Ahad, 20 September 2015

RULE NOMBOR 1

BAB 9



Hari ini pukul lapan pagi aku sudah sampai di pejabat. Satu jam awal sebelum masuk waktu kerja. Aku masuk ke dalam bilik Hezree dan letakkan barang-barangnya di situ. Sementara menunggu, aku membelek fail yang diberikan oleh Hezree semalam dan cuba menghafal nama-nama client. Setengah jam selepas itu aku nampak Hezree melepasi mejaku. Sila ke pantry sekarang dan sediakan kopi untuknya sebelum dia bising. Satu mug kopi untuknya dan satu mug milo untukku.

“Untuk saya?” tanya Hezree.

Rajin pula dia ke pantry. Aku angguk dan hulurkan mug kopi kepadanya.

Thanks my special.”

Dah mulalah nak mengada-ada. Cepatlah pergi dari sini. Aku nak menikmati biskut di pantry ni. Tapi nampaknya macam tak ada harapan aja. Dia tarik kerusi dan duduk di situ. Aku angkat mug dan bersedia untuk cabut.

“Tak mahu temankan saya?”

“Saya nak pergi hafal nama client.”

“Sekejap lagi pun boleh. Belum pukul sembilan lagi. Breakfast dengan saya dulu.”

Dengan hati yang berat aku duduk di sebelahnya. Mata ditalakan di dalam mug milo dengan pandangan kosong.

“Kenapa pulangkan barang-barang tu pada saya?”

Tidak jadi aku nak minum bila dia bertanya.

“Sebab tu bukan barang saya. Saya tak simpan barang orang kat rumah saya,” kilasku.

“Kan saya cakap saya sedekah pada awak.”

“Saya tak terima sedekah sebab saya tak layak terima.”

“Anggap sebagai satu pemberian daripada saya tanda terima kasih sebab awak sudi temankan saya.”

“Saya dah terima cash dari encik untuk bayaran OT.”

“Awak ni keras kepalalah.”

Dia bangun dan tinggalkan aku. Kopi dalam mugnya ada lagi separuh. Nasib baik dia bangun, bolehlah aku makan biskut dengan aman.

“Awal sampai,” tegur Razif.

“Nak hafal nama client,” aku tunjukkan fail kepada Razif.

“Siapa suruh?”

Mister bosslah.”

“Tak pernah pun dia suruh saya hafal sebelum ni.”

Aku angkat bahu. Nampak sangat Hezree nak membuli aku.

“Pukul 12 ni Encik Hezree ada appointment kat Hilton. Dia suruh saya ikut.”

Appointment dengan siapa? Dia tak cakap kat saya pun.”

“Tak cakap pula. Dia kata saya je yang kena ikut.”

“Pelik peliklah si Hezree ni.”

“Nanti awak ajar saya guna intercom ya. Pukul 10 nanti saya kena remind Encik Hezree tentang appointment tu.”

“Sekejap lagi saya printkan nombor extension semua department dan nombor bosses. Saya tunjuk satu contoh ya.”

Razif tekan nombor 102, tidak lama kemudian ada satu suara menjawab.

Yes.”

“Hez, appointment pukul 12 ye.”

Okey noted. Tapi kenapa awal sangat remind?”

“Nak ajar Nina cara intercom.

“Nina?”

“Amanina.”

Okey.”

Ergh Hez? Macam nak menggeliat telinga dengar. Muka macho, gaya dah ada tapi panggil Hez? Gelak besar dalam hati aku. Oh patutlah di rumah Lan tempoh hari Nita juga memanggilnya Hez. Ingatkan aku yang salah dengar.

“Dah tahu macam mana nak intercom boss?”

“Ya... Thanks Razif.”

“Saya nampak ada orang yang sedang berusaha menahan dirinya dari gelak. Kenapa?”

“Apa nama manja awak?”

Kami ketawa serentak.

“Awak tengah ejek sepupu saya. Saya intercom dia ya.”

“Jangan. Nak saya panggil awak Raz atau Zif?”

“Nina… Awak jangan nak mengada. Saya report kat Encik Hezree nanti.”

Aku susun sepuluh jari tanda ampun padanya. Okey tak buat lagi.



“Cik nak jumpa siapa?”

“Saya nak jumpa Encik Hezree.”

“Cik ada appointment dengan dia ke?”

“Tak perlu appointment. You orang baru kat sini ya? Next time kalau nampak I, tak perlu tanya. I girlfriend Encik Hezree.”

Perempuan itu terus menuju ke bilik Hezree tanpa sempat aku halang. Habislah mesti aku kena ni.

“Razif, awak pergi mana?”

“Kenapa? Saya pergi toilet je. Takkan dah rindu?”

“Habislah saya kena dengan Encik Hezree. Tadi girlfriend dia datang nak jumpa dia. Dia tak kenalkan diri. Saya tak sempat halang.”

“Ni mesti Sherry. Memang awak kena halang dia. Hezree tak suka dia datang office. Kalau saya ada tadi memang dia tak lepas masuk.”

Kepala rasa panas, jantung macam nak terkeluar. Habis aku kali ni.

“Razif and Amanina, in my office now!!!” Ini bukan intercom yang berbunyi tetapi si puaka dah menjerit dari mesin intercom.

Ni dah bukan drama. Memang aku habis. Muka Razif pun dah bertukar riak. Biar aku yang bertanggungjawab sebab ini memang salah aku.

Sorry Encik Hezree saya tak sempat halang.”

Sorry Hez, aku tak bagitahu Nina tentang Sherry.”

“Amanina, next time make sure awak tapis semua guest yang tak ada appointment dengan saya. Tanya saya dulu samada saya nak jumpa atau tak. Faham!!” karas suaranya. Perutku dah kecut bagai dipulas-pulas. Rasa nak menyorok di balik Razif.

“Faham Encik Hezree. Saya minta maaf.”

“Sherry, I ada appointment dekat luar. You balik dulu.”

“Janji call I ya,” perempuan yang lagaknya bagai ulat nangka menggeletis mahu memegang tangan Hezree. Tapi apa yang aku nampak Hezree pantas mengelak.

“Tengoklah kalau I free.”

Wait, baju siapa ni?”

Matilah aku. Siapa suruh bijak sangat gantung dress tu kat situ. Dah girlfried dia nampak pula.

“Baju girlfriend II baru ambil dari dobi. I tumpang letak kat bilik Hezree.”

“Oh sweetnya. You tengok cousin you ni very romantic.  Kalau you jadi macam dia, Ilah orang paling bahagia.”

“Amanina, semua tools dah siap? Kita akan lambat kalau duduk kat sini lagi.”

“Dah Encik Hezree.”

“Kita pergi sekarang,” Hezree tarik tangan aku.

Darl, you tak nak cakap apa-apa pada I?”

Hezree mengerutkan keningnya. Tak berapa saat selepas itu dia senyum.

“Hmmm... Oh lain kali buat appointment kalau nak jumpa I.”

Sampai di depan lif aku berusaha lepaskan tanganku darinya.

“Saya belum ambil handbag dan organizer lagi.”

“Cepat ambil, saya tunggu dalam kereta.”

Saya yang menurut perintah. Ambil aja apa yang ternampak. Lagipun semalam dia kata tak payah bawa apa-apa. Tapi tak sedap pula kalau jalan melenggang. Tak rasa macam nak pergi appointment pula.

“Dah lama kerja kat sini?” Alahai tersatu lif dengan Sherry pulak.

“Baru enam bulan Cik Sherry.”

“Tak pernah nampak pun sebelum ni.”

“Saya baru transfer department. Sebelum ni kat bahagian lain.”

Kepalanya terangguk-angguk.

Appointment kat mana? Kenapa Razif tak ikut?”

Apa aku nak jawab ni? Dari tadi nampak Hezree macam nak mengelak dari jumpa dia. Kalau aku bagitahu tempat appointment lepas tu Si Cheery Berry ni ikut, mesti aku kena lagi dengan Hezree.

“Razif handle client yang nak datang office sekejap lagi. Saya pun tak tahu appointment kat mana. Tiba-tiba client call Encik Hezree, nak jumpa kat tempat yang paling senang untuk dua-dua pihak.”

You don't mindkan kalau lain kali I nak tahu Hezree kat mana?”

No problem Cik Sherry, kalau saya tahu saya akan beritahu.”

Okey good, this is my phone number. Anything call me ya.” Dia menyerahkan kad namanya padaku. Model rupanya. Patutlah  daring habis minah ni.

Masuk dalam kereta BMW Hezree, mukanya dah macam jeruk limau. Nasib baik cermin mata hitam tu tutup matanya. Kalau tidak, mahu matanya tikam mata aku sampai berdarah.

“Kenapa lambat?”


“Siapa suruh beli pejabat tingkat enam belas? Kenalah tunggu lif tu naik dan turun dalam jangkamasa yang paling lama. Next time kalau encik nak cepat, sebelum pintu lif tu tutup bila encik dah sampai ground floor, encik tekan nombor enam belas dulu,” hish mulut kenapalah suka menjawab dan suka cari pasal dengan dia? Ingat sikit dia tu boss kau Nina. Aku nampak dia menjeling dari tepi cermin mata hitam tu. Sekarang diam dan jangan cakap apa-apa. Jawab bila perlu sahaja.

27 ulasan:

  1. Hahaha.... appointment lunch date dgn amanina yer hezree... yg ulat nangka tu jealous nnt...

    BalasPadam
  2. Hez dah marah tu.. jgn menjawap ye nina.. best2 nak lagi

    BalasPadam