Selasa, 15 September 2015

RULE NOMBOR 1

BAB 7



Hari Rabu aku dipanggil menghadap Big Boss Dato Seri Haji Abdul Jalil. Hati berdebar-debar. Aku tak pernah berhadapan dengan dia sebelum ini. Hanya nampak dari jauh sahaja.

“Kau ada buat apa-apa ke Nina sampai Dato Seri nak jumpa? Tak pernah-pernah dia panggil staff menghadap. Kalau benda kecil-kecil ni dia suruh Encik Hezree aja yang handle,” Kak Wati merapatiku.

“Saya tak ada buat apa-apa kak. Nak kena pecat ke saya ni kak? Habislah saya, siapa yang nak bayarkan duit kereta saya?”

Apalah salah yang aku buat? Takkan sebab aku tak jumpa Encik Hezree hari Ahad lepas, dia nak pecat aku? Salah apa yang aku buat sampai kena jumpa Dato Seri? Dengan langkah yang penuh berdebar aku gagahi juga ke tingkat enam belas menuju ke bilik Owner of the Company. Kak Ros mengiringiku ke biliknya. Dato Seri dan Hezree sedia menantiku. Rasa seperti hari pertama aku menjejakkan kaki ke sini pada hari temuduga dulu.

“Nurul Amanina come in, have a seat,” Dato Seri menyambut kedatangan aku dengan penuh ceria. Adakah ini pertanda baik? Aku akan dinaikkan pangkat atau dinaikkan gaji? Kalau betul syukurlah.

“Saya diberitahu yang awak berjaya convince client dari Jepun untuk invest dalam syarikat kita. Congratulations. Dah bertahun kami cuba pin down client tu, tahun ni baru berjaya. Ni satu kejayaan yang sangat besar.”

Aku tercengang-cengang dengan apa yang dikatakan oleh Dato Seri itu. Aku tak buat apa-apa pun. Aku hanya cakap arigato saja takkan itu dikatakan convince? Pandanganku jatuh ke mata Hezree, tapi dia buat seperti tiada apa-apa berlaku. Ini semua usaha dia, tapi kenapa aku pula yang dapat nama?

“Oleh kerana kejayaan awak, saya akan tukarkan awak ke jabatan hartanah untuk menjadi P.A Hezree.”

“Razif?” tanyaku spontan. Takkan dia kena pecat pula?

“Razif hanya ada sebulan sahaja di sini sebelum dia sambung study,” Hezree membuka mulut.

“Tapi saya tak tahu langsung tentang hartanah dan saya tak ada pengalaman sebagai P.A. Saya hanya tahu buat kerja admin saja.”

“Tak apa Amanina, awak boleh belajar dengan Razif selama sebulan ni,” kata Dato Seri tenang.

“Maksudnya saya kena mula bulan ni juga?”

“Hari ni,” celah Hezree.

Department saya macam mana? Kerja-kerja saya perlu di pass down pada siapa?”

Dont worry, Wati ada. Dia tahu semua benda. Sebelum awak kerja di sini, dia yang buat kerja-kerja awak,” kata Dato Seri pula.

Alah kesianlah Kak Wati. Dia banyak kerja, nak kena buat kerja aku lagi. Sempat ke? Takkan tak ada orang lain yang boleh gantikan tempat Razif?

“Saya rasa saya bukan orang yang sesuai untuk bekerja di bahagian ini. Biarlah orang yang lebih berpengalaman yang gantikan Razif.”

“Kalau tak diberi pengalaman macam mana orang baru nak dapat pengalaman?” Hezree memerliku dengan senyum sinis.

Aku menelan pahit. Ayat keramatku ketika ditemuduga dahulu, kini makan tuan. Masih ingat lagi bagaimana ketika Encik Rashid berkata padaku dia memerlukan pekerja yang mempunyai pengalaman. Dengan lantang aku menjawab ‘Jika semua fresh graduate seperti aku ini tidak diberi pengalaman macam mana kami semua nak dapat pengalaman?’ Ini kerana perasaan geramku yang teramat setelah beberapa syarikat yang memanggilku temuduga berkata benda yang sama. Aku tidak diterima bekerja kerana tiada pengalaman. Buat apa memanggil untuk ditemuduga jika mereka membaca resumeku bahawa aku tidak mempunyai pengalaman bekerja? Buang duit dan tenaga sahaja aku menghadirkan diri. Setelah aku meluahkan perkataan itu wajah Encik Rashid berubah dan Hezree yang turut menjadi salah seorang panel yang menemuduga mencerlung padaku seperti tidak berpuas hati.  Ingatan Hezree memang kuat.

Gaji awak akan dinaikkan sebanyak 10% mulai bulan ni. Awak boleh ke bilik Hezree untuk bincangkan scop of work awak. Tentang Encik Rashid saya dah maklumkan semalam,” kata Dato Seri.

Hai lah kenapa anak beranak mengamalkan Rule Number One ni? Pening kepala berurusan dengan dua orang boss ni. Kenapa Encik Rashid tak bagitahu aku sendiri? Semalam jumpa, dia tak cakap apa-apa pun.

“Terima kasih Dato Seri,” aku bangun meninggalkan bilik itu.

“Panggil Razif masuk bilik saya sekali,” Hezree mengarahkan aku ketika beberapa  langkah aku meninggalkan bilik Dato Seri.




“Razif, nanti kau brief Amanina tentang apa yang dia perlu lakukan. Apa yang aku suka dan apa yang tidak. Semua sekali dan jangan tertinggal satu pun. Semua dokumen client pass pada dia dan suruh dia study tentang semua client kita. File prospect pun bagi juga dan awak Amanina pastikan awak catch up cepat. Saya tak suka orang yang lembab. Razif, kalau dah tak ada apa-apa boleh keluar sekarang.”

“Encik Hezree boleh bagi saya masa untuk kemas barang di tingkat lima belas dan serahkan semua dokumen pada Kak Wati?”

Okey lepas lunch awak daftar masuk tingkat enam belas.”

Aku dan Razif bangun untuk keluar.

“Amanina awak tak dengar arahan ke? Bila saya suruh awak keluar? Saya cakap Razif je. Belum start kerja dah langgar arahan.”

Eh ada ke dia cakap macam tu? Tak perasan pulak. Tapi mulut dia boleh tahan juga longkangnya. Razif terus meninggalkan kami. Aku kembali duduk. Kepalaku tundukkan. Tak sanggup nak bertentang mata, mesti kena petir kejap lagi. Aku nampak dia bangun dan berdiri di belakangku.

“Saya tak suka orang yang tak amanah. Tak pegang pada janji.”

Okey dan itu semua tak ada kena-mengena dengan aku. Mungkin amaran untukku sebelum bekerja di bawahnya. Sekarang dia bersandar di meja dan menghadapku. Aku masih tunduk.

“Kenapa tak tunggu saya hari Ahad lepas?”

Sorry encik, saya nak cepat. Banyak benda yang saya kena buat. Saya terpaksa keluar awal dan nak ke pasar untuk beli barang dapur.”

“Kenapa tak call saya?”

“Saya tak tahu nombor telefon encik.”

“Seorang pekerja tak simpan nombor telefon majikan? Hei, kalau ada kecemasan macam mana awak nak inform saya?”

“Sebelum ni saya inform pada Encik Rashid je sebab saya di bawah seliaan dia,” geram pula aku dengan panggilan 'hei' dia.

“Mana handphone?”

Aku angkat dan tunjuk handphoneku pada dia.

“Beri pada saya.”

“Nak buat apa?”

“Bagi aja, sebelum tu unlock dulu.”

Aku buat apa yang dia suruh. Kenapa kejam sangat majikan aku ni? Kerja dengan Encik Rashid tak adalah stress macam ni. Belum kerja dengan makhluk puaka ni lagi aku dah tertekan.
Entah apa yang dia tekan kat handphone aku.

“Saya dah simpan nombor handphone saya dalam ni. Lepas ni jangan bagi alasan bodoh lagi. Tapi tak apa, dapat juga saya jumpa mak dan ayah awak untuk bincangkan tentang hari tunang kita.”

Sorry?”

Parents awak dah setuju, so tunggu hari untuk kita bertunang ya.”

Gila!!! Mak ayah tak cakap apa-apa pun. Jangan buat drama seram sangatlah. Sikit pun aku tak takut. Aku bangun dan tinggalkan bilik si puaka ni. Melalut dan merepek. Tak perlu dilayan kalau bukan hal kerja.

“Amanina, lain kali jangan tinggalkan barang kat rumah saya. Saya tak simpan barang perempuan. Ambil balik barang awak ni,” dia melaung padaku di luar pintu biliknya sambil menggoyangkan paper bag yang aku tak tahu apa isinya.

Aku pandang mukanya dengan penuh rasa meluat. Dia jatuhkan air mukaku. Habis satu office tahu aku pergi rumah dia. Malunya.... Tapi cop!! Dia tak malu ke cakap macam tu? Saja nak timbuklan spekulasi dan kontroversi. Apa motifnya?

“Encik jangan nak jatuhkan air muka saya. Tolong jaga maruah saya dan orang tua saya,” aku bercakap dengan penuh geram tapi perlahan. Cukup hanya dia yang dengar.

“Itu hukuman atas perbuatan awak sebab tak tepati janji. Kalau nak saya jaga air muka awak, dengar cakap saya. Saya akan layan awak seperti puteri.”

Sambil dia bercakap, sambil aku lihat barang di dalam paper bag yang diberikannya itu.

Sorry Encik Hezree, orang macam saya ni tak pernah pakai perfume yang mahal macam ni. Saya rasa encik salah orang. Lagipun saya tak pergi rumah lelaki yang bukan mahram,” saja aku cakap kuat-kuat dan berpaling dari dia dengan melibas ekor kudaku. Hambik kau. Ingat aku nak tunduk dengan penghinaan ini? Salah oranglah. Aku terus turun ke tingkat lima belas dan memaklumkan kepada Kak Wati tentang pertukaranku ke bahagian hartanah.

“Akak peliklah Nina, Encik Heezree tu tak suka perempuan. P.A dia sebelum ni semuanya lelaki. Kenapa dia ambik kau pulak ye? Ambik la orang dari department dia, tak payah susah nak ajar.”

“Akak pelik, saya lagilah seratus kali pelik. Saya dah cakap macam tu, siap dah tolak nak bekerja bawah dia. Tapi akak tahulah kita ni makan gaji je, nak tak nak kena ikut arahan orang atas.”

“Tak adalah kawan gosip akak lepas ni.”

“Tak apalah kak nanti lunch kita boleh makan sama-sama sambil bergosip. Saya dah serahkan semua kerja saya pada akak, kalau ada yang tertinggal akak intercom aja ya. Saya nak packing barang-barang saya dulu ye kak.” 

18 ulasan:

  1. Makin menarik ni...heee Azwin..bila nak dapat novel ni..x sabar nsk baca semuanya๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...terima kasih...nnt kita tanya IKP yer

      Padam
  2. Makin menarik ni...heee Azwin..bila nak dapat novel ni..x sabar nsk baca semuanya๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    BalasPadam
  3. Hahaha...heezree nk pikat amanina tu.. jenuh amanina lepas ni..... masak la telinga amanina lepas ni... next azwin

    BalasPadam
  4. Hahaha...heezree nk pikat amanina tu.. jenuh amanina lepas ni..... masak la telinga amanina lepas ni... next azwin

    BalasPadam
  5. Best sgt!!bila nk kuar versi cetak ni azwin?x sabor hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq nurizzwo sentiasa terjah bolg kite..nnt kite tanye IKP yer

      Padam
  6. Best sgt!!bila nk kuar versi cetak ni azwin?x sabor hehee

    BalasPadam