Selasa, 29 September 2015

RULE NOMBOR 1

BAB 12




Syukurlah pagi ini mulut tak bengkak seperti semalam. Tapi mata semakin merah. Nak pergi klinik tapi kerja banyak lagi. Ada satu quotation lagi yang perlu kubuat hari ini. Ada appointment pukul tiga di Mutiaraland. Sangat penting untuk usaha sama dua syarikat ini. Dari aku kena panahan petir dengan boss pasang surut itu, baiklah pergi kerja. Bukan tak boleh buka mata pun. Kubiarkan rambut menutupi sebelah mata. Kalau tutup dua belah mata, tak nampak jalan pula. Hari ini saja aku masuk lambat sedikit ke pejabat. Pukul 8.30 pagi baru aku sampai. Ada setengah jam lagi sebelum waktu pejabat bermula. Lampu di dalam bilik Hezree sudah terpasang. Awal dia datang hari ni. Kopi... Setelah letak handbag di atas kerusi aku terus ke pantry. Rutin harian sudah bermula. Satu mug kopi untuknya. Aku sudah kenyang bersarapan dengan mak di rumah sebentar tadi. Pintu biliknya kuketuk.

“Masuk.”

“Kopi Encik Hezree,” kepala kutundukkan. Tak mahu dia nampak keadaan mataku yang memerah..

Thanks. Jangan lupa buat quotation yang saya suruh semalam.”

Okey, nanti saya hantar pada encik.”

“Amanina...” panggilnya sebelum aku berpusing untuk meninggalkan biliknya.

“Ya,” aku angkat muka memandangnya.

Dia bangun dan menghampiriku. Aku berundur beberapa tapak. Dikuisnya rambutku ke belakang.

“Oh my... Apa yang jadi pada mata awak?”

 “Tak ada apa-apa.”

“Teruk macam ni awak kata tak ada apa-apa? Kenapa tak pergi klinik?”

“Saya memang nak pergi klinik. Tapi klinik buka pukul sembilan. Saya nak beritahu encik, tapi saya tak jumpa nombor telefon yang encik simpan dalam handphone saya.”

“Pergi klinik sekarang,” arahnya tegas.

“Pukul sembilan nanti saya pergi.”

“Ambil handbag awak sekarang, pergi klinik dengan saya.”

“Encik ada appointment nanti. Quotation tak siap lagi. Saya boleh pergi klinik lepas saya siapkan quotation yang encik minta.”

“Buang sikit sikap kepala batu awak tu. Quotation tu bagi pada Kak Ros untuk siapkan. Awak ingat saya ni majikan kejam yang nak biarkan awak drive dalam keadaan macam ni? Dengan kuasa veto saya, kita ke klinik sekarang.”

Aduh sebalnya. Kuasa veto, Rule Number One yang semuanya memihak pada dia. Ini memang tidak adil. Saya bantah sama sekali.



Aku pesakit pertama yang sampai di klinik ketika pintu sedang dibuka. Segala urusan pendaftaran dibuat oleh Hezree. Aku disuruh duduk di tempat menunggu. Ketika aku dipanggil masuk ke bilik pemeriksaan, seorang doktor perempuan yang lembut senyum ke arahku. Dia memeriksa kedua belah biji mataku yang memerah itu. Hezree pun ikut sama ke dalam bilik pemeriksaan. Huh sibuk saja.

“Teruk ni. Dah kena infection. Bawa pergi hospital. Kena cepat, kalau lambat boleh effect penglihatan.”

Aduh doktor, tolong jangan buat cerita seram. Meremang bulu roma mendengar penjelasan doktor itu. Aku rela rabun dari buta. Hilanglah satu deria yang dikurniakan oleh Allah. Tidak dapat aku bayangkan hidup tanpa penglihatan. Doktor itu menulis surat untuk aku bawa ke hospital.

See, I told you. Saya dah cakap pergi klinik semalam. Kalau tak, tak adalah teruk macam ni. Ni semua sebab sikap degil awak,” kata Hezree setelah selesai membayar bil klinik di kaunter.

Mata aku tengah sakit dan tolong jangan sakitkan hati aku pulak. Mata ni sakit semua kerana dia. Kalau dia tak paksa aku pakai kanta lekap semalam, tidaklah mata ini sakit.

Its okey Encik Hezree, saya boleh pergi hospital sendiri. Lagipun semalam encik suruh saya ke klinik sebab alahan seafood bukannya sebab sakit mata.”

“Dalam keadan sakit macam ni pun nak tunjuk lagak. Saya bawa awak ke hospital pakar mata.”

“Hospital kerajaan dahlah. Saya tak ada insurance.”

“Saya yang sebabkan awak jadi macam ni. Saya kena bertanggungjawab. Nanti saya suruh Kak Wati fakskan GL kat hospital.”

“GL? Apa tu?”

“Ni kes tak baca polisi syarikatlah ni. Company kan bagi insurance kat semua staff. So awak tak payah bayar apa-apa. GL tu Guarantee Letter Cik Amanina sayang.”

Dah berapa kali dia panggil aku sayang. Dia ni kenapa sebenarnya? Apa yang ada dalam fikirannya? Kalau aku boleh scan otaknya dan tahu apa yang ada dalam fikirannya kan lebih senang. Tidaklah aku sentiasa dimarahinya.

“Oh… Appointment encik?” aku baru teringat tentang temujanjinya bersama Mutiaraland. Aku tidak mahu menjadi penyebab kepada kegagalan dalam usaha sama antara dua syarikat ini.

“Nanti saya call Razif untuk handle.”

“Saya tak suka susahkan orang.”

“Awak akan lebih susahkan saya dengan sikap degil awak ni.”
Aku diam. Tisu sentiasa di tangan untuk lap air mata yang keluar tanpa henti. Mesti buruk muka aku dengan kelopak mata yang ceme.



Sampai di hospital aku ditahan untuk rawatan susulan. Sakit mata ini apabila dicuci. Doktor memasukkan cecair dan bersihkan mata menggunakan putik kapas. Sakitnya tak tahu nak cerita. Mak dan ayah belum tahu lagi. Hezree masih di sini menantiku. Aku ingin bangun dari katil untuk mengambil handphone.

“Nak pergi mana?”

“Ambil handphone.”

“Buat apa?”

Inform mak dan ayah.”

Its okey, saya dah beritahu.”

“Bila encik beritahu?”

“Masa doktor bersihkan mata awak. Saya kata jangan risau sebab saya akan jaga awak sepanjang awak dekat hospital.”

“Encik jangan nak wayang sangat. Mak ayah saya tu keutamaan saya. Saya nak dengar sendiri suara mak saya.”

Hezree serahkan I phone 6 padaku. Aku mula mendail nombor telefon rumah.

“Along, macam mana boleh kena sakit mata? Berjangkit dengan kawan ke? Tadi kan mak dah cakap mata tu merah. Tapi Along cakap sikit aja. Ni dah kena tahan kat hospital pulak. ”

Jadi memang betul, mak dah tahu aku sakit mata dan ditahan di hospital.

“Taklah mak. Along try pakai lenses, tu yang sakit. Salah pakai kot.”

“Lain kali pakai spec ajalah Along. Kalau rosak mata tu, macam mana nak ganti? Nasib baik Hez... boss Along beritahu mak. Ayah tak balik lagi. Malam nanti Adik ada kelas tambahan pulak. Tak tahu macam mana mak nak ke sana.”

“Tak apa mak. Jangan susah. Nanti dah baik, Along balik ya. Doktor kat sini boleh tengokkan Along.”

“Yelah, elok-elok ya. Kirim salam pada boss.”

Talian dimatikan. Aku termenung sekejap. Macam mana Hezree tahu nombor telefon rumah? Handphone aku dah lock. Mungkin dia minta pada HR department kot. Malas nak fikir. Sakit akibat dicuci tadi masih terasa. Rasa nak tidur sekarang.

“Mak saya kirim salam. Encik tak pergi sembahyang Jumaat ke? Dah pukul 12.30 ni.”

“Masjid dekat aja. Kejap lagi saya pergi. Bagi kunci kereta, nanti saya suruh orang hantar kat rumah awak. Nak kirim apa-apa tak?”

Elok juga dia hantar kereta ke rumah. Lama-lama kereta diletakkan di office bimbang pula apa-apa yang akan terjadi. Aku pun tak tahu berapa hari akan berada di dalam hospital ini. Aku menggagau mencari kunci di dalam handbag lalu kuserahkan padanya.

“Kirimkan doa saya pada Allah supaya saya cepat sembuh.”

“Awak tak mahu kirim hati awak untuk saya?”

“Saya cuma nak kirim hati saya pada lelaki idaman saya yang saya tak tahu dia ada di mana. Sekarang saya nak tidur sambil mimpikan di manakah lelaki idaman saya berada.”

“Tidurlah, untung-untung saya pun ada dalam mimpi awak tu.”

Aku tarik selimut dan matikan diri.

“Saya pergi dulu. Jaga diri baik-baik.” Aku rasa dia mengusap kepalaku lembut.

            Apa dah jadi ni? Seorang boss yang serius, berlagak dan sombong sedang mengusap kepalaku. Kadang-kala aku pun tak faham dengan sifatnya. Suka hati nak marah, suka hati nak bersayang-sayang. Kadang-kadang macam sengaja nak bangkitkan kemarahan aku, kadang-kadang dia berlemah-lembut pula. Perangainya sukar untuk ditafsirkan

18 ulasan:

  1. Alaaaaaaaaa napa sikit sangattt
    Best laaa
    Suka hez sweet2 ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebasb lps ni lagi panas dear... mendera perasaan, hati nurani.hihi

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. Sikit sangat....tak puas.....huhuhuh

    BalasPadam
  3. Best sgt3x!nk teka hehe....hez mmg dh g pinang nina kn?kn?kn?hahaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu ye... lagi beberapa bab baru boleh tau..hihi

      Padam
  4. Sikit sangat....tak puas.....huhuhuh

    BalasPadam
  5. Alahai hati sweetnya dia ini,nk jg bakal suami mcm ini.

    BalasPadam
  6. Sikit sangat....tak puas.....huhuhuh

    BalasPadam
  7. Sabar na... Bagi hez & nina ambik nafas dulu...

    BalasPadam
  8. Semua komen sikit sgt
    ha ! Cepat sambung tau
    best

    BalasPadam
  9. Emmmm... sabo aja laaa, bos nie mcm2 Hal man nina

    BalasPadam