Sabtu, 5 September 2015

RULE NOMBOR 1 

BAB 3



Waktu untuk habiskan gaji pertama... Hari ni aku ajak mak untuk pergi bershopping walaupun mak tahu aku bukanlah orang yang suka bershopping. Tapi mak tak mahu ikut. Dia selesa duduk dirumah. Nak ajak adik bongsuku si Amani, tetapi dia ada kelas tambahan pula. Aku pergi ke Jusco Wangsa Maju dengan menaiki teksi. Tak jauh mana pun. Saja nak cuci mata, bukan nak membeli-belah sangat pun. Nak belikan sesuatu untuk mak, ayah dan Amani. Untuk adik ku seorang lagi si Angah, tunggu kalau dia balik KL nanti. Untuk diri sendiri aku tak terfikir lagi.

Aku berjalan dengan santai. Singgah sebentar membeli t-shirt berjenama untuk ayah. Jadilah, walau sehelai. Pergi ke ladies department pula aku belek-belek handbag yang ada di situ. Berkenan satu, aku ambil untuk mak. Untuk Amani nak beli apa ya... Oh beli buku mesti dia suka. Masuk ke kedai buku membelek buku latihan untuk UPSR. Tak mahal mana pun. Ambil lima subjek sekali. Jalan seorang diri dengan gaya longlai memang menjadi kesukaanku. Tak ada siapa yang nak paksa ke sana ke situ. Aku ikut langkah kaki dan tarikan mata sahaja. Berhenti di kedai kasut. Tengok dari luar, kasut tu macam cantik sangat. Masuk ke kedai belek-belek, test pada kaki. Wow cantiknya bila tersarung pada kakiku. Aku buka balik dan tengok harga. Macam nak tercekik. Kasut yang hanya bertali-tali macam ni pun sampai beratus-ratus ringgit? Tak berbaloi sungguh. Congak-congak dulu duit dalam akaun. Takut tak cukup sampai akhir bulan. Tak apalah. Next time pun boleh beli. Kasut yang aku pakai ni pun masih elok. Aku letak kembali kasut itu pada tempatnya.

“Ambil aja. Cantik bila awak pakai.”

Aku toleh kepada suara yang menyapa. Badi apakah ini? Di sini dia, di sana dia, di mana-mana pun dia. Kenapa dia ada di sini? Rasanya tempat orang yang macam dia kat KLCC, Pavillion atau Mid Valley, tapi bukan kat sini.

“Tak apa, saya saja-saja cuba. Bukan nak beli pun.”

Dia memanggil salesgirl kedai kasut itu.

“Tengok yang ni,” dia memberikan kasut yang kupegang itu kepada salesgirl di hadapannya. 

“Saiz berapa?” tanyanya padaku.

“Eh tak payah Encik Hezree. Saya tak nak.”

“Awak agak-agak saiz dia ni berapa?” tanya Hezree pada salesgirl itu. Sekejap sahaja salesgirl tadi mendapatkan beberapa saiz untuk aku cuba.

Dengan teragak-agak aku mencuba juga kasut itu. Habislah duit gaji aku kerana kasut ni. Lepas ni aku janji setengah tahun aku tak akan beli kasut lagi.

“Cuba jalan,” arah Hezree.

Aku pun berjalan mengelilingi kedai kasut lagak seorang model tersohor.

“Selesa?”

Kasut yang begini mahal takkanlah tak selesa. Nak tipu tak selesa rasa macam jahat sangat. Terpaksalah aku anggukkan kepala.

“Ambil yang ni,” dia berkata dengan salesgirl itu.

Aku menanggalkan kasut itu dan beri kepada salesgirl untuk dibungkus. Aku mengeluarkan purse dan bersedia untuk membayar dengan penuh sesalan.

“Simpan duit awak,” Hezree mengeluarkan kad kreditnya.

Hampir ternganga dengan tidakannya. Takkan dia yang bayarkan? Tapi setakat tak sampai dua ratus pun nak guna kad kredit. Aku ada cashlah.

“Tak apa encik, ni kasut saya. Saya boleh bayar sendiri.”

“Jangan jatuhkan air muka saya dengan penolakan awak. Itu satu penghinaan,” dia yang tinggi tunduk dan berbisik padaku yang lebih rendah darinya.

Casher dah tersenyum-senyum melihat gelagat kami berdua. Dengan wajah yang tak rela terpaksa juga aku mengikut arahannya.

“Terima kasih encik, nanti saya bayar balik.”

“Awak sorang?”

“Ya.”

“Bayar dengan temankan saya minum.”

Huh ingatkan ikhlas. Aku membayangkan yang dia akan berkata ‘tak apa Amanina, saya ikhlas belikan untuk awak.’ Kenal sangat dengan perangai sombong dan bongkaknya, jangan haraplah. Nak senyum pun susah inikan pula nak belanja aku. Kami duduk di sebuah cafe. Alah belanja makan kat cafe taklah semahal harga kasut ni. Aku mampu bayar.

“Banyak shopping?”

“Untuk keluarga. Gaji pertama.”

Dia menyedut minumannya. Aku memotong kek yang bagi aku rasanya sungguh sedap. Tak termimpi pun akan makan di sini kalau aku berjalan sendiri. Tapi di sebabkan dia, tak apalah. Tak sampai RM50 pun.

“Encik buat apa kat sini?” tanyaku berbasa-basi. Mesti dating dengan pasangan songsangnya.

“Jalan-jalan cuci mata.”

Oh ni mesti nak cari mangsa. Tapi nampak macam aku yang menjadi mangsanya. Makan sudah, minum pun sudah. Aku memanggil waiter. Semua sekali RM49.50. Tak sampai RM50 pun. Aku pun keluarkan purse. Tetapi cepat saja kad kredit diletakkan di atas bil itu. Waiter pun berlalu. Haih tak sampai RM50 pun nak pakai kad juga? Apalah orang kaya ni. Cash pun tak ada.

“Sepatutnya saya yang bayar.”

“Saya tak kata awak kena bayar. Saya kata temankan minum aja.”

“Saya balik dulu encik. Terima kasih.”

“Lagi?”

“Apa dia?”

“Selain terima kasih?”

“Oh... Arigato, thank you, xiexie, jazakallahhikhoironkasiron. Saya tambah lagi emkoi, gamsahabnida.”

Baru nampak senyuman di bibirnya. Boleh pun senyum. Patutlah kedekut dengan senyuman sebab senyuman dia sangat menawan. Bisa mencairkan hati sesiapa tapi bukan aku sebab aku dah tahu perangai dia. Aku bangun meninggalkan dia yang masih duduk.

“Amanina!” laungnya. Aku berpaling padanya. Ada barang tertinggal ke?

“Hati-hati,” katanya.

La... Itu aja? Cakaplah ‘saya tumpangkan awak balik atau saya temankan awak ke perhentian bas.’ Tak payah nak feeling feelinglah Amanina, dia tu songsang. Yeuwww. Aku angguk kepala dan pulang.



Selepas kejadian itu aku sudah jarang-jarang berjumpa dengan Hezree. Kalau berjumpa pun aku hanya anggukkan kepala atau ucap selamat pada dia. Ayat standard yang akan aku katakana padanya adalah Morning Encik Hezree, Good night Encik Hezree, Thanks Encik Hezree dan Hi Encik Hezree. Tapi mengenali dia, tak ada satu pun ucap selamatku yang akan dijawab. Dia buat muka sombong dan bongkak lagi adalah. Semua orang pun dilayan begitu. Tapi macam kata Kak Wati, dia tak ada kena-mengena dengan kita. Jadi tak payahlah ambil kisah sangat. Aku hanya tunjuk ramah dengan semua orang. Tak luak pun kalau bertegur-sapa. Mengeratkan hubungan silaturohim.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan