RULE NOMBOR 1
BAB
7
Hari
Rabu aku dipanggil menghadap Big Boss
Dato Seri Haji Abdul Jalil. Hati berdebar-debar. Aku tak pernah berhadapan
dengan dia sebelum ini. Hanya nampak dari jauh sahaja.
“Kau
ada buat apa-apa ke Nina sampai Dato Seri nak jumpa? Tak pernah-pernah dia
panggil staff menghadap. Kalau benda
kecil-kecil ni dia suruh Encik Hezree aja yang handle,” Kak Wati merapatiku.
“Saya
tak ada buat apa-apa kak. Nak kena pecat ke saya ni kak? Habislah saya, siapa
yang nak bayarkan duit kereta saya?”
Apalah
salah yang aku buat? Takkan sebab aku tak jumpa Encik Hezree hari Ahad lepas,
dia nak pecat aku? Salah apa yang aku buat sampai kena jumpa Dato Seri? Dengan
langkah yang penuh berdebar aku gagahi juga ke tingkat enam belas menuju ke
bilik Owner of the Company. Kak Ros
mengiringiku ke biliknya. Dato Seri dan Hezree sedia menantiku. Rasa seperti
hari pertama aku menjejakkan kaki ke sini pada hari temuduga dulu.
“Nurul
Amanina come in, have a seat,” Dato
Seri menyambut kedatangan aku dengan penuh ceria. Adakah ini pertanda baik? Aku
akan dinaikkan pangkat atau dinaikkan gaji? Kalau betul syukurlah.
“Saya
diberitahu yang awak berjaya convince
client dari Jepun untuk invest
dalam syarikat kita. Congratulations.
Dah bertahun kami cuba pin down client
tu, tahun ni baru berjaya. Ni satu kejayaan yang sangat besar.”
Aku
tercengang-cengang dengan apa yang dikatakan oleh Dato Seri itu. Aku tak buat
apa-apa pun. Aku hanya cakap arigato
saja takkan itu dikatakan convince?
Pandanganku jatuh ke mata Hezree, tapi dia buat seperti tiada apa-apa berlaku.
Ini semua usaha dia, tapi kenapa aku pula yang dapat nama?
“Oleh
kerana kejayaan awak, saya akan tukarkan awak ke jabatan hartanah untuk menjadi
P.A Hezree.”
“Razif?”
tanyaku spontan. Takkan dia kena pecat pula?
“Razif
hanya ada sebulan sahaja di sini sebelum dia sambung study,” Hezree membuka mulut.
“Tapi
saya tak tahu langsung tentang hartanah dan saya tak ada pengalaman sebagai
P.A. Saya hanya tahu buat kerja admin
saja.”
“Tak
apa Amanina, awak boleh belajar dengan Razif selama sebulan ni,” kata Dato Seri
tenang.
“Maksudnya
saya kena mula bulan ni juga?”
“Hari
ni,” celah Hezree.
“Department saya macam mana? Kerja-kerja
saya perlu di pass down pada siapa?”
“Dont worry, Wati ada. Dia tahu semua
benda. Sebelum awak kerja di sini, dia yang buat kerja-kerja awak,” kata Dato
Seri pula.
Alah
kesianlah Kak Wati. Dia banyak kerja, nak kena buat kerja aku lagi. Sempat ke?
Takkan tak ada orang lain yang boleh gantikan tempat Razif?
“Saya
rasa saya bukan orang yang sesuai untuk bekerja di bahagian ini. Biarlah orang
yang lebih berpengalaman yang gantikan Razif.”
“Kalau
tak diberi pengalaman macam mana orang baru nak dapat pengalaman?” Hezree
memerliku dengan senyum sinis.
Aku menelan pahit. Ayat keramatku ketika ditemuduga dahulu, kini makan tuan. Masih ingat lagi bagaimana ketika Encik Rashid berkata padaku dia memerlukan pekerja yang mempunyai pengalaman. Dengan lantang aku menjawab ‘Jika semua fresh graduate seperti aku ini tidak diberi pengalaman macam mana kami semua nak dapat pengalaman?’ Ini kerana perasaan geramku yang teramat setelah beberapa syarikat yang memanggilku temuduga berkata benda yang sama. Aku tidak diterima bekerja kerana tiada pengalaman. Buat apa memanggil untuk ditemuduga jika mereka membaca resumeku bahawa aku tidak mempunyai pengalaman bekerja? Buang duit dan tenaga sahaja aku menghadirkan diri. Setelah aku meluahkan perkataan itu wajah Encik Rashid berubah dan Hezree yang turut menjadi salah seorang panel yang menemuduga mencerlung padaku seperti tidak berpuas hati. Ingatan Hezree memang kuat.
“Gaji
awak akan dinaikkan sebanyak 10% mulai bulan ni. Awak boleh ke bilik Hezree
untuk bincangkan scop of work awak.
Tentang Encik Rashid saya dah maklumkan semalam,” kata Dato Seri.
Hai
lah kenapa anak beranak mengamalkan Rule
Number One ni? Pening kepala berurusan dengan dua orang boss ni. Kenapa Encik Rashid tak
bagitahu aku sendiri? Semalam jumpa, dia tak cakap apa-apa pun.
“Terima
kasih Dato Seri,” aku bangun meninggalkan bilik itu.
“Panggil
Razif masuk bilik saya sekali,” Hezree mengarahkan aku ketika beberapa langkah aku meninggalkan bilik Dato Seri.
“Razif,
nanti kau brief Amanina tentang apa
yang dia perlu lakukan. Apa yang aku suka dan apa yang tidak. Semua sekali dan
jangan tertinggal satu pun. Semua dokumen client
pass pada dia dan suruh dia study
tentang semua client kita. File prospect pun bagi juga dan awak
Amanina pastikan awak catch up cepat.
Saya tak suka orang yang lembab. Razif, kalau dah tak ada apa-apa boleh keluar
sekarang.”
“Encik
Hezree boleh bagi saya masa untuk kemas barang di tingkat lima belas dan
serahkan semua dokumen pada Kak Wati?”
“Okey lepas lunch awak daftar masuk tingkat enam belas.”
Aku
dan Razif bangun untuk keluar.
“Amanina
awak tak dengar arahan ke? Bila saya suruh awak keluar? Saya cakap Razif je. Belum start kerja dah langgar arahan.”
Eh
ada ke dia cakap macam tu? Tak perasan pulak.
Tapi mulut dia boleh tahan juga longkangnya. Razif terus meninggalkan kami. Aku
kembali duduk. Kepalaku tundukkan. Tak sanggup nak bertentang mata, mesti kena
petir kejap lagi. Aku nampak dia bangun dan berdiri di belakangku.
“Saya
tak suka orang yang tak amanah. Tak pegang pada janji.”
Okey
dan itu semua tak ada kena-mengena dengan aku. Mungkin amaran untukku sebelum
bekerja di bawahnya. Sekarang dia bersandar di meja dan menghadapku. Aku masih
tunduk.
“Kenapa
tak tunggu saya hari Ahad lepas?”
“Sorry encik, saya nak cepat. Banyak
benda yang saya kena buat. Saya terpaksa keluar awal dan nak ke pasar untuk
beli barang dapur.”
“Kenapa
tak call saya?”
“Saya
tak tahu nombor telefon encik.”
“Seorang
pekerja tak simpan nombor telefon majikan? Hei, kalau ada kecemasan macam mana
awak nak inform saya?”
“Sebelum
ni saya inform pada Encik Rashid je
sebab saya di bawah seliaan dia,” geram pula aku dengan panggilan 'hei' dia.
“Mana
handphone?”
Aku
angkat dan tunjuk handphoneku pada
dia.
“Beri
pada saya.”
“Nak
buat apa?”
“Bagi
aja, sebelum tu unlock dulu.”
Aku
buat apa yang dia suruh. Kenapa kejam sangat majikan aku ni? Kerja dengan Encik
Rashid tak adalah stress macam ni.
Belum kerja dengan makhluk puaka ni lagi aku dah tertekan.
Entah
apa yang dia tekan kat handphone aku.
“Saya
dah simpan nombor handphone saya
dalam ni. Lepas ni jangan bagi alasan bodoh lagi. Tapi tak apa, dapat juga saya
jumpa mak dan ayah awak untuk bincangkan tentang hari tunang kita.”
“Sorry?”
“Parents awak dah setuju, so tunggu hari untuk kita bertunang ya.”
Gila!!!
Mak ayah tak cakap apa-apa pun. Jangan buat drama seram sangatlah. Sikit pun
aku tak takut. Aku bangun dan tinggalkan bilik si puaka ni. Melalut dan
merepek. Tak perlu dilayan kalau bukan hal kerja.
“Amanina,
lain kali jangan tinggalkan barang kat rumah saya. Saya tak simpan barang
perempuan. Ambil balik barang awak ni,” dia melaung padaku di luar pintu
biliknya sambil menggoyangkan paper bag
yang aku tak tahu apa isinya.
Aku
pandang mukanya dengan penuh rasa meluat. Dia jatuhkan air mukaku. Habis satu office tahu aku pergi rumah dia.
Malunya.... Tapi cop!! Dia tak malu
ke cakap macam tu? Saja nak timbuklan spekulasi dan kontroversi. Apa motifnya?
“Encik
jangan nak jatuhkan air muka saya. Tolong jaga maruah saya dan orang tua saya,”
aku bercakap dengan penuh geram tapi perlahan. Cukup hanya dia yang dengar.
“Itu
hukuman atas perbuatan awak sebab tak tepati janji. Kalau nak saya jaga air
muka awak, dengar cakap saya. Saya akan layan awak seperti puteri.”
Sambil
dia bercakap, sambil aku lihat barang di dalam paper bag yang
diberikannya itu.
“Sorry Encik Hezree, orang macam saya ni
tak pernah pakai perfume yang mahal
macam ni. Saya rasa encik salah orang. Lagipun saya tak pergi rumah lelaki yang
bukan mahram,” saja aku cakap kuat-kuat dan berpaling dari dia dengan melibas
ekor kudaku. Hambik kau. Ingat aku
nak tunduk dengan penghinaan ini? Salah oranglah. Aku terus turun ke tingkat
lima belas dan memaklumkan kepada Kak Wati tentang pertukaranku ke bahagian
hartanah.
“Akak
peliklah Nina, Encik Heezree tu tak suka perempuan. P.A dia sebelum ni semuanya
lelaki. Kenapa dia ambik kau pulak ye? Ambik la orang dari department
dia, tak payah susah nak ajar.”
“Akak
pelik, saya lagilah seratus kali pelik. Saya dah cakap macam tu, siap dah tolak
nak bekerja bawah dia. Tapi akak tahulah kita ni makan gaji je, nak tak nak
kena ikut arahan orang atas.”
“Tak
adalah kawan gosip akak lepas ni.”
“Tak
apalah kak nanti lunch kita boleh
makan sama-sama sambil bergosip. Saya dah serahkan semua kerja saya pada akak,
kalau ada yang tertinggal akak intercom
aja ya. Saya nak packing
barang-barang saya dulu ye kak.”
Makin menarik ni...heee Azwin..bila nak dapat novel ni..x sabar nsk baca semuanya๐๐๐๐
BalasPadamAlhamdulillah...terima kasih...nnt kita tanya IKP yer
PadamMakin menarik ni...heee Azwin..bila nak dapat novel ni..x sabar nsk baca semuanya๐๐๐๐
BalasPadamHahaha...heezree nk pikat amanina tu.. jenuh amanina lepas ni..... masak la telinga amanina lepas ni... next azwin
BalasPadamheheh...berasap-asap..
PadamHahaha...heezree nk pikat amanina tu.. jenuh amanina lepas ni..... masak la telinga amanina lepas ni... next azwin
BalasPadamAlahai...cian amanina ni..
BalasPadamHezree dah bkenan la tu
BalasPadamBest 3x.
BalasPadamtq tq
Padambest ....
BalasPadamTq
PadamBest sgt!!bila nk kuar versi cetak ni azwin?x sabor hehee
BalasPadamTq nurizzwo sentiasa terjah bolg kite..nnt kite tanye IKP yer
PadamBest sgt!!bila nk kuar versi cetak ni azwin?x sabor hehee
BalasPadamPembetulan mahram bkn muhrim
BalasPadamTq yatie for the info.. Nanti saya betulkan
PadamHehehe.. naya betul
BalasPadam