam belajar. Kan abang pernah cakap, nak cepat-cepat habis belajar sebab nak balik Malaysia.” Aku berhenti seketika sambil menelan liur yang pahit.
“Masa Maira kahwin pun abang tak datang. Maira tak tahu abang dah balik Malaysia ke belum masa tu. Maira tak mahu jadi beban untuk abang. Maira tunggu abang balik tapi abang tak bagi tahu apa-apapun. Maira rasa abang dah tak sudi nak berkawan dengan Maira, sama macam yang Saif buat dulu. Yalah siapalah kita ni berbanding dengan abang yang belajar tinggi. Lulusan luar negara pulak tu,” sambungku. Air mata cuba kutahan dari jatuh. Rasa sebak tiba-tiba menyelubungi diri.
“Masa Maira kahwin pun abang tak datang. Maira tak tahu abang dah balik Malaysia ke belum masa tu. Maira tak mahu jadi beban untuk abang. Maira tunggu abang balik tapi abang tak bagi tahu apa-apapun. Maira rasa abang dah tak sudi nak berkawan dengan Maira, sama macam yang Saif buat dulu. Yalah siapalah kita ni berbanding dengan abang yang belajar tinggi. Lulusan luar negara pulak tu,” sambungku. Air mata cuba kutahan dari jatuh. Rasa sebak tiba-tiba menyelubungi diri.
“Kenapa cakap macam tu? Tak ada rasa bangga pun dalam diri abang ni. Bila kita belajar tinggi, ada orang yang lebih tinggi dari kita. Pengalaman hidup seseorang tu juga lebih berharga berbanding apa yang kita belajar di U. Maira jangan cakap macam ni lagi seolah-olah abang memilih untuk berkawan sedangkan kita sama saja di sisi Allah. Abang minta maaf sebab tak pernah reply e-mel Maira. Memang abang sangat-sangat sibuk. Kadang-kadang e-mel pun tak sempat nak buka. Bila abang balik Malaysia, mak kata Maira dah nak kahwin. Jadi abang fikir Maira dah jumpa kebahagian Maira. Abang dah tak diperlukan lagi.”
“Kenapa pula abang tak diperlukan lagi sedangkan abang sepatutnya gembira dengan perkahwinan Maira? Abang sepatutnya meraikan kegembiraan tu dengan Maira sebagai seorang abang. Maira ni adik abang kan?”
“Susah abang nak terangkan. Abang minta maaf sekali lagi. Tapi selagi Maira ada di sini abang akan ada di sisi Maira selagi Maira perlukan. Abang akan jaga Maira macam mana abang jaga diri abang sendiri.”
“Terima kasih abang. Untung Saif dan Fiqah dapat abang macam ni.”
“Tak payah berterima kasih. Anggap ini tanggungjawab abang pada adik okey. Maira pun adik abang juga.”
Aku angguk. Terharu dengan kata-katanya. Abang yang pernah hilang kini muncul kembali dalam hidup.
“Maira kerja dekat mana?”
“Dekat butik, dekat-dekat sini. Bos Maira baik. Dia layan Maira macam keluarga dia. Maira happy tinggal kat sini.”
“Of courselah dia layan Maira baik. Siapa yang nak kehilangan pekerja yang mempunyai hasil tangan yang cantik dan kemas? Dahlah cantik pula tu. Ni semua tarikan untuk pelanggan tau. Tahun ni dapatlah abang melaram baju melayu baru buatan Maira. Yang Maira buatkan dulu dah tak muat. Abang dah gemuk.”
Senyumku terukir juga. Dialah orang pertama yang mencabar aku untuk membuat baju melayu sewaktu aku baru tamat menduduki peperiksaan SPM. Nasib baik menjadi kalau tak, terpaksalah buat sarung nangka.
“Nanti lepas habis pantang, Maira buatkan ya. Abang bukannya gemuk. Dah berotot. Pergi gym ke?”
“Kat sini tak tahu nak buat apa so abang pergilah gym untuk isi masa lapang. Maira dah ada ni, terisilah masa abang. Maira ni sentiasa seperti pelangi. Ada banyak warna dalam emosi.”
“Apa maksud abang?”
“Tadi abang nampak mata Maira dah berair, sekarang Maira tersenyum pulak. Abang memang rindu tengok pelangi abang ni.”
Seperti biasa, aku tertunduk malu. Sudah lama perkataan itu tidak kudengari dan tak sangka dia perasan dengan setiap perubahan emosiku.
“Abang rasa anak lelaki ni.”
Aku senyum lagi. Sejak bila pula dia pandai menilik ni?
“Dah tukar profesion ya? Nak jadi pak bidan pulak.”
“Betullah. Orang tua-tua kata kalau perutnya melonjong, anak lelaki. Kalau melebar, anak
perempuan.”
“Ada-ada aja abang ni. Lelaki ke perempuan ke Maira tak kisah. Asalkan dia sihat.”
“Kalau rasa nak bersalin, beritahu abang ya. Biar abang uruskan semuanya.”
“Kalau teringat, Maira call. Tak ada apa yang nak diuruskan, semuanya Maira dah siapkan.”
“Maksud abang, kalau Maira nak ke hospital bagi tahu abang. Biar abang yang hantar. Maira tu bukan superwomen boleh memandu sendiri untuk bersalin.”
“Maira call ambulance ajalah.”
“Jangan degil. Apa gunanya ada seorang abang kalau tak boleh diharapkan untuk menjaga adiknya?”
“Rasa-rasanya Maira macam nak dapat kad jemputan kahwin tak lama lagi. Tapi janganlah kahwin time Maira dalam pantang ya. Nanti Maira tak dapat pergi. Tak merasalah makan nasi minyak.” Topik perbualan kuubah apabila terlalu banyak kisahku yang menjadi tajuk perbincangan.
“Siapa yang nak kahwin?” Abang Qiemee memandang aku dengan tanda tanya.
“Abang Qiemee dengan officemate abang tadi.”
“Bergurau tak beragaklah Maira ni. Officemate je tu. Tak ada feeling feeling lah.”
“Eh kemain berkepit takkan tak ada apa-apa? Siap berhantar berambil lagi. Tak payah malu dengan Maira lah. Maira zip mulut. Takkan beritahu kat Makcik Faridah.”
Abang Qiemee menggeleng-gelengkan kepala.
“Jangan buat spekulasi ya. Si Linda tu memang terlebih mesra. Tapi abang tak ada apa-apa. Dia tu sosial. Abang ni kalau nak cari isteri biarlah yang menutup aurat, tahu batas-batas agama, hormat orang tua. Tak adalah susah nak ajar nanti.”
“Bunyinya macam dah ada calon aja. Ya Allah cepatkanlah jodoh abangku ini. Amin.” Aku menadah tangan berdoa. Abang Qiemee juga menadah tangan dan mengaminkan doaku. Kemudian kami tertawa. Sebelum maghrib Abang Qiemee menghantar aku pulang ke rumah. Katanya jika ada kecemasan dia tahu di mana rumahku. Setelah itu dia pulang menaiki teksi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan