RULE NOMBOR 1
BAB
5
Alah.....
Terbangun lambatlah pulak!!! Tulah
mentang-mentanglah diberi kelonggaran untuk tidak perlu bangun solat Subuh, inilah
bahananya. Malam tadi hujan lebat, ribut taufan, memanglah sedap tidur. Capai
ajalah apa yang nampak. Hezree pesan pakai pakaian kasual aja. Tapi takkan nak
pakai jeans dan t-shirt sahaja jumpa investor?
Jeans dan kemeja okey kot. Aku sarungkan kemeja bunga-bunga lengan separa siku dan jeans biru. Rambut kuikat ponytail, rambut depan kusikat menutup
dahi yang jendul ala-ala Nora Danish. Kira okey
ajalah ni. Tak payah makan sebab dia nak belanja aku breakfast. Aku salam dan cium tangan mak, pipi kami berlaga dan mak
cium dahiku. Kemudian aku salam dan cium tangan ayah. Sarung high heels dan aku pun vroomm vroomm...
Dua puluh minit sahaja jarak dari rumah ke pejabat jika tiada kesesakan lalu
lintas. Sekarang baru pukul lapan pagi. Sempat lagi ni. Oh jalan lengang di
pagi Sabtu. Saturday please be nice to me. Tiba-tiba jalan yang lengang
bertukar sesak. Time aku nak cepat
nilah pula ada pokok tumbang. Dah tu nak jalan macam mana? Polis trafik
tolonglah cepat datang jaga lalu lintas ni. Jantung berdegup laju memikirkan
encik singa yang ada di pejabat tu. Kalau lambat habislah aku. Lima minit
menunggu barulah Encik Polis Trafik datang. Fuh lega... masa cukup-cukup aja
ni. Kalau lambat siaplah nak menjawab.
Aku
park kereta di basement dan sepantas kilat menuju ke lif. Singgah tingkat lima
belas sekejap untuk ambil organizer
kemudian naik ke tingkat enam belas. Hezree dah sedia menunggu di meja receptionist dengan pandangan mata yang
tajam. Ni mesti tak makan lagi, tu pasal macam singa lapar.
“Lambat
dua minit. Saya tak suka orang lambat.”
“Semalam
encik kata pukul 8.30 di office.
Encik tak cakap 8.30 di tingkat enam belas. Saya sampai kat basement pukul 8.25. Tunggu lif nak naik
tingkat lima belas makan masa empat minit. Encik yang suruh saya ambil organizer dan pen di tingkat lima belas.
Dari tingkat lima belas ke tingkat enam belas saya panjat tangga selama dua
minit.”
“Lagi
satu minit mana?”
“Lagi
satu minit saya ambil organizer dan
penlah encik,” hentam sajalah Nina, asal dia terima alasan tu. Tapi hebat juga
dia mengira minit-minit yang aku beritahu.
“Banyak
alasan dan banyak cakap. Saya akan denda setiap kelewatan yang awak buat. Tapi
nanti saya baru beritahu apa dendanya. Tunggu dapat ilham dulu. Jom pergi
sekarang.”
“Pergi
mana? Bukan investor tu datang office ke?”
“Saya
tak cakap pun jumpa kat office. Jumpa
di Concorde.”
Aku
menurutinya dari belakang sambil meniup-niup rambut depan yang menutupi mata.
Kena potong sikit rambut depan ni. Dah panjang.
“Aduh...”
Kepala aku terhantuk pada belakang badannya. Alahai kenapa berhenti tak bagi signal dulu? Kan aku dah terlanggar ni.
“Yang
ikut saya dekat-dekat ni kenapa? Saya tertinggal quotation. Tunggu kejap,” dia hulurkan organizernya padaku.
Aku
pula yang disalahkan. Lain kali pastikan semua dah siap baru jalan. Yang tunggu
aku dua minit tu buat apa? Nasib baik dahi yang terhantuk, kalau bibir yang
terlekat pada baju macam mana? Dahlah pakai kemeja putih.
Pukul
9.15 pagi kami sampai di Concorde. Kami memesan makanan dan minuman.
“Apa
yang saya kena buat Encik Hezree?” tanyaku.
“Senyum
aja.”
Senang
sangat kerja ni. Aku diam sambil menyuap sandwich
ke mulut. Setelah selesai makan, client
dari Jepun itu masih belum sampai. Hezree mengeluarkan handphonenya. Aku dengar dia bercakap dalam bahasa Jepun. Tapi
sepatah pun aku tak faham.
“Kejap
lagi diaorang sampai. Sesat tadi.”
Tak
bising pula kalau client yang lambat.
Tadi cakap tak suka orang yang tak punctual.
Double standard betul. Hezree
menyuruh pelayan membersihkan meja sebelum tetamu dari Jepun itu sampai.
Dua
orang Jepun datang berpimpinan tangan menuju ke arah kami. Nampak macam
biasa-biasa aja. Daripada cara pemakaiannya taklah semewah mana. Betul ke boleh
jadi investor ni?
Hezree
menyambut kedatangan mereka dengan ramah. Aku berdiri dan bersalaman dengan
wanita Jepun itu yang dalam lingkungan akhir 50 an. Lelaki Jepun itu pula
tunduk hormat padaku. Aku juga melakukan aksi yang sama. Kenapa Hezree tak
bagitahu aku adab nak menyambut tetamu dari Jepun ni? Nasib baiklah aku pernah
menonton drama Jepun bagaimana mereka tunduk hormat pada tetamu. Mereka memesan
minuman dan mula berbincang. Masalahnya aku langsung tak faham. Jadi apa yang
ingin aku catitkan? Aku hanya melihat telatah mereka dan melihat pesona wanita
Jepun yang berkulit putih kuning di hadapanku. Manis betul makcik ni. Sesekali
aku berbalas senyuman dengannya. Aku nampak lelaki Jepun itu bertanya sesuatu
kepada Hezree sambil matanya dikerlingkan padaku. Entah apa yang Hezree cakap
tapi aku dengar namaku disebut. Kemudian perkataan 'shakkin' disebut
berkali-kali. Kemudian mereka mempamerkan wajah teruja dan bersalaman denganku.
Apa sahajalah yang dikatakan sampai beria-ia bersalaman denganku dan
menunjukkan ibu jarinya kepadaku. Aku hanya senyum seperti yang diperintahkan
oleh Hezree sebelum ini. Handphone
Hezree berbunyi. Dia menolaknya kepadaku untuk dijawab.
“Sayang....
You kat mana?” suara seorang wanita
dengan lenggok bicara yang manja menggoda. Tapi aku rasa nak muntah.
“Maaf
cik, Encik Hezree ada discussion. Ada
apa-apa yang boleh saya bantu?”
“You siapa?” terus berubah suaranya.
“P.A
Encik Hezree.”
“P.A
dia lelaki.”
“Saya
ganti untuk hari ni sebab P.A Encik Hezree tak dapat datang hari ni.”
“Pesan
kat boss you, pukul 12 nanti pick up I kat rumah.”
“Okey
tapi ni siapa ya?”
“Girlfriend dia, Sherry.”
“Baik
Cik Sherry, saya akan sampaikan lepas dia habis discussion ya.”
Terus
talian telefon dimatikan. Tak cakap terima kasih pun. Tadi kemain lemah lembut
lemak merdu suara. Bila dengar suara aku terus jadi minah kekwat. Ni mesti perasaan unsecured
menyelubungi diri. Takut boyfriend
kena kebaslah tu. Tapi dengan terjawabnya panggilan ini, telahan aku pada
Hezree salah sama sekali. Dia bukalah seorang gay yang seperti aku anggap. Dah ada girlfriend rupanya.
Selepas
aku pulangkan handphone Hezree, dua
orang Jepun itu berpamit-pamitan. Aku hanya ucapkan arigato. Itu je perkataan Jepun yang aku tahu. Wanita Jepun itu
memelukku. Setelah mereka hilang dari pandangan, kami duduk kembali. Hezree
meletakkan tangannya ke bahuku. Oh bukan, dia letakkan tangannya di kepala
kerusi belakang bahuku. Berdebar-debar dada saat ini. Aku menggerakkan diri ke
hadapan sedikit untuk menjarakkan tangannya dariku.
“Oh
thanks, dia setuju invest dengan kita.”
“Alhamdulillah.”
“Dah
lama saya nak pin down diaorang ni.
Selalu ada halangan. Tak sangka hari ni senang pula diaorang setuju. Diaorang
suka awak.”
“Suka
kenapa pula? Saya tak cakap apa-apa pun.”
“Diaorang
kata awak cute. Nak jadikan awak anak
angkat.”
Ha
anak angkat? Nak cakap Jepun pun aku tak tahu. Tapi tak apalah... aku masih
punya mak dan ayah. Tidak perlu orang lain untuk menggantikan kedua orang tuaku.
“I take it as a compliment. Tadi Cik
Sherry call. Dia suruh encik ambil
dia pukul dua belas kat rumah.”
“Sekarang
pukul berapa?”
“Sebelas.”
“Jom.”
Dia mengeluarkan kad kredit dan memberikan kepada pelayan.
Lepas
siksa untuk hari ini. Terima kasihlah Cik Sherry sebab suruh ambil pukul 12
tengahari. Bolehlah aku terus balik rumah. Tak sabar nak bergolek-golek depan
tv. Tapi aku tak cam pula jalan nak balik pejabat yang Hezree bawa ni. Macam
jalan lain aja.
“Eh
Encik Hezree ikut jalan mana ni? Ni bukan jalan balik office.”
“Temankan
saya beli barang.”
“Barang
apa? Kat mana?”
“Beli
barang baby kat KLCC.”
“Baby shower?”
“Apa
tu?”
“Ait
orang kaya macam encik tak tahu baby shower? Biasanya orang-oramg yang berduit ni bila mengandung tujuh bulan
dia buat baby shower. Party macam mana entah. Kawan-kawan bawa
hadiah untuk baby yang dalam perut
tu.”
“Belum
keluar dah bagi hadiah? Kalau ditakdirkan baby
tu tak sempat tengok dunia, mesti parents
dia sedih tengok barang-barang pemberian tu kan. Tapi yang ni saya nak beli
untuk baby yang betul-betul dah
keluar.”
Suka-suka
hati aja nak heret aku ke KLCC pula. Ni semua kena claim over time juga. Menghabiskan masa aku aja.
“Kita
pergi Toys R Us,” katanya.
Aku
ikut ajalah. Lagi pun kena ikut Rule
Number One.
Pertama
kali menjejakkan kaki ke Toys R Us aku agak terkejut dengan harga barang-barang
di situ. Oh inilah kedai mainan untuk anak-anak orang kaya. Dulu ayah belikan
mainan dari pasar malam tapi bentuk lebih kurang sama je macam dalam kedai ni,
lebih murah. Membazir sungguhlah.
“Awak
pilihkan nak beli apa untuk baby boy.”
Aku
diberi mandat untuk memilih. Menggigil aku nak pegang barang-barang dalam kedai
ni. Boleh bayar instalment kereta aku
sebulan, dua bulan, tiga bulan pun boleh. Aku tunjuk stroller. Dia geleng. Susah nak bawa katanya. Aku tunjuk baby career. Dia geleng. Katanya murah
sangat. Murah apa kalau dah sampai beratus ringgit? Aku nampak kat pasaraya,
RM20 pun boleh dapat baby career ni. Okey yang ni last, kalau dia geleng juga aku suruh dia pilih sendiri. Rocker yang dah siap gantung-gantung
permainan. Dia angguk. Fuh nasib baik. Tapi yang tak bestnya dia keluar macam tu aja. Tadi kata nak beli. Saja nak
kenakan aku ni.
“Kita
ke butik.”
Arahan
memang macam boss mengarah pekerja.
Tapi pergi butik nak buat apa pula? Rules
Number One. Ikut juga. Aku duduk di sudut kedai sambil kerling pada jam
tangan. Dah dekat pukul dua belas, kenapa dia tak ambil girlfriend dia lagi?
“Encik
Hezree lupa nak ambil Cik Sherry ke?”
“Who's that?”
“Girlfriend Encik Hezree lah.”
“Oh
please. Saya tak ada girlfriend. Mari cuba dress ni.”
“Kenapa
pula saya kena cuba?”
“Malam
ni ada majlis untuk baby yang saya
cakap tadi. Saya nak awak ikut.”
“Sorry Encik Hezree, ni dah bukan tentang
kerja. Kalau tentang personal encik,
saya tak mahu masuk campur. Saya balik naik teksi pun tak apa.”
“Please Amanina, saya tak ada teman. Saya
tak nak jadi kera sumbang kat sana. Anggap ini denda akibat kelewatan awak
tadi.”
“Girlfriend encik kan ada.” Geram juga
aku. Lewat dua minit tapi denda dia berganda-ganda pula.
“Kan
saya dah cakap saya tak ada girlfriendlah
Amanina. Tolong saya kali ni aja.”
Kasihan
pula aku melihatnya seperti merayu-rayu. Hmm nak beri alasan apa ya supaya dia
tak mendesak. Oh mak dan ayah!! Idea spontan mula muncul.
“Tapi
saya kena minta permission mak ayah
saya dulu. Saya tak biasa balik lewat malam. Majlis tu mula malam, mesti habis
lewat kan,” aduh…dah bagi alasan baru aku terfikir jawapanku itu seperti
memberi harapan pada dia pula. Tak kreatif betul otak ni nak bagi alasan.
“Saya
sanggup mintakan permission untuk
awak. Awak call parents awak sekarang. Biar saya bercakap dengan mereka.”
Aku
keluarkan telefon bimbit dan mula membuat panggilan dengan penuh rasa penyesalan.
“Assalamualaikum
mak. Mak dah makan?”
“Waalaikumsalam.
Belum, mak tunggu Along balik.”
“Mak
makan dulu ya. Tak payah tunggu Along. Mak ajak ayah dan adik makan.”
“Yelah.
Along balik lambat lagi ke?”
“Tak
tahu lagi mak. Boss Along nak cakap
dengan mak.”
Aku
hulurkan telefon bimbit pada Hezree. Dia sambut lalu dibawanya telefonku ke
dalam butik. Entah apa yang dia cakap kat mak agaknya. Janganlah dia kata yang
bukan-bukan tentang aku.
“Mak
nak cakap dengan awak,” Hezree pulangkan telefon kepadaku kembali.
“Ya
mak?”
“Along,
jaga diri baik-baik. Jaga maruah keluarga. Mak izinkan Along pergi dengan Encik
Hezree. Jangan balik lewat sangat ya.”
“Baik
mak. Assalamualaikum .”
“Waalaikumsalam.”
Aku
pandang Hezree dengan pelbagai tandatanya. Apa yang dia gebangkan pada mak agaknya sampai mak benarkan aku pergi ke majlis
orang kaya?
“Jane,
I nak dress yang paling cantik. Maybe
like a Cinderella.”
“Okey, I ada koleksi fairytale. Tapi ini amoi tak tinggilah Mr. Hezree. Kena alter.”
“I'll choose for her. Than you alter.”
Hezree
membelek-belek baju di dalam butik itu dengan diiringi oleh Jane. Aku hanya
duduk dan melihat sahaja. Tak kesahlah baju apa pun asalkan tak seksi. Hezree
mengambil sepasang dress labuh dan
kembang berwarna royale blue. Jane
pula sibuk mengambil ukuran badanku.
“Bila
mau pakai?”
“Pukul
enam I datang. You siapkan suit I sekali
okey.”
“Okey see you at 6.”
“Kita
ke kedai kasut,” arahan darinya lagi. Okey
Rules Number One.
Memang
rasa macam Cinderella. Kasut lut sinar setinggi lima inci dipilih untukku. Gila
ke apa? Biasanya aku guna yang tiga inci punya aja. Kalau jatuh, malu satu
negeri nanti. Promoter tu kata kasut
yang macam ni cuma ada lima inci sahaja.
Redha ajalah.
“Kita
makan dulu. Dah pukul tiga ni. Nanti awak pengsan. Lepas tu solat, tunggu Asar
baru gerak pergi make up.”
“Saya
cuti,” kataku perlahan.
“Okey lagi cepat boleh bersiap. Bawa roti
kering tak?”
Aku
membulatkan mata. Tak beralas punya bahasa. Beralas jugalah. Tapi tak perlu
tanya. Memanglah aku bawa bekal roti kering. Gila tak bawa? Selepas makan, kami
menuju ke sebuah salon.
“Saya
tinggalkan awak kat sini. Saya pergi beli rocker
dan masukkan ke dalam kereta dulu. Lepas tu saya datang balik.”
Tak
payah angguk atau geleng sebab aku sedang disolek. Rasa macam nak tertidur pula
bila bersolek lama sangat. Aku tak pernah make
up tebal-tebal. Tak tahulah macam mana mukaku nanti. Dah siap make up kena dandan rambut pula. Entah
macam mana pulalah rambut aku ni nanti jadinya. Nak tengok kat cermin, mata tak
nampak. Cermin mata dah simpan dalam beg. Sedang asyik didandan aku lihat
pemuda di sebelahku sibuk trim rambut.
Lelaki pun pergi salon? Ni mesti lelaki metroseksual. Teringin sangat nak
tengok muka lelaki metroseksual tu. Mesti kulit lagi cantik dari kulit aku.
Tapi inilah masalah orang rabun. Muka orang sebelah pun nampak kabur aja.
“Okey
miss sudah siap. Sekarang you pakai contact lenses. Hati-hati jangan sampai comot make up,” juru make up
bernama Amy itu memegang bahuku. Dia memberikan kanta lekap padaku.
Masalahnya
aku tak reti pakai. Tak pernah berkecimpung dalam bidang glamour macam ni. Aku lihat sahaja dua biji botol kaca yang
dihulurkan padaku.
“Ambilah,”
kata Amy.
“Saya
tak reti pakai,” Amy tergelak nipis.
“I tolong you.”
Lama
juga aku mencuba memasukkan plastik itu ke dalam mataku. Tapi masih tak
berjaya. Apa salahnya pakai spec
saja? Menyusahkan betul. Kalau yang ni tak masuk juga, aku akan berkeras untuk
gunakan spec. Oh mata dan plastik ni
berkomplot ya? Aku ugut tak nak pakai baru boleh masuk. Dah masuk gatal pula
biji mata ni. Aku tenyeh mata. Amy terjerit melihat aksiku. Habis comot mata
dengan eyeliner dan eyeshadow dah bercampur. Nak sangat aku
pakai lenses, padanlah muka. Kena touch up balik. Ni baru sebelah kanan.
Sebelah kiri belum lagi. Oh mata kiri dan kanta lekap please be nice to me atau kena ugut dulu baru senang nak pakai?
Tapi bola mataku dah mula memedih. Tak sempat aku gosok kelopak mata, dah ada
tangan yang menghalang siap dengan pakej tiupan pada mata pula. Rasa nyaman dan
sejuk macam sedang berkelah di sungailah pula. Setelah agak-agak lega dengan
iklan eye mo tadi aku mula membuka mata perlahan-lahan. Mataku melihat sesuatu
pandangan yang indah. Terasa aku sedang berenang di dalam kolam matanya. Cantik
dan memukau. Aku terpaku entah berapa lama sebelum kembali sedar.
“Amy
touch up balik mata dia.”
“Okey Mr
Hezree. I told her already pakai lenses jangan sampai comot. Tapi ini lengloi tak tau pakailah Mr Hezree.”
Kepoh
betul minah ni mengadu perihal aku kepada Hezree. Buat malu muka aja. Aku
nampak dia senyum. Mengejeklah tu. Tapi aku tak peduli. Siapa suruh buat benda
yang aku tak pernah buat?
“Lengloi, sudah siap. You vely beautiful. Your skin vely smooth,”
Amy menyuruh aku membuka mata dan melihat cermin. Melihat hasil dari
contengannya ke atas mukaku.
Siapa
di dalam cermin itu? Akukah? Macam bukan aku aja. Aku gerakkan tangan. Figure di dalam cermin di hadapan pun
menggerakkan tangan. Oh memang aku di dalam cermin itu.
“Tak
percaya?”
Aku
pandang ke kiri. Hezree barada di sebelahku sambil membetulkan rambutnya.
Mungkinkah dia lelaki metroseksual yang duduk di sebelahku tadi?
“Saya
tahu saya handsome. Tak payah tengok
lama-lama. Ambil barang-barang awak dan kita ke butik sekarang.”
Satu
lagi arahan yang aku kena patuh. Tapi ayat pertama tadi aku tak setuju. Aku
pandang dia bukan sebab dia handsome.
Tapi terkejut sebab dia tiba-tiba muncul di sebelahku. Entah berapa lama dia
berada di situ melihat telatahku. Okeylah
handsome juga. Bolehlah dari tak ada.
Seperti ada tali yang menarikku, aku mengekorinya dari belakang. Rasa semua
mata memerhatikanku. Apakah jalan di KLCC dengan make up tebal lima inci? Macam sama dengan kasut yang dibeli tadi.
“Jangan
perasan orang tengah tengok awak. Tak payah nak tunduk-tunduk. Semua orang kat
sini dah biasa tengok perempuan bersolek.”
Aduh
pedasnya. Tapi apa salahnya aku nak perasan pun. Diri aku kot. Jealouslah tu. Tapi ada aku peduli? Kami
ke kedai Jane sekali lagi. Dia acukan baju pada badanku. Labuh sikit dressnya. Jane kata aku akan pakai kasut
lima inci jadi memang sengaja dia biarkan dress
itu labuh.
“Nak
pergi mana?” aku kehairanan apabila Hezree ambil dress dan suitnya lalu
keluar dari butik.
“Ikut
aja. Takkan awak nak tukar baju kat sini? Lepas tu jalan kat depan orang ramai.
Baru make up tebal dah perasan orang
tengok kat dia, inikan pula dengan berpakaian ala-ala Cinderella.”
Bukan
aku nak pun. Dia yang aturkan semuanya. Aku ikutkan aja.
Di
dalam kereta aku diam. Tak tahu nak cakap apa. Tengok handphone, layan facebook.
Kalau berselfie, nanti nampak sangat perasannya.
“Dah
ada boyfriend?”
Hampir
terlepas handphone dari tangan kerana
terkejut dengan pertanyaan itu. Tak ada soalan lain ke? Aku geleng.
“Tak
ada atau tak pernah ada?”
“Tak
pernah ada. Saya nak senangkan mak ayah saya dulu. Biar hutang belajar habis
dulu. Biar adik-adik habis belajar dulu, baru saya fikir nak cari calon suami.”
“Adik
bongsu umur berapa?”
“Dua
belas tahun.”
“Jadi
andartulah awak. Ada ke orang nak kahwin lagi dengan awak masa tu?”
Lebih
ni. Makcik umur 50 an pun boleh kahwin dua atau tiga kali lagi. Inikan pula aku
yang comel ni.
“Jodoh
dari Allah encik. Kalau ditakdirkan saya kahwin lewat atau tak kahwin langsung,
saya terima. Lagi pun zaman sekarang tak kesah pun kahwin lambat atau tak
kahwin. Lelaki sekarang susah nak percaya dan pemalas. Suka makan hasil isteri.
Daripada sakit hati lebih baik tak payah kahwin.”
“Tak
semua lelaki macam tu. Contohnya saya.”
Hampir
tergelak dengan pujian diri sendiri darinya. Tapi aku kemam gelak tu dulu. Yang
tadi girlfriend call tak nak jawab tu
apanya? Angkat bakul sendiri ini orang.
“Dah
sampai. Jangan nak senyum menyindir. Simpan aja dalam perut tu. Bawa
barang-barang awak. Dress ni saya
tolong bawakan.”
“Okey boss,” tabik hormat dengan penuh
geram.
Best!best!best!
BalasPadamKemana lah bos nak bawak cinderela ni p ye??😅
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamBest!best!best!
BalasPadamYey!!!beshhhhh😘
BalasPadamYey!!!beshhhhh😘
BalasPadamsuka.. suka.. nak n3 lagi...
BalasPadamTq...tq....nnt kite up lg yerr..bz kenduri mgu ni
PadamHahaha... perasan mamat nie
BalasPadam