Jumaat, 18 September 2015

RULE NOMBOR 1

BAB 8



“Razif, saya nak duduk kat mana ni?”

“Kalau awak sudi duduk kat riba saya pun boleh,” Razif menepuk-nepuk pahanya. Yang seorang bukan main ramahnya, yang sorang lagi menyinga tak kira masa. Pening betul dengan dua orang makhluk ini.

“Saya serius ni. Tadi Encik Hezree tak cakap pun mana tempat saya.”

“Serius sangatlah awak ni. Tempat awak kat sebelah meja sayalah. Senang nak ajar. Letak barang-barang awak dulu. Kejap lagi saya brief apa tugas awak. Kalau nak stationary mintak pada Faizal yang duduk dekat dengan almari besi tu.”

Aku mengambil tempat di sebelah meja Razif. Kukeluarkan barang-barang dan letak di atas meja. Yang paling penting frame keluargaku yang sentiasa menjadi kekuatanku.

“Ini jadual Encik Hezree. Pastikan awak ingatkan dia setiap pagi dan sebelum balik tentang appointment dia. Dua jam sebelum appointment pun kena ingatkan dia. Dia tak suka orang yang lambat. Kena punctual. Quotation atau kertas kerja suruh setiausaha dia yang buat.”

Cop! Tak sama ke tugas P.A dan setiausaha?”

“Lain. Tugas awak beri apa yang diminta, pastikan semua kelengkapan yang dia minta akan sampai pada dia tepat pada masa. Jaga time dia, ingatkan appointment dia dan aturkan appointment untuk dia.”

“Selalu ke kena kerja hari Sabtu atau Ahad dan kena buat OT?”

“Saya tak pernah kerja hari cuti. Encik Hezree pun jarang nak jumpa client waktu cuti. Kalau terpaksa pun dia pergi sorang je. Dia boleh handle sendiri. OT jarang-jarang saya buat. Kalau ada urgent case barulah saya stay sampai malam.”

Jadi hari tu dia saja nak kenakan akulah? Lagipun memang tak ada kepentingan pun aku ikut dia jumpa orang Jepun tu. Aku pasti dia juga yang suruh Dato Seri tukarkan aku ke jabatannya. Tapi apa motifnya? Dia ni penuh dengan motif yang aku tidak ketahui.

Hallo... Hallo... awak tak salin ke nota penting yang saya cakap tadi?”

So... Sorry Razif, saya teringat ada benda yang tak pass kat Kak Wati lagi,” dalihku yang agak terlalu memikirkan tentang Hezree yang suka membuliku.

“Nasib baiklah awak dengan saya. Kalau dengan Encik Hezree habislah kena tengking.”

“Dia memang macam tu ke? Suka tengking orang?”

“Kalau tak salah, tak adalah dia tengking. Dia tak nak ambil perempuan bekerja dengan dia sebab perempuan ni banyak sangat benda yang nak difikirkan. Fikir boyfriendlah, fikir anak kat rumahlah, fikir kucing hilanglah. Lepas tu kalau kena marah mulalah nak menangis. Kalau lelaki, time kerja dah memang tak ingat apa. Isteri nak bersalin pun boleh lupa. Kalau kena marah, tak bawa sampai hati. Lepas dah setle kami boleh bekerja seperti biasa.”

“Awak dah kahwin ke?”

“Belum.”

“Tapi apa yang awak cakapkan tu macam pengalaman orang yang dah kahwin aja,” dugaku.

“Itu Encik Hezree yang cakap.”

“Umur awak berapa?”

“Dua pulu enam. Kenapa?”

“Saja tanya. Awak nak sambung master ye?”

“Ha'a. Dapat pengalaman kerja dua tahun kat sini kira syukur sangat. Ni first job saya tau.” Huh first job juga. Boleh aja dia bekerja di sini walau tiada pengalaman. Ni semua kroni, dunia memang tak adil. 

“Encik Hezree sebaya awak ke?”

“Dia tua dua tahun dari saya. Dia untung sebab lepas degree terus ambil master. Lepas habis belajar dia terus bekerja di sini. Cepat habis belajar cepatlah kerja.”

“Alah kerja dengan keluarga, tak habis belajar pun tak apa,” kataku. Maksudnya mereka berdua ini memang tak pernah ada pengalaman kerja sepertiku. Tapi lagak Hezree seperti sudah sepuluh tahun mempunyai pengalaman. Meluat.

“Siapa cakap? Ingat kalau jadi anak orang kaya tak payah belajar rajin-rajin? Lagi kena rajin adalah. Orang akan bandingkan kita dengan ayah kita. Kalau ayah ada degree anak mesti ada master atau PHD. Lagi berat tau jadi anak orang kaya. Nak berurusan dengan client yang sebelum ni berurusan dengan orang tua kita lagi. Kalau bagus diaorang akan invest, kalau kata kita tak bagus, ikatan perniagaan yang diikat bertahun-tahun boleh terlerai.”

“Kerja kat sini dah jadi macam darah daging awak. Awak terlalu menghayati.”

“Encik Hezree tu antara sepupu yang paling rapat dengan saya. Dia idola saya. Umur muda dah berjaya. Saya nak jadi macam dia. Banyak ilmu yang dia curah pada saya. Awak gali ilmu pada dia banyak-banyak kalau nak berjaya.”

Aku angguk dan dengar dengan teliti apa yang dinasihatkan oleh Razif.

 “Tengok frame gambar tu,” pinta Razif.

Aku hulurkan frame kepadanya.

Boyfriend?”

“Adik sayalah. Ni gambar family saya. Ayah, mak, Angah dan Adik.”

So awak Alonglah?”

“Saya bukan Along… Saya hanya mau tolong…” ajukku seperti iklan di televisyen.

“Tak sangka perempuan yang comel macam awak ni pandai berlawak. Kenapa awak rendah?”

“Sensitif sangat soalan tu. Saya tak cukup khasiat kot. Okey boleh teruskan kerja?” kataku padanya sambil pen ditangan bersedia mencatit perkara penting.




Jam menunjukkan lagi satu minit merangkak ke pukul enam. Aku sudah bersedia untuk pulang apabila Razif sudah bersiap-siap mengemas barang-barangnya di atas meja.

“Amanina masuk bilik saya,” intercom di atas mejaku berbunyi. Aku pandang ke arah Razif. Dia senyum sambil mulutnya berkata good luck tanpa suara.

Aku capai pen dan buku nota dan pintu bilik si puaka ini kuketuk.

“Masuk.”

“Ya Encik Hezree.”

“Awak tak nak ingatkan saya apa-apa?”

“Ingatkan apa?”

“Razif tak pesan kat awak ke setiap kali sebelum balik awak kena ingatkan saya tentang appointment untuk esok?”

“Ada, tapi esok encik tak ada appointment.”

Are you sure? Saya tak pernah tak ada appointment. Awak tak buat kerja ke?”

“Buku jadual appointment ni pun Razif yang bagi pada saya. Kalau tak ada tulis kat situ maknanya bukan salah saya.”

“Esok appointment di Hilton KL pukul 12 tengahari. Awak ikut sekali. Tak payah bawa apa-apa.”

“Esok saya update pada Razif. Razif ikut sekalikan.”

“Tak perlu. Dia dah nak berhenti.”

“Ada apa-apa lagi encik?”

“Esok pagi sediakan kopi untuk saya. Saya perlukan kopi untuk terus fresh.”

“Kopi banyak kafien. Tak elok untuk kesihatan.”

Rule No Two."

Oh whatever. Orang beri nasihat tak mahu terima. Kalau masuk hospital sebab terlebih kafien dalam badan padan muka.

“Kalau tak ada apa-apa saya balik dulu.”

“Saya lupa cakap pada awak tadi, awak tak boleh balik selagi saya tak balik.”

Erghhhh geramnya dengan makhluk puaka yang sorang ni. Rasa macam nak patah-patahkan batang tengkuk dia. Sabar, OT sebagai motivasi.

“Tapi Razif dah balik. Saya tak tahu nak buat apa. Dia baru brief tentang etika bekerja dengan encik.”

“Oh ya? Awak nampak fail tu? Ambil dan hafal nama client. Jangan sampai ada yang awak lupa.”

“Baik,”  aku ambil fail itu dan keluar. Semua orang dah balik? Ini tidak adil tidak adil... Baik aku solat dulu. Ingatkan boleh solat kat rumah. Kalau macam ni perangai si puaka itu, entah jam berapalah aku dapat balik agaknya. Aku bangun menuju ke surau untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah  yang satu. Usai solat aku ke ruanganku semula.

“Awak pergi mana?” hampir gugur jantungku disergah begitu.

“Solat.”

“Nak pergi mana-mana bagi tahu saya dulu. Intercom ada, tak reti guna?”

Sorry encik. Tak tahu pula kena bagi tahu setiap pergerakan. Next time kalau saya nak pergi toilet pun, saya bagi tahu ye,” nah ambil kata-kata sakarstik dariku.

“Ambil ni,” paperbag yang sama pagi tadi diberikan padaku.

“Terima kasih ajalah encik. Saya ni bukannya terdesak sangat. Natural perfume dah cukup untuk saya.”

“Saya beli ni ikhlas untuk awak.”

“Ikhlas untuk jatuhkan air muka saya juga kan?”

“Saya minta maaf. Saya tahu saya melampau pagi tadi.”

“Kalau dah tak ada apa, saya nak sambung hafal nama client.”

“Tak apalah. Awak balik dulu. Jumpa esok.”

Syukurlah dapat balik sekarang. Tak perlu hadap mukanya lagi untuk hari ini. Setelah dia masuk ke biliknya, pantas aku mengemaskan meja lalu bag tangan kusambar dan terus menuju ke pintu lif.

Aku tunggu sehingga lif terbuka. Tiba-tiba terdengar bunyi mesej masuk dari telefon bimbitku. Biarkan dulu. Tunggu kat dalam kereta nanti baru aku baca.

-Hai buat apa.

Nombor yang sama beberapa hari lalu dari pengirim yang aku tidak kenali. Malas nak layan.

- Tak rugi jadi orang yang peramah.

- Jalan elok-elok. Bye.

Satu pun aku tak layan. Aku boleh menjadi peramah dengan orang yang budiman. Kalau hantar mesej tak reti kenalkan diri, maaflah aku takkan layan. Ni bukan zaman sekolah nak ada secret admirer feeling feeling glamour ada peminat. Aku letakkan handphone ke dalam handbag dan terus pulang ke rumah.



“Awal balik hari ni Along.”

“Ya mak. Hari ni je kot mak. Along dah tukar jabatan. Gaji pun naik sikit. Ni semua doa dari mak. Terima kasih mak”

“Mak doakan yang baik-baik untuk semua anak-anak mak.”

“Hari Ahad lepas ada siapa-siapa datang rumah ke mak?”

“Tak ada. Kenapa?”

“Saja tanya. Adik mana?”

“Kelas tambahan, kejap lagi baliklah tu. Along nak makan?”

“Along tunggu adiklah mak. Along mandi dulu ya.”


Oh leganya hati. Pandai nak kelentong aku konon-konon dah jumpa mak ayah bincang pasal tunang. Penipu. Memang lelaki tak boleh dipercayai langsung. Semakin sebal aku fikirkan tentang kelakuan si Hezree itu

11 ulasan: