RULE NOMBOR 1
BAB
9
Hari
ini pukul lapan pagi aku sudah sampai di pejabat. Satu jam awal sebelum masuk
waktu kerja. Aku masuk ke dalam bilik Hezree dan letakkan barang-barangnya di
situ. Sementara menunggu, aku membelek fail yang diberikan oleh Hezree semalam
dan cuba menghafal nama-nama client.
Setengah jam selepas itu aku nampak Hezree melepasi mejaku. Sila ke pantry sekarang dan sediakan kopi
untuknya sebelum dia bising. Satu mug kopi untuknya dan satu mug milo untukku.
“Untuk
saya?” tanya Hezree.
Rajin
pula dia ke pantry. Aku angguk dan
hulurkan mug kopi kepadanya.
“Thanks my special.”
Dah
mulalah nak mengada-ada. Cepatlah pergi dari sini. Aku nak menikmati biskut di pantry ni. Tapi nampaknya macam tak ada
harapan aja. Dia tarik kerusi dan duduk di situ. Aku angkat mug dan bersedia
untuk cabut.
“Tak
mahu temankan saya?”
“Saya
nak pergi hafal nama client.”
“Sekejap
lagi pun boleh. Belum pukul sembilan lagi. Breakfast
dengan saya dulu.”
Dengan
hati yang berat aku duduk di sebelahnya. Mata ditalakan di dalam mug milo
dengan pandangan kosong.
“Kenapa
pulangkan barang-barang tu pada saya?”
Tidak
jadi aku nak minum bila dia bertanya.
“Sebab
tu bukan barang saya. Saya tak simpan barang orang kat rumah saya,” kilasku.
“Kan
saya cakap saya sedekah pada awak.”
“Saya
tak terima sedekah sebab saya tak layak terima.”
“Anggap
sebagai satu pemberian daripada saya tanda terima kasih sebab awak sudi
temankan saya.”
“Saya
dah terima cash dari encik untuk
bayaran OT.”
“Awak
ni keras kepalalah.”
Dia
bangun dan tinggalkan aku. Kopi dalam mugnya ada lagi separuh. Nasib baik dia
bangun, bolehlah aku makan biskut dengan aman.
“Awal
sampai,” tegur Razif.
“Nak
hafal nama client,” aku tunjukkan
fail kepada Razif.
“Siapa
suruh?”
“Mister bosslah.”
“Tak
pernah pun dia suruh saya hafal sebelum ni.”
Aku
angkat bahu. Nampak sangat Hezree nak membuli aku.
“Pukul
12 ni Encik Hezree ada appointment
kat Hilton. Dia suruh saya ikut.”
“Appointment dengan siapa? Dia tak cakap
kat saya pun.”
“Tak
cakap pula. Dia kata saya je yang kena ikut.”
“Pelik
peliklah si Hezree ni.”
“Nanti
awak ajar saya guna intercom ya.
Pukul 10 nanti saya kena remind Encik
Hezree tentang appointment tu.”
“Sekejap
lagi saya printkan nombor extension semua department dan nombor bosses.
Saya tunjuk satu contoh ya.”
Razif
tekan nombor 102, tidak lama kemudian ada satu suara menjawab.
“Yes.”
“Hez,
appointment pukul 12 ye.”
“Okey noted. Tapi kenapa awal sangat remind?”
“Nak
ajar Nina cara intercom.”
“Nina?”
“Amanina.”
“Okey.”
Ergh
Hez? Macam nak menggeliat telinga dengar. Muka macho, gaya dah ada tapi panggil Hez? Gelak besar dalam hati aku.
Oh patutlah di rumah Lan tempoh hari Nita juga memanggilnya Hez. Ingatkan aku
yang salah dengar.
“Dah
tahu macam mana nak intercom boss?”
“Ya...
Thanks Razif.”
“Saya
nampak ada orang yang sedang berusaha menahan dirinya dari gelak. Kenapa?”
“Apa
nama manja awak?”
Kami
ketawa serentak.
“Awak
tengah ejek sepupu saya. Saya intercom
dia ya.”
“Jangan.
Nak saya panggil awak Raz atau Zif?”
“Nina…
Awak jangan nak mengada. Saya report
kat Encik Hezree nanti.”
Aku
susun sepuluh jari tanda ampun padanya. Okey
tak buat lagi.
“Cik
nak jumpa siapa?”
“Saya
nak jumpa Encik Hezree.”
“Cik
ada appointment dengan dia ke?”
“Tak
perlu appointment. You orang baru kat sini ya? Next time kalau nampak I, tak perlu tanya. I girlfriend Encik
Hezree.”
Perempuan
itu terus menuju ke bilik Hezree tanpa sempat aku halang. Habislah mesti aku
kena ni.
“Razif,
awak pergi mana?”
“Kenapa?
Saya pergi toilet je. Takkan dah
rindu?”
“Habislah
saya kena dengan Encik Hezree. Tadi girlfriend
dia datang nak jumpa dia. Dia tak kenalkan diri. Saya tak sempat halang.”
“Ni
mesti Sherry. Memang awak kena halang dia. Hezree tak suka dia datang office. Kalau saya ada tadi memang dia
tak lepas masuk.”
Kepala
rasa panas, jantung macam nak terkeluar. Habis aku kali ni.
“Razif
and Amanina, in my office now!!!” Ini bukan intercom
yang berbunyi tetapi si puaka dah menjerit dari mesin intercom.
Ni
dah bukan drama. Memang aku habis. Muka Razif pun dah bertukar riak. Biar aku
yang bertanggungjawab sebab ini memang salah aku.
“Sorry Encik Hezree saya tak sempat
halang.”
“Sorry Hez, aku tak bagitahu Nina tentang
Sherry.”
“Amanina,
next time make sure awak tapis semua guest yang tak ada appointment dengan saya. Tanya saya dulu samada saya nak jumpa atau
tak. Faham!!” karas suaranya. Perutku dah kecut bagai dipulas-pulas. Rasa nak
menyorok di balik Razif.
“Faham
Encik Hezree. Saya minta maaf.”
“Sherry,
I ada appointment dekat luar. You
balik dulu.”
“Janji
call I ya,” perempuan yang lagaknya
bagai ulat nangka menggeletis mahu memegang tangan Hezree. Tapi apa yang aku
nampak Hezree pantas mengelak.
“Tengoklah
kalau I free.”
“Wait, baju siapa ni?”
Matilah
aku. Siapa suruh bijak sangat gantung dress
tu kat situ. Dah girlfried dia nampak
pula.
“Baju
girlfriend I, I baru
ambil dari dobi. I tumpang letak kat
bilik Hezree.”
“Oh
sweetnya. You tengok cousin you ni very romantic. Kalau you
jadi macam dia, Ilah orang paling
bahagia.”
“Amanina,
semua tools dah siap? Kita akan
lambat kalau duduk kat sini lagi.”
“Dah
Encik Hezree.”
“Kita
pergi sekarang,” Hezree tarik tangan aku.
“Darl, you tak nak cakap apa-apa pada I?”
Hezree
mengerutkan keningnya. Tak berapa saat selepas itu dia senyum.
“Hmmm...
Oh lain kali buat appointment kalau
nak jumpa I.”
Sampai
di depan lif aku berusaha lepaskan tanganku darinya.
“Saya
belum ambil handbag dan organizer lagi.”
“Cepat
ambil, saya tunggu dalam kereta.”
Saya
yang menurut perintah. Ambil aja apa yang ternampak. Lagipun semalam dia kata
tak payah bawa apa-apa. Tapi tak sedap pula kalau jalan melenggang. Tak rasa
macam nak pergi appointment pula.
“Dah
lama kerja kat sini?” Alahai tersatu lif dengan Sherry pulak.
“Baru
enam bulan Cik Sherry.”
“Tak
pernah nampak pun sebelum ni.”
“Saya
baru transfer department. Sebelum ni
kat bahagian lain.”
Kepalanya
terangguk-angguk.
“Appointment kat mana? Kenapa Razif tak
ikut?”
Apa
aku nak jawab ni? Dari tadi nampak Hezree macam nak mengelak dari jumpa dia.
Kalau aku bagitahu tempat appointment
lepas tu Si Cheery Berry ni ikut, mesti aku kena lagi dengan Hezree.
“Razif
handle client yang nak datang office sekejap lagi. Saya pun tak tahu appointment kat mana. Tiba-tiba client call Encik Hezree, nak jumpa kat
tempat yang paling senang untuk dua-dua pihak.”
“You don't mindkan kalau lain kali I nak tahu Hezree kat mana?”
“No problem Cik Sherry, kalau saya tahu
saya akan beritahu.”
“Okey good, this is my phone number. Anything
call me ya.” Dia menyerahkan kad namanya padaku. Model rupanya.
Patutlah daring habis minah ni.
Masuk
dalam kereta BMW Hezree, mukanya dah macam jeruk limau. Nasib baik cermin mata
hitam tu tutup matanya. Kalau tidak, mahu matanya tikam mata aku sampai
berdarah.
“Kenapa
lambat?”
“Siapa
suruh beli pejabat tingkat enam belas? Kenalah tunggu lif tu naik dan turun
dalam jangkamasa yang paling lama. Next
time kalau encik nak cepat, sebelum pintu lif tu tutup bila encik dah
sampai ground floor, encik tekan
nombor enam belas dulu,” hish mulut kenapalah suka menjawab dan suka cari pasal
dengan dia? Ingat sikit dia tu boss
kau Nina. Aku nampak dia menjeling dari tepi cermin mata hitam tu. Sekarang
diam dan jangan cakap apa-apa. Jawab bila perlu sahaja.
best 3x.
BalasPadamxie xie
PadamCpt la kuarkn buku..beshhhhh!
BalasPadamsabar... Ada kene edit2 sikit.. Lepas tu kita tunggu dalam versi cetak ye
PadamBerehhh👍
PadamBerehhh👍
PadamBerehhh👍
PadamHahaha.... appointment lunch date dgn amanina yer hezree... yg ulat nangka tu jealous nnt...
BalasPadamhihi ulat nangka..
PadamHaha hez...
BalasPadamHaha hez...
BalasPadamHaha hez...
BalasPadamBest ni
BalasPadamTqtq.
PadamBesttttttt
BalasPadamTq..tq
PadamHez dah marah tu.. jgn menjawap ye nina.. best2 nak lagi
BalasPadammenggeliat telinga dengar nama Hez..hihi
PadamBest3x kelakar pon ada
BalasPadamtq..tq
Padambaru abis marathon bab1-9...best3
BalasPadamHebattt.. hehhe.. tq
PadamBest... keep it up dear..
BalasPadamtq sis
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padambest3..
BalasPadamTq dear
Padam