Khamis, 10 September 2015

RULE NOMBOR 1

BAB 5



Alah..... Terbangun lambatlah pulak!!! Tulah mentang-mentanglah diberi kelonggaran untuk tidak perlu bangun solat Subuh, inilah bahananya. Malam tadi hujan lebat, ribut taufan, memanglah sedap tidur. Capai ajalah apa yang nampak. Hezree pesan pakai pakaian kasual aja. Tapi takkan nak pakai jeans dan t-shirt sahaja jumpa investor? Jeans dan kemeja okey kot. Aku sarungkan kemeja bunga-bunga lengan separa siku dan jeans biru. Rambut kuikat ponytail, rambut depan kusikat menutup dahi yang jendul ala-ala Nora Danish. Kira okey ajalah ni. Tak payah makan sebab dia nak belanja aku breakfast. Aku salam dan cium tangan mak, pipi kami berlaga dan mak cium dahiku. Kemudian aku salam dan cium tangan ayah. Sarung high heels dan aku pun vroomm vroomm... Dua puluh minit sahaja jarak dari rumah ke pejabat jika tiada kesesakan lalu lintas. Sekarang baru pukul lapan pagi. Sempat lagi ni. Oh jalan lengang di pagi Sabtu. Saturday please be nice  to me. Tiba-tiba jalan yang lengang bertukar sesak. Time aku nak cepat nilah pula ada pokok tumbang. Dah tu nak jalan macam mana? Polis trafik tolonglah cepat datang jaga lalu lintas ni. Jantung berdegup laju memikirkan encik singa yang ada di pejabat tu. Kalau lambat habislah aku. Lima minit menunggu barulah Encik Polis Trafik datang. Fuh lega... masa cukup-cukup aja ni. Kalau lambat siaplah nak menjawab.

Aku park kereta di basement dan sepantas kilat menuju ke lif. Singgah tingkat lima belas sekejap untuk ambil organizer kemudian naik ke tingkat enam belas. Hezree dah sedia menunggu di meja receptionist dengan pandangan mata yang tajam. Ni mesti tak makan lagi, tu pasal macam singa lapar.

“Lambat dua minit. Saya tak suka orang lambat.”

“Semalam encik kata pukul 8.30 di office. Encik tak cakap 8.30 di tingkat enam belas. Saya sampai kat basement pukul 8.25. Tunggu lif nak naik tingkat lima belas makan masa empat minit. Encik yang suruh saya ambil organizer dan pen di tingkat lima belas. Dari tingkat lima belas ke tingkat enam belas saya panjat tangga selama dua minit.”

“Lagi satu minit mana?”

“Lagi satu minit saya ambil organizer dan penlah encik,” hentam sajalah Nina, asal dia terima alasan tu. Tapi hebat juga dia mengira minit-minit yang aku beritahu.

“Banyak alasan dan banyak cakap. Saya akan denda setiap kelewatan yang awak buat. Tapi nanti saya baru beritahu apa dendanya. Tunggu dapat ilham dulu. Jom pergi sekarang.”

“Pergi mana? Bukan investor tu datang office ke?”

“Saya tak cakap pun jumpa kat office. Jumpa di Concorde.”

Aku menurutinya dari belakang sambil meniup-niup rambut depan yang menutupi mata. Kena potong sikit rambut depan ni. Dah panjang.

“Aduh...” Kepala aku terhantuk pada belakang badannya. Alahai kenapa berhenti tak bagi signal dulu? Kan aku dah terlanggar ni.

“Yang ikut saya dekat-dekat ni kenapa? Saya tertinggal quotation. Tunggu kejap,” dia hulurkan organizernya padaku.

Aku pula yang disalahkan. Lain kali pastikan semua dah siap baru jalan. Yang tunggu aku dua minit tu buat apa? Nasib baik dahi yang terhantuk, kalau bibir yang terlekat pada baju macam mana? Dahlah pakai kemeja putih.

Pukul 9.15 pagi kami sampai di Concorde. Kami memesan makanan dan minuman.

“Apa yang saya kena buat Encik Hezree?” tanyaku.

“Senyum aja.”

Senang sangat kerja ni. Aku diam sambil menyuap sandwich ke mulut. Setelah selesai makan, client dari Jepun itu masih belum sampai. Hezree mengeluarkan handphonenya. Aku dengar dia bercakap dalam bahasa Jepun. Tapi sepatah pun aku tak faham.

“Kejap lagi diaorang sampai. Sesat tadi.”

Tak bising pula kalau client yang lambat. Tadi cakap tak suka orang yang tak punctual. Double standard betul. Hezree menyuruh pelayan membersihkan meja sebelum tetamu dari Jepun itu sampai.

Dua orang Jepun datang berpimpinan tangan menuju ke arah kami. Nampak macam biasa-biasa aja. Daripada cara pemakaiannya taklah semewah mana. Betul ke boleh jadi investor ni?

Hezree menyambut kedatangan mereka dengan ramah. Aku berdiri dan bersalaman dengan wanita Jepun itu yang dalam lingkungan akhir 50 an. Lelaki Jepun itu pula tunduk hormat padaku. Aku juga melakukan aksi yang sama. Kenapa Hezree tak bagitahu aku adab nak menyambut tetamu dari Jepun ni? Nasib baiklah aku pernah menonton drama Jepun bagaimana mereka tunduk hormat pada tetamu. Mereka memesan minuman dan mula berbincang. Masalahnya aku langsung tak faham. Jadi apa yang ingin aku catitkan? Aku hanya melihat telatah mereka dan melihat pesona wanita Jepun yang berkulit putih kuning di hadapanku. Manis betul makcik ni. Sesekali aku berbalas senyuman dengannya. Aku nampak lelaki Jepun itu bertanya sesuatu kepada Hezree sambil matanya dikerlingkan padaku. Entah apa yang Hezree cakap tapi aku dengar namaku disebut. Kemudian perkataan 'shakkin' disebut berkali-kali. Kemudian mereka mempamerkan wajah teruja dan bersalaman denganku. Apa sahajalah yang dikatakan sampai beria-ia bersalaman denganku dan menunjukkan ibu jarinya kepadaku. Aku hanya senyum seperti yang diperintahkan oleh Hezree sebelum ini. Handphone Hezree berbunyi. Dia menolaknya kepadaku untuk dijawab.

“Sayang.... You kat mana?” suara seorang wanita dengan lenggok bicara yang manja menggoda. Tapi aku rasa nak muntah.

“Maaf cik, Encik Hezree ada discussion. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”

You siapa?” terus berubah suaranya.

“P.A Encik Hezree.”

“P.A dia lelaki.”

“Saya ganti untuk hari ni sebab P.A Encik Hezree tak dapat datang hari ni.”

“Pesan kat boss you, pukul 12 nanti pick up I kat rumah.”

“Okey tapi ni siapa ya?”

Girlfriend dia, Sherry.”

“Baik Cik Sherry, saya akan sampaikan lepas dia habis discussion ya.”

Terus talian telefon dimatikan. Tak cakap terima kasih pun. Tadi kemain lemah lembut lemak merdu suara. Bila dengar suara aku terus jadi minah kekwat. Ni mesti perasaan unsecured menyelubungi diri. Takut boyfriend kena kebaslah tu. Tapi dengan terjawabnya panggilan ini, telahan aku pada Hezree salah sama sekali. Dia bukalah seorang gay yang seperti aku anggap. Dah ada girlfriend rupanya.

Selepas aku pulangkan handphone Hezree, dua orang Jepun itu berpamit-pamitan. Aku hanya ucapkan arigato. Itu je perkataan Jepun yang aku tahu. Wanita Jepun itu memelukku. Setelah mereka hilang dari pandangan, kami duduk kembali. Hezree meletakkan tangannya ke bahuku. Oh bukan, dia letakkan tangannya di kepala kerusi belakang bahuku. Berdebar-debar dada saat ini. Aku menggerakkan diri ke hadapan sedikit untuk menjarakkan tangannya dariku.

“Oh thanks, dia setuju invest dengan kita.”

“Alhamdulillah.”

“Dah lama saya nak pin down diaorang ni. Selalu ada halangan. Tak sangka hari ni senang pula diaorang setuju. Diaorang suka awak.”

“Suka kenapa pula? Saya tak cakap apa-apa pun.”

“Diaorang kata awak cute. Nak jadikan awak anak angkat.”

Ha anak angkat? Nak cakap Jepun pun aku tak tahu. Tapi tak apalah... aku masih punya mak dan ayah. Tidak perlu orang lain untuk menggantikan kedua orang tuaku.

I take it as a compliment. Tadi Cik Sherry call. Dia suruh encik ambil dia pukul dua belas kat rumah.”

“Sekarang pukul berapa?”

“Sebelas.”

“Jom.” Dia mengeluarkan kad kredit dan memberikan kepada pelayan.

Lepas siksa untuk hari ini. Terima kasihlah Cik Sherry sebab suruh ambil pukul 12 tengahari. Bolehlah aku terus balik rumah. Tak sabar nak bergolek-golek depan tv. Tapi aku tak cam pula jalan nak balik pejabat yang Hezree bawa ni. Macam jalan lain aja.

“Eh Encik Hezree ikut jalan mana ni? Ni bukan jalan balik office.”

“Temankan saya beli barang.”

“Barang apa? Kat mana?”

“Beli barang baby kat KLCC.”

Baby shower?”

“Apa tu?”

“Ait orang kaya macam encik tak tahu baby shower? Biasanya orang-oramg yang berduit ni bila mengandung tujuh bulan dia buat baby shower. Party macam mana entah. Kawan-kawan bawa hadiah untuk baby yang dalam perut tu.”

“Belum keluar dah bagi hadiah? Kalau ditakdirkan baby tu tak sempat tengok dunia, mesti parents dia sedih tengok barang-barang pemberian tu kan. Tapi yang ni saya nak beli untuk baby yang betul-betul dah keluar.”

Suka-suka hati aja nak heret aku ke KLCC pula. Ni semua kena claim over time juga. Menghabiskan masa aku aja.

“Kita pergi Toys R Us,” katanya.

Aku ikut ajalah. Lagi pun kena ikut Rule Number One.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Toys R Us aku agak terkejut dengan harga barang-barang di situ. Oh inilah kedai mainan untuk anak-anak orang kaya. Dulu ayah belikan mainan dari pasar malam tapi bentuk lebih kurang sama je macam dalam kedai ni, lebih murah. Membazir sungguhlah.

“Awak pilihkan nak beli apa untuk baby boy.”

Aku diberi mandat untuk memilih. Menggigil aku nak pegang barang-barang dalam kedai ni. Boleh bayar instalment kereta aku sebulan, dua bulan, tiga bulan pun boleh. Aku tunjuk stroller. Dia geleng. Susah nak bawa katanya. Aku tunjuk baby career. Dia geleng. Katanya murah sangat. Murah apa kalau dah sampai beratus ringgit? Aku nampak kat pasaraya, RM20 pun boleh dapat baby career ni. Okey yang ni last, kalau dia geleng juga aku suruh dia pilih sendiri. Rocker yang dah siap gantung-gantung permainan. Dia angguk. Fuh nasib baik. Tapi yang tak bestnya dia keluar macam tu aja. Tadi kata nak beli. Saja nak kenakan aku ni.

“Kita ke butik.”

Arahan memang macam boss mengarah pekerja. Tapi pergi butik nak buat apa pula? Rules Number One. Ikut juga. Aku duduk di sudut kedai sambil kerling pada jam tangan. Dah dekat pukul dua belas, kenapa dia tak ambil girlfriend dia lagi?

“Encik Hezree lupa nak ambil Cik Sherry ke?”

Who's that?”

Girlfriend Encik Hezree lah.”

“Oh please. Saya tak ada girlfriend. Mari cuba dress ni.”

“Kenapa pula saya kena cuba?”

“Malam ni ada majlis untuk baby yang saya cakap tadi. Saya nak awak ikut.”

Sorry Encik Hezree, ni dah bukan tentang kerja. Kalau tentang personal encik, saya tak mahu masuk campur. Saya balik naik teksi pun tak apa.”

Please Amanina, saya tak ada teman. Saya tak nak jadi kera sumbang kat sana. Anggap ini denda akibat kelewatan awak tadi.”

Girlfriend encik kan ada.” Geram juga aku. Lewat dua minit tapi denda dia berganda-ganda pula.

“Kan saya dah cakap saya tak ada girlfriendlah Amanina. Tolong saya kali ni aja.”

Kasihan pula aku melihatnya seperti merayu-rayu. Hmm nak beri alasan apa ya supaya dia tak mendesak. Oh mak dan ayah!! Idea spontan mula muncul.

“Tapi saya kena minta permission mak ayah saya dulu. Saya tak biasa balik lewat malam. Majlis tu mula malam, mesti habis lewat kan,” aduh…dah bagi alasan baru aku terfikir jawapanku itu seperti memberi harapan pada dia pula. Tak kreatif betul otak ni nak bagi alasan.

“Saya sanggup mintakan permission untuk awak. Awak call parents awak sekarang. Biar saya bercakap dengan mereka.”

Aku keluarkan telefon bimbit dan mula membuat panggilan dengan penuh rasa penyesalan.

“Assalamualaikum mak. Mak dah makan?”

“Waalaikumsalam. Belum, mak tunggu Along balik.”

“Mak makan dulu ya. Tak payah tunggu Along. Mak ajak ayah dan adik makan.”

“Yelah. Along balik lambat lagi ke?”

“Tak tahu lagi mak. Boss Along nak cakap dengan mak.”

Aku hulurkan telefon bimbit pada Hezree. Dia sambut lalu dibawanya telefonku ke dalam butik. Entah apa yang dia cakap kat mak agaknya. Janganlah dia kata yang bukan-bukan tentang aku.

“Mak nak cakap dengan awak,” Hezree pulangkan telefon kepadaku kembali.

“Ya mak?”

“Along, jaga diri baik-baik. Jaga maruah keluarga. Mak izinkan Along pergi dengan Encik Hezree. Jangan balik lewat sangat ya.”

“Baik mak. Assalamualaikum .”

“Waalaikumsalam.”

Aku pandang Hezree dengan pelbagai tandatanya. Apa yang dia gebangkan pada mak agaknya sampai mak benarkan aku pergi ke majlis orang kaya?

“Jane, I nak dress yang paling cantik. Maybe like a Cinderella.”

Okey, I ada koleksi fairytale. Tapi ini amoi tak tinggilah Mr. Hezree. Kena alter.”

I'll choose for her. Than you alter.

Hezree membelek-belek baju di dalam butik itu dengan diiringi oleh Jane. Aku hanya duduk dan melihat sahaja. Tak kesahlah baju apa pun asalkan tak seksi. Hezree mengambil sepasang dress labuh dan kembang berwarna royale blue. Jane pula sibuk mengambil ukuran badanku.

“Bila mau pakai?”

“Pukul enam I datang. You siapkan suit I sekali okey.”

Okey see you at 6.”

“Kita ke kedai kasut,” arahan darinya lagi. Okey Rules Number One.

Memang rasa macam Cinderella. Kasut lut sinar setinggi lima inci dipilih untukku. Gila ke apa? Biasanya aku guna yang tiga inci punya aja. Kalau jatuh, malu satu negeri nanti. Promoter tu kata kasut yang macam ni  cuma ada lima inci sahaja. Redha ajalah.

“Kita makan dulu. Dah pukul tiga ni. Nanti awak pengsan. Lepas tu solat, tunggu Asar baru gerak pergi make up.

“Saya cuti,” kataku perlahan.

Okey lagi cepat boleh bersiap. Bawa roti kering tak?”

Aku membulatkan mata. Tak beralas punya bahasa. Beralas jugalah. Tapi tak perlu tanya. Memanglah aku bawa bekal roti kering. Gila tak bawa? Selepas makan, kami menuju ke sebuah salon.

“Saya tinggalkan awak kat sini. Saya pergi beli rocker dan masukkan ke dalam kereta dulu. Lepas tu saya datang balik.”

Tak payah angguk atau geleng sebab aku sedang disolek. Rasa macam nak tertidur pula bila bersolek lama sangat. Aku tak pernah make up tebal-tebal. Tak tahulah macam mana mukaku nanti. Dah siap make up kena dandan rambut pula. Entah macam mana pulalah rambut aku ni nanti jadinya. Nak tengok kat cermin, mata tak nampak. Cermin mata dah simpan dalam beg. Sedang asyik didandan aku lihat pemuda di sebelahku sibuk trim rambut. Lelaki pun pergi salon? Ni mesti lelaki metroseksual. Teringin sangat nak tengok muka lelaki metroseksual tu. Mesti kulit lagi cantik dari kulit aku. Tapi inilah masalah orang rabun. Muka orang sebelah pun nampak kabur aja.

“Okey miss sudah siap. Sekarang you pakai contact lenses. Hati-hati jangan sampai comot make up,” juru make up bernama Amy itu memegang bahuku. Dia memberikan kanta lekap padaku.

Masalahnya aku tak reti pakai. Tak pernah berkecimpung dalam bidang glamour macam ni. Aku lihat sahaja dua biji botol kaca yang dihulurkan padaku.

“Ambilah,” kata Amy.

“Saya tak reti pakai,” Amy tergelak nipis.

I tolong you.”

Lama juga aku mencuba memasukkan plastik itu ke dalam mataku. Tapi masih tak berjaya. Apa salahnya pakai spec saja? Menyusahkan betul. Kalau yang ni tak masuk juga, aku akan berkeras untuk gunakan spec. Oh mata dan plastik ni berkomplot ya? Aku ugut tak nak pakai baru boleh masuk. Dah masuk gatal pula biji mata ni. Aku tenyeh mata. Amy terjerit melihat aksiku. Habis comot mata dengan eyeliner dan eyeshadow dah bercampur. Nak sangat aku pakai lenses, padanlah muka. Kena touch up balik. Ni baru sebelah kanan. Sebelah kiri belum lagi. Oh mata kiri dan kanta lekap please be nice to me atau kena ugut dulu baru senang nak pakai? Tapi bola mataku dah mula memedih. Tak sempat aku gosok kelopak mata, dah ada tangan yang menghalang siap dengan pakej tiupan pada mata pula. Rasa nyaman dan sejuk macam sedang berkelah di sungailah pula. Setelah agak-agak lega dengan iklan eye mo tadi aku mula membuka mata perlahan-lahan. Mataku melihat sesuatu pandangan yang indah. Terasa aku sedang berenang di dalam kolam matanya. Cantik dan memukau. Aku terpaku entah berapa lama sebelum kembali sedar.

“Amy touch up balik mata dia.”

Okey Mr Hezree. I told her already pakai lenses jangan sampai comot. Tapi ini lengloi tak tau pakailah Mr Hezree.”

Kepoh betul minah ni mengadu perihal aku kepada Hezree. Buat malu muka aja. Aku nampak dia senyum. Mengejeklah tu. Tapi aku tak peduli. Siapa suruh buat benda yang aku tak pernah buat?

Lengloi, sudah siap. You vely beautiful. Your skin vely smooth,” Amy menyuruh aku membuka mata dan melihat cermin. Melihat hasil dari contengannya ke atas mukaku.

Siapa di dalam cermin itu? Akukah? Macam bukan aku aja. Aku gerakkan tangan. Figure di dalam cermin di hadapan pun menggerakkan tangan. Oh memang aku di dalam cermin itu.

“Tak percaya?”

Aku pandang ke kiri. Hezree barada di sebelahku sambil membetulkan rambutnya. Mungkinkah dia lelaki metroseksual yang duduk di sebelahku tadi?

“Saya tahu saya handsome. Tak payah tengok lama-lama. Ambil barang-barang awak dan kita ke butik sekarang.”

Satu lagi arahan yang aku kena patuh. Tapi ayat pertama tadi aku tak setuju. Aku pandang dia bukan sebab dia handsome. Tapi terkejut sebab dia tiba-tiba muncul di sebelahku. Entah berapa lama dia berada di situ melihat telatahku. Okeylah handsome juga. Bolehlah dari tak ada. Seperti ada tali yang menarikku, aku mengekorinya dari belakang. Rasa semua mata memerhatikanku. Apakah jalan di KLCC dengan make up tebal lima inci? Macam sama dengan kasut yang dibeli tadi.

“Jangan perasan orang tengah tengok awak. Tak payah nak tunduk-tunduk. Semua orang kat sini dah biasa tengok perempuan bersolek.”

Aduh pedasnya. Tapi apa salahnya aku nak perasan pun. Diri aku kot. Jealouslah tu. Tapi ada aku peduli? Kami ke kedai Jane sekali lagi. Dia acukan baju pada badanku. Labuh sikit dressnya. Jane kata aku akan pakai kasut lima inci jadi memang sengaja dia biarkan dress itu labuh.

“Nak pergi mana?” aku kehairanan apabila Hezree ambil dress dan suitnya lalu keluar dari butik.

“Ikut aja. Takkan awak nak tukar baju kat sini? Lepas tu jalan kat depan orang ramai. Baru make up tebal dah perasan orang tengok kat dia, inikan pula dengan berpakaian ala-ala Cinderella.

Bukan aku nak pun. Dia yang aturkan semuanya. Aku ikutkan aja.



Di dalam kereta aku diam. Tak tahu nak cakap apa. Tengok handphone, layan facebook. Kalau berselfie, nanti nampak sangat perasannya.

“Dah ada boyfriend?”

Hampir terlepas handphone dari tangan kerana terkejut dengan pertanyaan itu. Tak ada soalan lain ke? Aku geleng.

“Tak ada atau tak pernah ada?”

“Tak pernah ada. Saya nak senangkan mak ayah saya dulu. Biar hutang belajar habis dulu. Biar adik-adik habis belajar dulu, baru saya fikir nak cari calon suami.”

“Adik bongsu umur berapa?”

“Dua belas tahun.”

“Jadi andartulah awak. Ada ke orang nak kahwin lagi dengan awak masa tu?”

Lebih ni. Makcik umur 50 an pun boleh kahwin dua atau tiga kali lagi. Inikan pula aku yang comel ni.

“Jodoh dari Allah encik. Kalau ditakdirkan saya kahwin lewat atau tak kahwin langsung, saya terima. Lagi pun zaman sekarang tak kesah pun kahwin lambat atau tak kahwin. Lelaki sekarang susah nak percaya dan pemalas. Suka makan hasil isteri. Daripada sakit hati lebih baik tak payah kahwin.”

“Tak semua lelaki macam tu. Contohnya saya.”

Hampir tergelak dengan pujian diri sendiri darinya. Tapi aku kemam gelak tu dulu. Yang tadi girlfriend call tak nak jawab tu apanya? Angkat bakul sendiri ini orang.

“Dah sampai. Jangan nak senyum menyindir. Simpan aja dalam perut tu. Bawa barang-barang awak. Dress ni saya tolong bawakan.”

Okey boss,” tabik hormat dengan penuh geram.

9 ulasan: