RULE NOMBOR 1
BAB 1
BAB 1
Aku melangkah masuk ke sebuah bangunan
pejabat setinggi enam belas tingkat untuk melapor diri di hari pertama di
Megahland iaitu sebuah syarikat yang gah. Namanya sahaja sudah melambangkan
bahaimana gahnya syarikat ini . Syukur setelah beberapa bulan menjadi
penganggur berjaya akhirnya aku diterima bekerja di sebuah syarikat yang gah
segah namanya. Megahland menjadi titik permulaan untuk aku merubah masa depan
keluargaku. Pelbagai perasaan yang muncul, gementar, teruja dan entah apa-apa
lagi. Graduan yang tiada pengalaman bekerja seperti aku akan tahu apa yang aku
rasa apabila kali pertama digelar pekerja.
“Nurul
Amanina ya?” sapa seorang wanita apabila ternampak aku seperti tidak tahu ke
mana hala hendak dituju..
Aku
angguk.
“Akak
yang call semalam supaya awak datang
lapor diri hari ni. Panggil Kak Wati je. Akak nak panggil awak Nurul ke
Amanina?”
“Panggil
Nina je kak,” kami bersalaman.
“Kat
sini Nina jadi assistant akak. Kita bukan buat kerja admin aja. Company ni ramai lelaki, diaorang tak suka buat kerja remeh-temeh.
Kitalah yang kena buat semua. Quotation,
claim pekerja, over time, bayar bil, bayar loan
bank, instalment kereta boss pun kita kena uruskan. Nina buat voucher, pass pada akak. Kalau semua okey
baru buat cheque. Lepas boss dah sign cheque baru pass kat
despatch. Tapi untuk hari ni Nina
hanya baca polisi syarikat dan job skop
Nina. Rules untuk pekerja pun ada
dalam tu. Kita ada dua orang boss.
Encik Rashid yang jaga bahagian kontraktor dan pengurusan. Semua tugas kita
kena lapor pada Encik Rashid. Nah ambil kad dia. Kalau ada apa-apa benda yang urgent boleh call dia terus. Kalau MC pun kena cakap dengan dia. Tapi kalau cuti
kena hantar form kat akak dulu. Kalau
Encik Rashid luluskan baru boleh cuti. Cuti tahunan ada empat belas hari.
Setiap tahun cuti tu akan bertambah. Cuti kahwin lima hari dan cuti bersalin
dua bulan.”
Kak
Wati menghulurkan business card Encik
Rashid dan polisi syarikat serta job scop
padaku.
“Boss sorang lagi?” tanyaku.
“Big boss kita Dato Seri Haji Abdul
Jalil. Dia pemegang syer terbesar.
Encik Rashid dan Dato Seri tu biras. Dato Seri jarang masuk office. Dia pass kerja pada anak dia Encik Hezree yang interview Nina bersama Encik Rashid tempoh hari. Anak Encik Rashid
pun kerja kat sini. Dia jadi P.A Encik Hezree.”
“P.A
lelaki?” aku bertanya dengan nada terkejut.
“Encik
Hezree tak suka bekerja dengan perempuan. Nak dengar suara dia cukup susah. Semua benda dia akan pass kat Razif. Dia tak akan bercakap
dengan perempuan. Akak yang dah lama kerja dengan syarikat ni pun sekali sekala
je bercakap dengan dia. Yalah dia bukan department
akak jadi tak adalah akak nak berurusan dengan dia. Si Ros yang jadi secretary dia pun cakap kat akak dia tak
pernah bercakap dengan Encik Hezree. Kadang-kadang dia pelik juga, dia ni secretary Encik Hezree ke Razif?”
Aku
dah mula membelek polisi syarikat.
“Lupa
nak cakap kat Nina, syarikat ni ada dua floor.
Tingkat lima belas ni tempat kitalah. Hartanah dan investment kat tingkat enam belas. Akak memang tak tahu tentang
kerja tingkat enam belas sebab kita memang tak berkait dengan diaorang
langsung.”
Oh
maksudnya aku akan jumpa Encik Rashid sahaja lepas ni. Lega… Tak payah tengok
muka anak Dato Seri yang sombong tu. Teringat semasa ditemuduga bagaimana
sombongnya dia memandangku. Nasib baiklah suara lantang ini dapat membidas
segala kata-katanya.
“Sekejap
lagi Encik Rashid masuk, akak kenalkan Nina dengan dia dan semua staff floor ni.”
Staff
di tingkat lima belas ada tiga belas orang termasuk aku. Kak Wati dan aku
bahagian admin dan akaun, seorang despatch, ada bahagian operasi, pelukis
plan, bahagian elektrik dan bahagian marketing
yang semuanya lelaki. Nak ingat semua nama mungkin ambil masa seminggu. Tak
susah kerja dengan diaorang sebab kebanyakkan mereka selalu tak ada di pejabat.
Selalu pergi site visit, jumpa client, jumpa sub kontraktor. Tengahari
aku dan Kak Wati keluar makan bersama. Kata Kak Wati biasanya dia akan makan
dengan Kak Ros sebab Kak Ros dan dia sahaja perempuan dalam syarikat. Adanya
aku di sini bertambahlah seorang perempuan. Aku masuk lif mengikut langkah Kak
Wati.
“Hai
Encik Hezree, hai Razif,” tegur Kak Wati bila pintu lif terbuka.
Aku
hanya tundukkan sedikit kepala. Tak dengar pun dia orang balas perkataan hai
balik pada Kak Wati. Betul punya sombong anak-anak boss ni. Tak ada budi bahasa langsung. Sombong-sombong nanti mati
orang tak tolong baru tahu.
“Kak
Wati makan kat mana?”
“Tempat
biasalah Razif, gerai tepi bus stop. Ros
dah turun?”
“Dah
kak. Dia tunggu kat bawahlah tu. Lain kali bolehlah saya join akak.”
“Kau
mana makan kat gerai.”
“Siapa
cakap? Saya makan mana-mana je. Tapi hari ni nak ikut Encik Hezree kita pergi appointment, terpaksalah saya makan
dengan dia.”
Pintu
lif terbuka. Aku melangkah keluar beriringan dengan Kak Wati. Tak angkat muka
pun nak tengok wajah dua jejaka tadi. Tapi Razif tu baik juga. Nak pula dia
berborak dengan Kak Wati.
“Ros,
ni kawan baru kita Nina,” Kak Wati memperkenalkan aku dengan Kak Ros. Seorang
wanita yang mungkin awal 30 an.
“Seronoklah
kita ada kawan baru. Boring tau Nina,
kerja dengan lelaki tak tahu nak borak apa. Sekali jumpa kawan perempuan ni
bernafaslah sikit. Bolehlah cerita pasal hal-hal perempuan.”
Aku
hanya menjadi pendengar setia sahaja. Tak berani nak menyampuk. Kalau ditanya
baru aku menjawab. Nak mecelah tidak sama sekali. Seronok dengan pergaulan
kakak-kakak berdua ini. Nampak lembut tapi keras rupanya. Boleh berurusan
dengan semua jenis lelaki. Aku pun harus jadi seperti mereka, pandai bergaul
dengan semua orang. Orang nak layan atau tak, biarkan. Asalkan kita pandai
bermanis mulut.
Hari
ini kerja belum bermula. Dah banyak kali aku khatam polisi syarikat. Tak tahu
nak buat apa dah. Kak Wati kata hari pertama memang tak payah buat apa-apa.
Jadi aku baca dan baca sahaja. Semua perkataan yang ada dalam pejabat tu aku
baca. Pukul enam petang Kak Wati ajak aku pulang. Tak sempat sampai lif kami
bertembung dengan Encik Rashid.
“Nak
balik dah?”
“Ya
Encik Rashid,” kata Kak Wati.
“Saya
ni tengah tunggu Razif. Kata nak balik dengan saya, kereta dia hantar workshop.”
“Dia
tunggu kat bawah kot,” Kak Wati mengagak.
“Ha
tu pun dia,” Encik Rashid menuding ke
arah Razif.
“Sorry papa, meeting habis lambat tadi.”
“Jomlah
kita turun sama-sama,” ajak Encik Rashid.
“Nilah
pekerja papa yang papa cakap tu ye?”
“Amanina
ni anak saya, Razif. Kerja dengan Encik Hezree di tingkat atas.”
“Hai
Encik Razif,” kataku bermanis mulut.
“Hi
Amanina, tak payah berencik dengan saya. Saya ni bukan owner syarikat. Saya pekerja macam awak juga.” Ramah juga orangnya.
“Bila
kereta siap?” sampuk Encik Rashid.
“Esok
pa. Nanti Razif minta tolong Hezree tolong hantarkan ke workshop.”
“Wati,
Amanina jumpa esok,” kata Encik Rashid bila kami sudah sampai di ground floor.
“Jumpa
esok Amanina,” laung Razif.
“Dia
tu memang peramah sikit, tak sama macam Encik Hezree. Nina balik naik apa?
Suami akak tunggu kat luar.”
“Naik
bas. Esok jumpa ya kak.”
Bestttt
BalasPadamtq sis
PadamBest 😘
BalasPadam