RULE NOMBOR 1
BAB
8
“Razif,
saya nak duduk kat mana ni?”
“Kalau
awak sudi duduk kat riba saya pun boleh,” Razif menepuk-nepuk pahanya. Yang
seorang bukan main ramahnya, yang sorang lagi menyinga tak kira masa. Pening
betul dengan dua orang makhluk ini.
“Saya
serius ni. Tadi Encik Hezree tak cakap pun mana tempat saya.”
“Serius
sangatlah awak ni. Tempat awak kat sebelah meja sayalah. Senang nak ajar. Letak
barang-barang awak dulu. Kejap lagi saya brief
apa tugas awak. Kalau nak stationary mintak pada Faizal yang duduk dekat
dengan almari besi tu.”
Aku
mengambil tempat di sebelah meja Razif. Kukeluarkan barang-barang dan letak di
atas meja. Yang paling penting frame
keluargaku yang sentiasa menjadi kekuatanku.
“Ini
jadual Encik Hezree. Pastikan awak ingatkan dia setiap pagi dan sebelum balik
tentang appointment dia. Dua jam
sebelum appointment pun kena ingatkan
dia. Dia tak suka orang yang lambat. Kena
punctual. Quotation atau kertas kerja suruh setiausaha dia yang buat.”
“Cop! Tak sama ke tugas P.A dan
setiausaha?”
“Lain.
Tugas awak beri apa yang diminta, pastikan semua kelengkapan yang dia minta
akan sampai pada dia tepat pada masa. Jaga time
dia, ingatkan appointment dia dan
aturkan appointment untuk dia.”
“Selalu
ke kena kerja hari Sabtu atau Ahad dan kena buat OT?”
“Saya
tak pernah kerja hari cuti. Encik Hezree pun jarang nak jumpa client waktu cuti. Kalau terpaksa pun
dia pergi sorang je. Dia boleh handle
sendiri. OT jarang-jarang saya buat. Kalau ada urgent case barulah saya stay
sampai malam.”
Jadi
hari tu dia saja nak kenakan akulah? Lagipun memang tak ada kepentingan pun aku
ikut dia jumpa orang Jepun tu. Aku pasti dia juga yang suruh Dato Seri tukarkan
aku ke jabatannya. Tapi apa motifnya? Dia ni penuh dengan motif yang aku tidak
ketahui.
“Hallo... Hallo... awak tak salin ke nota
penting yang saya cakap tadi?”
“So... Sorry Razif, saya teringat ada
benda yang tak pass kat Kak Wati
lagi,” dalihku yang agak terlalu memikirkan tentang Hezree yang suka membuliku.
“Nasib
baiklah awak dengan saya. Kalau dengan Encik Hezree habislah kena tengking.”
“Dia
memang macam tu ke? Suka tengking orang?”
“Kalau
tak salah, tak adalah dia tengking. Dia tak nak ambil perempuan bekerja dengan
dia sebab perempuan ni banyak sangat benda yang nak difikirkan. Fikir boyfriendlah, fikir anak kat rumahlah,
fikir kucing hilanglah. Lepas tu kalau kena marah mulalah nak menangis. Kalau
lelaki, time kerja dah memang tak
ingat apa. Isteri nak bersalin pun boleh lupa. Kalau kena marah, tak bawa
sampai hati. Lepas dah setle kami
boleh bekerja seperti biasa.”
“Awak
dah kahwin ke?”
“Belum.”
“Tapi
apa yang awak cakapkan tu macam pengalaman orang yang dah kahwin aja,” dugaku.
“Itu
Encik Hezree yang cakap.”
“Umur
awak berapa?”
“Dua
pulu enam. Kenapa?”
“Saja
tanya. Awak nak sambung master ye?”
“Ha'a.
Dapat pengalaman kerja dua tahun kat sini kira syukur sangat. Ni first job saya tau.” Huh first job juga. Boleh aja dia bekerja di
sini walau tiada pengalaman. Ni semua kroni, dunia memang tak adil.
“Encik
Hezree sebaya awak ke?”
“Dia
tua dua tahun dari saya. Dia untung sebab lepas degree terus ambil master. Lepas
habis belajar dia terus bekerja di sini. Cepat habis belajar cepatlah kerja.”
“Alah
kerja dengan keluarga, tak habis belajar pun tak apa,” kataku. Maksudnya mereka
berdua ini memang tak pernah ada pengalaman kerja sepertiku. Tapi lagak Hezree
seperti sudah sepuluh tahun mempunyai pengalaman. Meluat.
“Siapa
cakap? Ingat kalau jadi anak orang kaya tak payah belajar rajin-rajin? Lagi
kena rajin adalah. Orang akan bandingkan kita dengan ayah kita. Kalau ayah ada
degree anak mesti ada master atau PHD. Lagi berat tau jadi anak orang kaya. Nak
berurusan dengan client yang sebelum
ni berurusan dengan orang tua kita lagi. Kalau bagus diaorang akan invest, kalau kata kita tak bagus,
ikatan perniagaan yang diikat bertahun-tahun boleh terlerai.”
“Kerja
kat sini dah jadi macam darah daging awak. Awak terlalu menghayati.”
“Encik
Hezree tu antara sepupu yang paling rapat dengan saya. Dia idola saya. Umur
muda dah berjaya. Saya nak jadi macam dia. Banyak ilmu yang dia curah pada
saya. Awak gali ilmu pada dia banyak-banyak kalau nak berjaya.”
Aku
angguk dan dengar dengan teliti apa yang dinasihatkan oleh Razif.
“Tengok frame
gambar tu,” pinta Razif.
Aku
hulurkan frame kepadanya.
“Boyfriend?”
“Adik
sayalah. Ni gambar family saya. Ayah,
mak, Angah dan Adik.”
“So awak Alonglah?”
“Saya
bukan Along… Saya hanya mau tolong…” ajukku seperti iklan di televisyen.
“Tak
sangka perempuan yang comel macam awak ni pandai berlawak. Kenapa awak rendah?”
“Sensitif
sangat soalan tu. Saya tak cukup khasiat kot. Okey boleh teruskan kerja?” kataku padanya sambil pen ditangan
bersedia mencatit perkara penting.
Jam
menunjukkan lagi satu minit merangkak ke pukul enam. Aku sudah bersedia untuk
pulang apabila Razif sudah bersiap-siap mengemas barang-barangnya di atas meja.
“Amanina
masuk bilik saya,” intercom di atas
mejaku berbunyi. Aku pandang ke arah Razif. Dia senyum sambil mulutnya berkata good luck tanpa suara.
Aku
capai pen dan buku nota dan pintu bilik si puaka ini kuketuk.
“Masuk.”
“Ya
Encik Hezree.”
“Awak
tak nak ingatkan saya apa-apa?”
“Ingatkan
apa?”
“Razif
tak pesan kat awak ke setiap kali sebelum balik awak kena ingatkan saya tentang
appointment untuk esok?”
“Ada,
tapi esok encik tak ada appointment.”
“Are you sure? Saya tak pernah tak ada appointment. Awak tak buat kerja ke?”
“Buku
jadual appointment ni pun Razif yang
bagi pada saya. Kalau tak ada tulis kat situ maknanya bukan salah saya.”
“Esok
appointment di Hilton KL pukul 12
tengahari. Awak ikut sekali. Tak payah bawa apa-apa.”
“Esok
saya update pada Razif. Razif ikut
sekalikan.”
“Tak
perlu. Dia dah nak berhenti.”
“Ada
apa-apa lagi encik?”
“Esok
pagi sediakan kopi untuk saya. Saya perlukan kopi untuk terus fresh.”
“Kopi
banyak kafien. Tak elok untuk kesihatan.”
“Rule No Two."
Oh
whatever. Orang beri nasihat tak mahu
terima. Kalau masuk hospital sebab terlebih kafien dalam badan padan muka.
“Kalau
tak ada apa-apa saya balik dulu.”
“Saya
lupa cakap pada awak tadi, awak tak boleh balik selagi saya tak balik.”
Erghhhh
geramnya dengan makhluk puaka yang sorang ni. Rasa macam nak patah-patahkan
batang tengkuk dia. Sabar, OT sebagai motivasi.
“Tapi
Razif dah balik. Saya tak tahu nak buat apa. Dia baru brief tentang etika bekerja dengan encik.”
“Oh
ya? Awak nampak fail tu? Ambil dan hafal nama client. Jangan sampai ada yang awak lupa.”
“Baik,” aku ambil fail itu dan keluar. Semua orang
dah balik? Ini tidak adil tidak adil... Baik aku solat dulu. Ingatkan boleh
solat kat rumah. Kalau macam ni perangai si puaka itu, entah jam berapalah aku
dapat balik agaknya. Aku bangun menuju ke surau untuk menunaikan tanggungjawab
kepada Allah yang satu. Usai solat aku
ke ruanganku semula.
“Awak
pergi mana?” hampir gugur jantungku disergah begitu.
“Solat.”
“Nak
pergi mana-mana bagi tahu saya dulu.
Intercom ada, tak reti guna?”
“Sorry encik. Tak tahu pula kena bagi
tahu setiap pergerakan. Next time
kalau saya nak pergi toilet pun, saya
bagi tahu ye,” nah ambil kata-kata sakarstik dariku.
“Ambil
ni,” paperbag yang sama pagi tadi
diberikan padaku.
“Terima
kasih ajalah encik. Saya ni bukannya terdesak sangat. Natural perfume dah cukup untuk saya.”
“Saya
beli ni ikhlas untuk awak.”
“Ikhlas
untuk jatuhkan air muka saya juga kan?”
“Saya
minta maaf. Saya tahu saya melampau pagi tadi.”
“Kalau
dah tak ada apa, saya nak sambung hafal nama client.”
“Tak
apalah. Awak balik dulu. Jumpa esok.”
Syukurlah
dapat balik sekarang. Tak perlu hadap mukanya lagi untuk hari ini. Setelah dia
masuk ke biliknya, pantas aku mengemaskan meja lalu bag tangan kusambar dan
terus menuju ke pintu lif.
Aku
tunggu sehingga lif terbuka. Tiba-tiba terdengar bunyi mesej masuk dari telefon
bimbitku. Biarkan dulu. Tunggu kat dalam kereta nanti baru aku baca.
-Hai
buat apa.
Nombor
yang sama beberapa hari lalu dari pengirim yang aku tidak kenali. Malas nak
layan.
-
Tak rugi jadi orang yang peramah.
-
Jalan elok-elok. Bye.
Satu
pun aku tak layan. Aku boleh menjadi peramah dengan orang yang budiman. Kalau
hantar mesej tak reti kenalkan diri, maaflah aku takkan layan. Ni bukan zaman
sekolah nak ada secret admirer feeling
feeling glamour ada peminat. Aku letakkan handphone ke dalam handbag
dan terus pulang ke rumah.
“Awal
balik hari ni Along.”
“Ya
mak. Hari ni je kot mak. Along dah tukar jabatan. Gaji pun naik sikit. Ni semua
doa dari mak. Terima kasih mak”
“Mak
doakan yang baik-baik untuk semua anak-anak mak.”
“Hari
Ahad lepas ada siapa-siapa datang rumah ke mak?”
“Tak
ada. Kenapa?”
“Saja
tanya. Adik mana?”
“Kelas
tambahan, kejap lagi baliklah tu. Along nak makan?”
“Along
tunggu adiklah mak. Along mandi dulu ya.”
Oh
leganya hati. Pandai nak kelentong aku
konon-konon dah jumpa mak ayah bincang pasal tunang. Penipu. Memang lelaki tak
boleh dipercayai langsung. Semakin sebal aku fikirkan tentang kelakuan si
Hezree itu
Sikit sangatttt
BalasPadamBestttttttt
Tq...tq... saje nk dera perasaan time cuti ni
Padambestla.... nak lagi bole?
BalasPadamTq tq.. lepas cuti sekolah saya sambung ye
PadamBestttt
BalasPadamTq
Padambila nak di novelkan....best cite nya...gud luck
BalasPadamTq..tq.. kita tunggu pengumuman dr IKP ye
PadamBest la... adoi hai.....hezree nk pikat amanina tu.. ok next bab 9...
BalasPadamBest 3x xsabar nk baca n3
BalasPadamteruskan usaha
Nextttttttt!hihiiii
BalasPadam