RULE NOMBOR 1
BAB
4
-Assalamualaikum.
Tengah buat apa?
Aku
membiarkan SMS itu sepi. Entah SMS sesat dari siapa. Mungkin tersalah
hantar kot.
-Tak
jawab salam dosa.
Alahai
main hukum dosa pulak.
+
Waalaikumsalam Warahmatullahiwabarokatu....
-Nina,
jumpa I kat luar.
Siapa
pula ni? Tahu pula nama aku. Mesti orang dalam pejabat ni juga.
+BZ
-Tinggalkan
kerja sekejap
+Sorry
banyak kerja
Aku
silentkan handphone. Kalau layan orang yang macam ni sampai esok pun kerja
tak siap. Aku juga yang balik lambat nanti.
Jam
9.05 malam barulah report dan semua
kerja selesai. Sedar tak sedar dah setengah tahun bekerja di syarikat ini. Aku
ambil beg tangan dan balik... Kunci kereta kupegang siap-siap. Suspens bila tinggal sorang-sorang di
dalam pejabat. Sementara menunggu lif terbuka aku mengeluarkan handphone yang di simpan di dalam kocek
seluar. Banyaknya SMS dari nombor
yang tak kukenali. Aku baca satu persatu.
-Kerja
takkan habis
-I
akan hantui hidup you kalau you tak layan I
Alahai
time ni pula dia nak cakap pasal
hantu. Takut pula apabila lif ini terbuka, keluar makhluk itu. Tarik nafas
dalam-dalam dan lepas. Pintu lif terbuka... Jantung berdegup laju. Semua doa
yang aku hafal aku baca di dalam hati. Memang ada makhluk di dalam lif ini.
Antara takut-takut berani aku angkat muka melihat makhluk itu. Memang dia
sedang memandangku tajam. Taringnya seperti akan dikeluarkan pada bila-bila
masa.
“Nak
masuk ke tak nak?”
Aku
melangkah setapak ke hadapan.
“Thank you Encik Hezree,” aku terus
berpaling memandang pintu lif yang tertutup perlahan.
“Dah
habis kerja?”
“Habis
untuk hari ni. Kalau semua kerja dah siap, nanti saya kena pecat,” dalam
takut-takut berani nak menjawab, aku beranikan diri juga.
“Kenapa
pula?” Dia menapak ke hadapan dan berdiri betul-betul di sebelahku. Tinggi
melampai orangnya. Aku hanya separas ketiak dia sahaja. Tak sampai bahu pun
walau dah pakai kasut setinggi tiga inci.
“Sebab...
maknanya company dah tak ada kerja
yang nak diberikan pada saya dan terpaksa ditutup.”
“Kalau
macam tu esok pukul 8.30 pagi awak kena ada kat office. Teman saya jumpa investor
dari Jepun. Jadi P.A saya.”
“Tapi
saya bukan dari department encik.
Saya tak tahu tentang investment.
Kalau nak buat quotation tentang maintenance
toilet dan pasang guard rail saya tahulah.”
“Awak
hanya duduk dan catit bila perlu.”
Parah
ni. Esok hari cuti. Hari untuk keluarga. Hari bermalas-malasan. Hari untuk iron baju, hari untuk kemas bilik. Aku
ni pembersih orangnya. Seminggu sekali cadar perlu ditukar. Lantai mesti dimop.
“Tapi
esok cuti,” berilah apa-apa alasan supaya dapat mengelak dari kena bekerja pada
hari Sabtu.
“Dah
kahwin?”
Aku
geleng.
“I’ll pay your OT, petrol and breakfast and
maybe lunch. Esok tepat 8.30 pagi di office.
Saya seorang yang punctual. Jangan
lambat, saya tak suka menunggu. Pakai kasual aja.”
“Di
floor saya atau encik?”
“Awak
ambil organizer dan pen di floor awak dan naik ke tingkat enam
belas.”
Cepatlah
sampai ground floor. Lain kali cari
kerja yang bangunan pejabatnya tak tinggi cik Nina oi. Ni kerja tingkat lima
belas, siap boleh baca satu chapter
novel. Itu belum time lunch lagi.
Setiap floor lif ni akan berhenti untuk
mengambil penumpang.
“Good night Encik Hezree,” kataku apabila
pintu lif terbuka di ground floor dan
Hezree mula melangkah keluar.
“Awak
tak turun?”
“Saya
park kereta kat basement.”
Dia
tarik tanganku keluar dari lif. Amboi kasarnya umat. Malanglah siapa jadi
isteri dia ni.
“Awak
ingat awak ni superhero? Jangan nak
berani sangat. Sekarang ni dah malam. Macam-macam boleh jadi. Mana tahu ada
peragut ke, penculik ke Ju On ke. Saya yang lelaki pun park kereta kat ground floor.”
Sengal
juga boss aku ni. Memanglah dia park kereta dekat ground floor sebab kat situ tempat letak kereta yang dikhaskan
untuk kereta BMW sportnya. Siap ada
nombor plat kenderaan lagi atas jalan raya tu. Tapi kelakarnya nak takutkan aku
dengan Ju On? Alahai… aku dengan Ju On tak ada beza, aku comel sikit je dari
dia.
“Encik
Hezree nak bawa saya pergi mana?”
“Bawa
balik rumah.”
Glup..
Aku menelan air liur. Tak rela. Aku bukannya perempuan murahan. Biarlah aku
diragut dari dijadikan perempuan simpanan.
“Fikiran
jangan nak melencong. Saya hantarkan awak ke basement. Apa saya nak jawab pada keluarga awak kalau apa-apa
terjadi pada awak di dalam bangunan keluarga saya? Naik kereta saya.”
Rahang
jangan ternganga sangat. Dia tengah bukakan pintu kereta untukku. Hari tu Kak Wati kata Encik
Hezree tak suka bercakap dengan staff.
Dia hanya bercakap dengan P.A dia aja. Tapi hari ni kenapa dia banyak cakap?
“Mana
kereta?”
“Yang
hijau tu.”
“Axia?
Baru beli?”
“Ya,
hasil titik peluh kerja di sini.”
“Kerja
kat company besar awak kena ikut Rule Number One dan Rule Number Two.”
“Maksud?”
“Rule Number One boss is always right.”
“Rule Number Two?”
“Rule Number Two if boss is wrong see Rule
Number One.”
Yalah.
Apa-apa aja Encik Hezree. Aku mencebik.
“Awak
masuk dalam kereta. Saya akan ikut dari belakang.”
“Thank you Encik Hezree.”
“Tomorrow 8.30am sharp.”
Aku
tabik hormat padanya. Rule apa yang
mengarut dia bagi padaku entah? Tak pernah dengar pun sepanjang aku hidup di
dunia selama 24 tahun ini.
Pukul 9.30 malam baru aku sampai di hadapan rumah.
Mak sedia menunggu di ruang tamu. Tangan mak kusalam.
“Lambatnya
Along balik.”
“Kerja
banyak mak. Esok pun Along kena kerja.”
“Tak
apalah Along. Asal kerja halal. Sekarang susah nak cari kerja. Majikan buang
pekerja pun ramai. Along kerja baik-baik ya.”
“Ya
mak.”
“Along,
mak nak nasihatkan sikit. Along tutuplah aurat. Pakai tudung. Kan manis kalau
bertudung. Sekarang ni ramai perempuan yang dah bertudung. Along naik bas,
boleh kira berapa orang aja wanita Islam yang tak pakai tudung kan. Sebelum mak
mati, biarlah mak tengok Along bertudung ya.”
Sayu
pula hati apabila mak cakap begitu. Sebenarnya dah banyak kali mak cakap
tentang tudung. Tapi aku buat dengar tak dengar aja. Bila mak cakap tentang
mati, rasa kepala aku seperti dihantuk ke dinding. Aku tak bersedia kehilangan
mak. Belum puas bermanja dengan mak. Jasa mak pun belum terbalas.
“Mak,
janganlah cakap macam tu. Along tak sedia lagi. Nanti Along dah betul-betul
sedia, Along akan pakai.”
“Along
dah makan?”
Aku
geleng.
“Kat
dapur ada mak tinggalkan lauk untuk Along. Pergilah makan.”
“Along
mandi dulu mak. Badan melekit ni. Lepas mandi nanti Along makan ye. Kalau mak
mengantuk, tidurlah dulu. Ayah tak balik lagi?”
“Belum.
Ayah kata nak cari duit lebih sikit. Along tahu ajalah pendapatan bawa teksi
bukanlah menentu sangat. Orang sekarang ni pun ramai yang ada kenderaan
sendiri.”
Oh
kasihannya ayah. Sampai bilalah ayah terpaksa membawa teksi untuk menyara
kehidupan kami? Semakin lama semakin aku tidak sabar untuk menyenangkan
keluarga. Biarlah ayah dan mak duduk berehat dirumah, biar kugalas pula tugas
untuk menyara keluarga ini. Kalaulah aku kaya..
Aku
masuk ke dalam bilik meletakkan beg tangan di atas almari solek. Terlihat Amani
yang sedang tekun mengulangkaji pelajaran.
“Adik
buat apa tu?”
“Buat
homework. Banyak homework ni. Nak buat latih tubi lagi.”
“Tak
apa, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Belajar rajin-rajin ya
dik. Kita bukannya orang senang.”
“Insya-Allah
Along. Adik nak belajar rajin-rajin, nak senangkan mak ayah.”
“Pandai
adik Along.”
Aku
tinggalkan Amani lantas membersihkan diri setelah seharian penat bekerja. Makan
malam di waktu-waktu begini memang tidak menyihatkan. Tetapi untuk menjaga hati
mak dan menghargai penat lelah mak memasak, aku makan juga dan selepas itu
tidur. Boleh gemuk kalau hari-hari macam ni. Aku ni dahlah comel, nanti jadi
rendang dan gebu macam orang salji pula.
Rendang dan gebu mcm org salji??hihihi
BalasPadamRendang dan gebu mcm org salji??hihihi
BalasPadamBestt...👍..nk n3 lg hihii
BalasPadamSaya mmg suke dera perasaan org...hihihi...sabar na... Tq sudi bace n3 saya
PadamHuhuuu smpai ati dera prsaan sy..tiap2 hari kot cek blog kot2 ada n3 baru 😢
PadamTq tq.. sangat hargai... nnt dah ade kite bg tau yer... mate berpinau2 dah ni..
PadamBestt...👍..nk n3 lg hihii
BalasPadambest 3x.
BalasPadamTq... Gamsahabnida...emkoi
PadamHuhuuu mana 5...uhukkk
BalasPadamHuhuuu mana 5...uhukkk
BalasPadamHuhuuu mana 5...uhukkk
BalasPadam