RULE NOMBOR 1
BAB
12
Syukurlah
pagi ini mulut tak bengkak seperti semalam. Tapi mata semakin merah. Nak pergi
klinik tapi kerja banyak lagi. Ada satu quotation
lagi yang perlu kubuat hari ini. Ada appointment
pukul tiga di Mutiaraland. Sangat penting untuk usaha sama dua syarikat ini.
Dari aku kena panahan petir dengan boss
pasang surut itu, baiklah pergi kerja. Bukan tak boleh buka mata pun. Kubiarkan
rambut menutupi sebelah mata. Kalau tutup dua belah mata, tak nampak jalan
pula. Hari ini saja aku masuk lambat sedikit ke pejabat. Pukul 8.30 pagi baru
aku sampai. Ada setengah jam lagi sebelum waktu pejabat bermula. Lampu di dalam
bilik Hezree sudah terpasang. Awal dia datang hari ni. Kopi... Setelah letak handbag di atas kerusi aku terus ke pantry. Rutin harian sudah bermula. Satu
mug kopi untuknya. Aku sudah kenyang
bersarapan dengan mak di rumah sebentar tadi. Pintu biliknya kuketuk.
“Masuk.”
“Kopi
Encik Hezree,” kepala kutundukkan. Tak mahu dia nampak keadaan mataku yang
memerah..
“Thanks. Jangan lupa buat quotation yang saya suruh semalam.”
“Okey, nanti saya hantar pada encik.”
“Amanina...”
panggilnya sebelum aku berpusing untuk meninggalkan biliknya.
“Ya,”
aku angkat muka memandangnya.
Dia
bangun dan menghampiriku. Aku berundur beberapa tapak. Dikuisnya rambutku ke
belakang.
“Oh
my... Apa yang jadi pada mata awak?”
“Tak ada apa-apa.”
“Teruk
macam ni awak kata tak ada apa-apa? Kenapa tak pergi klinik?”
“Saya
memang nak pergi klinik. Tapi klinik buka pukul sembilan. Saya nak beritahu
encik, tapi saya tak jumpa nombor telefon yang encik simpan dalam handphone saya.”
“Pergi
klinik sekarang,” arahnya tegas.
“Pukul
sembilan nanti saya pergi.”
“Ambil
handbag awak sekarang, pergi klinik
dengan saya.”
“Encik
ada appointment nanti. Quotation tak siap lagi. Saya boleh
pergi klinik lepas saya siapkan quotation
yang encik minta.”
“Buang
sikit sikap kepala batu awak tu. Quotation
tu bagi pada Kak Ros untuk siapkan. Awak ingat saya ni majikan kejam yang nak
biarkan awak drive dalam keadaan
macam ni? Dengan kuasa veto saya, kita ke klinik sekarang.”
Aduh
sebalnya. Kuasa veto, Rule Number One
yang semuanya memihak pada dia. Ini memang tidak adil. Saya bantah sama sekali.
Aku
pesakit pertama yang sampai di klinik ketika pintu sedang dibuka. Segala urusan
pendaftaran dibuat oleh Hezree. Aku disuruh duduk di tempat menunggu. Ketika
aku dipanggil masuk ke bilik pemeriksaan, seorang doktor perempuan yang lembut
senyum ke arahku. Dia memeriksa kedua belah biji mataku yang memerah itu.
Hezree pun ikut sama ke dalam bilik pemeriksaan. Huh sibuk saja.
“Teruk
ni. Dah kena infection. Bawa pergi
hospital. Kena cepat, kalau lambat boleh effect
penglihatan.”
Aduh
doktor, tolong jangan buat cerita seram. Meremang bulu roma mendengar
penjelasan doktor itu. Aku rela rabun dari buta. Hilanglah satu deria yang
dikurniakan oleh Allah. Tidak dapat aku bayangkan hidup tanpa penglihatan.
Doktor itu menulis surat untuk aku bawa ke hospital.
“See, I told you. Saya dah cakap pergi
klinik semalam. Kalau tak, tak adalah teruk macam ni. Ni semua sebab sikap
degil awak,” kata Hezree setelah selesai membayar bil klinik di kaunter.
Mata
aku tengah sakit dan tolong jangan sakitkan hati aku pulak. Mata ni sakit semua kerana dia. Kalau dia tak paksa aku
pakai kanta lekap semalam, tidaklah mata ini sakit.
“Its okey Encik Hezree, saya boleh pergi
hospital sendiri. Lagipun semalam encik suruh saya ke klinik sebab alahan seafood bukannya sebab sakit mata.”
“Dalam
keadan sakit macam ni pun nak tunjuk lagak. Saya bawa awak ke hospital pakar
mata.”
“Hospital
kerajaan dahlah. Saya tak ada insurance.”
“Saya
yang sebabkan awak jadi macam ni. Saya kena bertanggungjawab. Nanti saya suruh
Kak Wati fakskan GL kat hospital.”
“GL?
Apa tu?”
“Ni
kes tak baca polisi syarikatlah ni. Company
kan bagi insurance kat semua staff. So awak tak payah bayar apa-apa. GL tu Guarantee Letter Cik Amanina sayang.”
Dah
berapa kali dia panggil aku sayang. Dia ni kenapa sebenarnya? Apa yang ada
dalam fikirannya? Kalau aku boleh scan
otaknya dan tahu apa yang ada dalam fikirannya kan lebih senang. Tidaklah aku
sentiasa dimarahinya.
“Oh…
Appointment encik?” aku baru teringat
tentang temujanjinya bersama Mutiaraland. Aku tidak mahu menjadi penyebab
kepada kegagalan dalam usaha sama antara dua syarikat ini.
“Nanti
saya call Razif untuk handle.”
“Saya
tak suka susahkan orang.”
“Awak
akan lebih susahkan saya dengan sikap degil awak ni.”
Aku
diam. Tisu sentiasa di tangan untuk lap air mata yang keluar tanpa henti. Mesti
buruk muka aku dengan kelopak mata yang ceme.
Sampai
di hospital aku ditahan untuk rawatan susulan. Sakit mata ini apabila dicuci.
Doktor memasukkan cecair dan bersihkan mata menggunakan putik kapas. Sakitnya
tak tahu nak cerita. Mak dan ayah belum tahu lagi. Hezree masih di sini
menantiku. Aku ingin bangun dari katil untuk mengambil handphone.
“Nak
pergi mana?”
“Ambil
handphone.”
“Buat
apa?”
“Inform mak dan ayah.”
“Its okey, saya dah beritahu.”
“Bila
encik beritahu?”
“Masa
doktor bersihkan mata awak. Saya kata jangan risau sebab saya akan jaga awak
sepanjang awak dekat hospital.”
“Encik
jangan nak wayang sangat. Mak ayah saya tu keutamaan saya. Saya nak dengar
sendiri suara mak saya.”
Hezree
serahkan I phone 6 padaku. Aku mula mendail nombor telefon rumah.
“Along,
macam mana boleh kena sakit mata? Berjangkit dengan kawan ke? Tadi kan mak dah
cakap mata tu merah. Tapi Along cakap sikit aja. Ni dah kena tahan kat hospital
pulak. ”
Jadi
memang betul, mak dah tahu aku sakit mata dan ditahan di hospital.
“Taklah
mak. Along try pakai lenses, tu yang sakit. Salah pakai kot.”
“Lain
kali pakai spec ajalah Along. Kalau
rosak mata tu, macam mana nak ganti? Nasib baik Hez... boss Along beritahu mak. Ayah tak balik lagi. Malam nanti Adik ada
kelas tambahan pulak. Tak tahu macam
mana mak nak ke sana.”
“Tak
apa mak. Jangan susah. Nanti dah baik, Along balik ya. Doktor kat sini boleh
tengokkan Along.”
“Yelah,
elok-elok ya. Kirim salam pada boss.”
Talian
dimatikan. Aku termenung sekejap. Macam mana Hezree tahu nombor telefon rumah? Handphone aku dah lock. Mungkin dia minta pada HR department
kot. Malas nak fikir. Sakit akibat dicuci tadi masih terasa. Rasa nak tidur
sekarang.
“Mak
saya kirim salam. Encik tak pergi sembahyang Jumaat ke? Dah pukul 12.30 ni.”
“Masjid
dekat aja. Kejap lagi saya pergi. Bagi kunci kereta, nanti saya suruh orang hantar
kat rumah awak. Nak kirim apa-apa tak?”
Elok
juga dia hantar kereta ke rumah. Lama-lama kereta diletakkan di office bimbang pula apa-apa yang akan
terjadi. Aku pun tak tahu berapa hari akan berada di dalam hospital ini. Aku
menggagau mencari kunci di dalam handbag
lalu kuserahkan padanya.
“Kirimkan
doa saya pada Allah supaya saya cepat sembuh.”
“Awak
tak mahu kirim hati awak untuk saya?”
“Saya
cuma nak kirim hati saya pada lelaki idaman saya yang saya tak tahu dia ada di
mana. Sekarang saya nak tidur sambil mimpikan di manakah lelaki idaman saya
berada.”
“Tidurlah,
untung-untung saya pun ada dalam mimpi awak tu.”
Aku
tarik selimut dan matikan diri.
“Saya
pergi dulu. Jaga diri baik-baik.” Aku rasa dia mengusap kepalaku lembut.
Apa dah jadi ni? Seorang boss yang serius, berlagak dan sombong sedang mengusap kepalaku. Kadang-kala aku pun tak faham dengan sifatnya. Suka hati nak marah, suka hati nak bersayang-sayang. Kadang-kadang macam sengaja nak bangkitkan kemarahan aku, kadang-kadang dia berlemah-lembut pula. Perangainya sukar untuk ditafsirkan
Alaaaaaaaaa napa sikit sangattt
BalasPadamBest laaa
Suka hez sweet2 ni
sebasb lps ni lagi panas dear... mendera perasaan, hati nurani.hihi
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamSikit sangat....tak puas.....huhuhuh
BalasPadamBab yg panas mmg kite kasi sikit..hihi..
PadamBest sgt3x!nk teka hehe....hez mmg dh g pinang nina kn?kn?kn?hahaaa
BalasPadamTunggu ye... lagi beberapa bab baru boleh tau..hihi
PadamSikit sangat....tak puas.....huhuhuh
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamNak lagiiiii
BalasPadamTungguuuu
PadamAlahai hati sweetnya dia ini,nk jg bakal suami mcm ini.
BalasPadamKene rahan telinga dpt suami mcm ni.hihi...
PadamSikit sangat....tak puas.....huhuhuh
BalasPadamSikit sgt...akak nk lg
BalasPadamSabar na... Bagi hez & nina ambik nafas dulu...
BalasPadamSemua komen sikit sgt
BalasPadamha ! Cepat sambung tau
best
Emmmm... sabo aja laaa, bos nie mcm2 Hal man nina
BalasPadam