RULE NOMBOR 1
BAB
2
Pukul
8.30 pagi aku sampai di pejabat. Masih lengang lagi. Mungkin ramai yang pergi
minum. Aku dah breakfast dengan mak
tadi jadi aku terus melangkah menghala ke lif. Saja aku datang awal supaya
tidak tekejar-kejar untuk berebut lif dengan pekerja-pekerja lain. Selain itu
boleh juga aku belek-belek kerja apa yang patut kulakukan untuk hari ini.
Syukurlah tiada orang yang menaiki lif selain aku. Bolehlah aku bersandar dan
betul-betulkan rambut yang ditiup angin ketika menaiki bas sebentar tadi. Lagi
satu inci lif nak tertutup, dia terbuka semula. Alah kacaulah, tak boleh tunggu
lif lain ke? Aku berdiri tegak. Tak jadi menyandar.
“Morning Encik Hezree.”
Rasa
kecut pula apabila ternampak wajahnya di muka pintu lif. Segak bergaya dengan blazer hitam. Kaca mata hitam di sangkut
di kocek sisi kemejanya. Kasut hitam berjenama yang berkilat, silau mata
memandang. Dia hanya angguk sekali tanpa senyum dan berdiri membelakangiku.
Huh
sombong. Apa yang dia dapat kalau jadi sombong? Sekurang-kurangnya sanyumlah
sikit. Senyum tu kan sedekah. Sedekah senyum pun kedekut, sedekah harta lagilah
kedekut agaknya. Dalam aku merungut di
dalam hati, sampai juga di tingkat lima belas.
“Excuse me,” kataku apabila dia tidak
memberi laluan.
Dia
beralih sedikit. Itu pun muat-muat aku jalan sahaja. Sombong dan bongkak. Nak
beri laluan pada orang pun susah.
“Thanks,” katanya.
“Sorry?” dahiku berlapis akibat
mengerutkan kening dengan perkataan ‘thanks’
itu
“Lain
kali orang dah beri laluan, ucap terima kasih.”
Makan
hati betul dengan dia ni. Setakat bagi jalan yang sikit tu pun nak berkira.
Tahulah company ni abah kau yang
punya. Tapi tak payahlah tunjuk ek
sangat.
“Thank you, terima kasih, arigato, xiexie,
jazakallahhikhaironkhasiron,” pintu lif pun tertutup. Puas hati, ambik lima bahasa sekali itu pun kalau
faham.
Panas
betul hatiku pagi-pagi dah ada yang sakitkan hati. Inilah agaknya kehidupan
orang kaya. Tak ada sensitiviti. Tahunya mencari kesalahan orang lain. Salah
diri sendiri tak nampak. Meluat betul. Tapi semalam dengan Kak Wati dia tak
bersuara langsung. Kenapa dengan aku mulut dia macam tak reti nak control? Saja nak cari pasal. Ni mesti
sebab mulutku yang lancang menjawab masa hari interview beberapa hari lepas. Tapi aku tak paksa pun dia ambil aku
bekerja. Kalau tak suka tak apa, aku boleh pergi interview di tempat lain. Jadi casher
pasar raya pun aku tak kesah.
Aku
duduk di meja kerjaku memerhatikan sekeliling. Hari ini kerja yang sebenar akan
bermula. Pukul sembilan pagi semua pekerja dah masuk pejabat. Kak Wati ajar aku
satu-persatu kerja yang patut aku lakukan. Taklah susah sangat. Semuanya ada di
dalam komputer. Tiap-tiap bulan benda yang sama sahaja yang perlu aku buat.
Cuma quotation sahaja yang berubah mengikut
permintaan client. Lama-lama nanti
aku jadi mahir. Tengahari makan bersama Kak Wati dan Kak Ros. Dah rasa macam
Power Puff Girl pula.
“Kak
Wati, hari tu akak cakap Encik Hezree tu tak banyak cakap. Susah nak dengar
suara dia.”
“Betullah
tu. Akak yang kerja dengan dia pun jarang-jarang dengar suara dia. Kalau dia
nak apa-apa dia pesan kat Razif je. Dengar suara dia kat intercom kalau suruh Razif masuk bilik dia. Razif in my office, Razif masuk. Itu je ayat
dia,” Kak Ros bersuara.
“Tadi
saya kena sound dengan dia.”
“Apa
dia cakap?” tanya Kak Wati dan Kak Ros serentak.
“Dia
suruh saya cakap terima kasih pada dia.”
“Sebab
apa pula?” tanya Kak Wati.
“Dia
halang jalan saya nak keluar lif. Saya cakap excuse me. Lepas tu dia beralih sikit. Saya keluarlah.”
“Sebab
tu je?” tanya Kak Ros pula.
“Saya
rasa dia tak suka sayalah kak.”
“Dia
tu memang tak suka perempuan. Jangan-jangan dia tu dot dot.....”
“Dia
tu apa Kak Wati?”
“Tak
ada apalah,” Kak Wati dan Kak Ros senyum sumbing. Aku faham dari senyumannya.
“Oh
my..... Takkan dia dengan Razif....”
aku tutup mulut.
“Akak
tak cakap apa-apa,” Kak Wati potong kata-kataku.
Ergh
terus rasa geli geleman. Nasib dah habis makan. Tapi rasa macam nak terkeluar
balik. Muka dah handsome, anak orang
kaya, pandai, kerja pun bagus tapi gay?
Hish geli.
“Akak,
saya masuk office dulu. Tak tahan
rasa nak muntah.”
“Nina
kau ada isi ke apa ni?”
“Mana
ada kak. Saya ni suci terpelihara. Saya nak muntah dengan apa yang akak cakap
tadi. Saya pergi dulu kak.”
Cepat-cepat
aku berlari masuk ke bangunan enam belas tingkat itu. Tak ramai lagi yang balik
dari makan tengahari. Bolehlah aku sampai ke tingkat lima belas dengan cepat.
Cepat-cepat tekan butang anak panah lif ke atas. Tolonglah cepat lif. Dah
bergelodak perut ni nak tahan muntah. Ting... Lif terbuka. Oh syukurlah.
Cepat-cepat aku tekan butang tutup selepas semua orang sudah masuk. Eh ada
orang lain ke selain aku? Mulutku tahan dengan tangan. Air liur semakin banyak
berkumpul di dalam mulut. Terasa payaunya. Tingkat tiga lif berhenti. Ada yang
keluar. Cepat-cepat aku tekan butang tutup lagi. Tingkat lima lif terbuka. Aku
buat benda yang sama. Keadaanku sungguh gelisah. Terasa akan terhambur isi
perut ni bila-bila masa.
“Pintu
lif tu takkan tertutup dengan cepat kalau awak tekan banyak kali. Kalau dia
boleh menjerit, dia akan menjerit pada awak untuk tekan sekali sahaja.”
Aku
berpaling pada suara itu.
“Encik
Hezree,” aku tutup mulut dengan tangan sekali lagi. Angin dari mulut sudah
keluar. Asyik berbunyi burb burb.
“Awak
kenapa?” dia menghampiriku.
Rasa
mual bertambah-tambah bila teringatkan dia dan Razif. Aku angkat tangan tanda
tak ada apa-apa. Lif terbuka aku keluar sambil berlari-lari terus ke tandas.
Uwekkk...uwekkk... Keluar semua isi perut. Lega. Apalah kau ni Nina, perkara
yang macam tu pun boleh buat kau muntah. Aku mengutuk diri sendiri. Ketukan
pintu dari luar menggegarkan tandas. Siapa pula yang sibuk nak guna tandas ni?
Gunalah tandas sebelah.
“Amanina
awak okey ke?” suara dari luar.
Eh
siapa pula tu? Tahu pula aku ada di dalam. Setelah membersihkan mulut, aku
keluar.
“Saya..
Saya okey.”
“Awak
ni kenapa?”
“Tak
sedap badan.”
“Tak
sedap badan tak apa jangan ada benda lain dah.”
“Maksud
Encik Hezree?”
“Well
perempuan sekarang senang nak dapat. Hmm.. dah pergi klinik ke belum?”
Wah,
ingat aku perempuan murah ke? Tapi yang dia sibuk ada kat sini kenapa pula?
“Tak.
Baru je rasa tak sedap badan. Encik nak apa-apa ke?”
“Tak
ada apa-apa. Saya naik dulu.”
Tak
ada apa-apa, tapi buat apa kat sini? Rasa nak muntah lagi bila tengok dia ada
si sini. Datang ke tingkat lima belas semata-mata nak tanya aku okey ke tak? Bertambah tak okey bila nampak muka dia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan