RULE NOMBOR 1
BAB
11
“Buat
quotation ni untuk saya,” Hezree
meletakkan satu fail di atas mejaku.
Aku
garu kepala. Buat quotation untuk
hartanah atau investment? Bukan ke quotation semuanya kena beri pada Kak
Ros, setiausaha dia? Aku belek-belek fail dan tutup kembali. Memang aku tak
faham langsung apa yang aku kena buat. Dengan langkah yang bijak aku pergi ke
meja Kak Ros.
“Kak
Ros, sorry nak tanya. Tadi Encik
Hezree suruh saya buat quotation tapi
saya tak tahu apa-apa tentang quotation
ni. Akak boleh ajar saya?”
“Quotation ni kerja akak. Biar akak
buat.”
“Tak
apa kak. Dia suruh saya buat. Akak ajar saya. Next time saya boleh buat sendiri.”
“Ye
lah.” Kak Ros keluarkan kitabnya. Segala standard
quotation ada di dalamnya. Dengan
sedikit kira-kira, quotation siap.
Dekat komputer pun dah ada standard
format untuk dimasukkan. Senang aja rupanya nak buat quotation. Dah siap, aku minta Kak Ros semak.
“Nina,
awak buat apa kat tempat kak Ros?”
“Encik
Hezree suruh saya buat quotation
untuk new client.”
“Pelik.
Dia tak pernah suruh saya buat pun.”
“Awak
sepupu dia. Mestilah dia tak nak bebankan awak sangat. Saya ni kenalah belajar
semua benda.”
“Awak
yang rajin sangat. Bahaya tau, nanti kena buli.”
“Tak
apa saya buat kerja dalam waktu pejabat. Memang kerja saya.”
Intercom
berbunyi. “Amanina masuk bilik saya dan bawa quotation sekali.”
Nasib
baik dah siap. Lega. Aku bawa quotation
masuk ke biliknya. Dia meneliti setiap angka yang ada. Muka berkerut-kerut.
Ketika dia sedang fokus pada kerjanya mataku mengimbas setiap inci wajahnya.
Hidung mancung. Kening lebat dengan mata yang redup. Dia nampak cool kalau tak buka mulut. Aku lebih
suka dia diam dari bercakap.
“Kenapa
tak sign?”
“Sebab
bukan nama saya. Kak Ros kata encik yang kena sign.”
“Siapa
yang buat quotation?”
“Saya.”
“Jadi
kenapa saya yang kena sign?”
“Saya
ikut apa yang Kak Ros ajar.”
“Satu
jawapan yang nak melepaskan diri sendiri. Betulkan balik quotation ni. Dekat bawah ni tulis ‘Prepared by Nurul Amanina Binti
Hassan.’ Saya nak secepat mungkin. Lepas siap terus hantar pada saya.”
“Baik
encik,” sebal dan bebal. Aku merungut di dalam hati. Baru puji di dalam hati,
dia
dah
tunjuk sikap tidak coolnya. Dia
sememangnya lebih elok diam dari bercakap.
Aku
hanya mengikut apa yang diajar oleh Kak Ros sahaja. Ini operasi mencari
kesalahan
atau
apa? Pelik dengan sikap dia. Sekejap super
nice, sekejap menjengkelkan. Kalau macam ni, memang aku takkan jadikan dia
sesiapa dalam hatiku. Dua minit aku siapkan quotation
dan masuk semula ke bilik Hezree.
“Awak
tak ketuk pintu? Main terjah macam penyamun.”
Aduh
ayat menanah telinga.
“Saya
dah ketuk, encik tak dengar ke?”
“Ada
saya suruh masuk?”
“Encik
kata lepas siap quotation terus
hantar pada encik.”
“Awak
ni banyak cakap. Ingat Rule Number One.”
Bosan
betul. Sentiasa mencari salahku. Setakat kesalahan yang kecil-kecil begini,
pejam mata sudahlah. Lagipun aku baru bekerja dengannya. Tegurlah elok-elok.
“Esok
encik ada appointment dekat
Mutiaraland pukul 3 petang after
Solat Jumaat.”
“Saya
tahu. Esok bawa quotation ni dan awak
ikut saya. Dah solat belum?”
“Belum.”
“Pergi
solat sekarang. Saya tunggu awak.”
“Tak
apa, encik baliklah dulu.”
“Siapa
kata saya bagi awak balik? Saya nak suruh awak buat satu lagi quotation.”
Alahai...
Memang mendera betullah. Kenapa tak suruh Kak Ros buat tadi? Betullah kata
Razif aku akan dibuli. Masinnya mulut Razif. Aku keluar dari bilik puaka itu
dan terus ke surau. Usai solat aku ke meja untuk menjalankan tugas. Seperti
biasa semua orang dah balik. Kejamnya majikan. Aku lihat skrin telefon bimbit yang
menyala-nyala.
-Hi
tak balik lagi?
-You
ni mesti pekerja kesayangan.
Kalau
pekerja kesayangan tak adalah kena buli dengan majikan. Mesti dapat layanan first class.
-You
ni sombong ye.
Aku
simpan nombornya dengan nama 'Si Sengal'. Tak perlu layan. Kalau perlu aku akan
block saja.
“Dah
siap?”
“Tak
siap lagi quotationnya encik. Saya
baru je duduk ni.”
“Memanglah
tak siap kalau berkepit dengan handphone.
Simpan dulu file tu. Ikut saya.”
“Pergi
mana?”
“Ikut
aja.”
Kena
ikut lagi... Boleh tak kalau jangan paksa-paksa macam ni? Rimaslah. Dalam hati
aja berani bersungut.
Sampai
ke destinasi, dia memakirkan kereta di sebuah shopping complex yang berdekatan pejabat.
“Encik
nak bawa saya pergi mana sebenarnya? Tadi dah lunch dengan saya, takkan dinner
pun nak dengan saya juga. Tak bosan ke tengok muka yang bersepah kat Puduraya
ni?”
Dia
buat muka tanpa riak. Keluar dari kereta dan terus berjalan. Aku pula yang
terpaksa kejar dia. Dia masuk ke kedai cermin mata. Salesgirl di kedai cermin mata mula melayan Hezree. Aku yang masuk
kemudian langsung tidak dilayannya. Hezree ke kiri dia ikut, Hezree ke kanan
dia ke kanan sambil mulutnya berceloteh macam bertih jagung. Kerja ni memang
sesuai untuk dia.
“Sayang,
you pakai lenses aja lah lepas ni,” Hezree pandang ke arahku. Salesgirl tadi buat muka terkejut.
“Power 200 kan. Check baliklah takut naik lagi.” Jin dia dah masuk dalam badan. Aku
ikutkan saja sebelum dia kata Rule Number
One.
“Ambil
color gray, hazel dan clear.”
“Tapi
saya tak tahu....”
“Awak
boleh ajarkan girlfriend saya pakai lenses kan?” Hezree bertanya pada salesgirl itu sebelum sempat aku
menghabiskan ayat.
Lama
juga aku belajar pakai lenses. Sama
seperti pertama kali aku mencuba. Mata dah merah dan hidung mula berair.
“Give uplah. Tak payah pakai boleh tak?”
“Alah
sayang please untuk I.” Buat muka comel pula dia.
Akhirnya
dua-dua kanta lekap sudah masuk ke dalam mata.
“Pedih.
Boleh tak buka?” Aku tenyeh kedua-dua belah kelopak mata.
Dengan
gentalmannya dia tiup mata aku. Tak
boleh tahan gatalnya biji mata ni. Air mata mula meleleh sendiri.
“Saya
nak buka. Tak tahan,” tak perlu persetujuan atau mendengar ‘Rule’ darinya aku terus buka kanta lekap
itu.
“Saya
ambil tiga box ni,” Hezree pergi ke
kaunter pembayaran dan aku sibuk lap air mata dengan tisu.
“Sayang
sorry paksa you. Kalau dah sedia nanti you
pakai.”
“Encik
tak payahlah sayang sayang dengan saya. Kita dah kat luar kedai ni.”
“Suka
hati sayalah nak panggil apa pun. Spec
awak tu macam Cik Salmah zaman P. Ramlee. Bingkai tebal, orang dah tak pakai.”
Dia
yang tak tahu trend sekarang, memang ramai
orang pakai spec macam ni. Bingkai
tanpa cermin pun ada orang pakai. Dia berjalan dan aku mengejar dengan mata
yang masih merah dan tisu masih di tangan. Penatlah macam ni asyik kena kejar
aja. Dia masuk ke kedai telefon bimbit pula. Orang kaya, nak beli handphone anytime pun boleh. Kalau orang
macam aku ni kenalah kumpul gaji berbulan-bulan untuk beli handphone baru. Selagi handphone
tak rosak, guna ajalah selagi boleh.
“Amoi,
mau beli handphone ka?”
“Tak, boss
saya...”
“Sayang
you nak I phone 6?”
Gila
tak nak? Tapi biar betul? Ni mimpi atau kenyataan? Takkanlah dia nak belikan
untuk aku. Gaji dua bulan pun aku tak mampu nak bayar balik.
“Encik
jangan main-main. Saya tak ada duit nak bayar balik lagipun handphone saya masih elok lagi.”
“Saya
nak P.A saya up to date. Malulah saya
kalau awak keluarkan handphone awak
bila jumpa client. Mesti dia ingat
kita ni company cap ayam.”
Oh
penghinaan lagi. Mulut longkangnya berbunyi lagi. Bengang betul. Nak beli, beli
ajalah. Tak payah hina aku.
“Makan.”
Ni
pertanyaan atau arahan? Kami ke The Manhattan Fish Market. Seperti biasa dia
yang order makanan. Mata aku semakin
berair.
“Merahnya
mata awak. Infection ke?”
“Ye
ke? Esok okeylah ni.”
“Sure?”
“Sure.”
Datang
waiter dengan udang yang dibakar di
hadapan kami. Wow, terpegun sekejap. Sedap ke udang yang dibakar macam tu?
“Encik
Hezree, kenapa beli macam-macam untuk saya? Saya tak nak termakan budi.”
“Siapa
suruh awak makan budi? Makan udang ni,” dia tolong kopekkan kulit udang
untukku. Sekarang dia betul-betul seperti lelaki budiman idaman Malaya. Aku
suap udang ke mulut. Ni kalau silap percaturan muka aku akan bengkak kerana
alahan. Tapi nak jaga air muka dia, aku makan juga.
“Encik
Hezree, boleh tak saya balik sekarang? Saya takut terlepas Maghrib.”
“Okey.”
Kami
beriringan ke keretanya. Mulut terasa bengkak, tapi aku tutup dengan tisu.
Kereta BMW sportnya bergerak
meninggalkan shopping complex.
“Awak
okey?”
“Okey. Kenapa?”
“Dari
tadi tutup mulut. Kenapa?”
“Tak
ada apa.”
“Jangan
lupa charge handphone malam ni.”
“Okey.”
“Saya
nak tanya satu soalan. Tapi jangan sentap ya.”
“Apa
dia? Saya dah biasa dengan soalan sentap Encik Hezree.”
“Oh..
Awak.. awak tak rasa nak pakai tudung?”
Aku
diam. Sentap juga dengan pertanyaan tu. Ingatkan orang kaya dan moden tak kisah
benda macam ni.
“Kalau
tak nak jawab tak apa. Sorry.”
“Saya...
Saya memang nak pakai tudung. Tapi saya takut iman saya tak kuat. Saya takut half way saya akan buka tudung balik
sebab tak ada kekuatan. Saya nak betul-betul bersedia.”
“Ajal
tak pernah tanya kita bersedia atau tak.”
Satu
lagi statement sentap yang buat aku
malu sendiri. Tapi salah aku juga, mak dah banyak kali suruh aku bertudung tapi
aku kata tak bersedia, nanti dulu, tunggu Along dapat seru. Macam-macam alasan
nak mengelak dari pakai tudung.
“Park kereta kat basement?”
Aku
angguk.
“Kenapalah
suka sangat park kat situ? Lain kali park kat sebelah kereta saya. Saya
hantar awak sampai basement.”
Statement
yang tak boleh pakai. Nak kena halau dengan pak guard parking sebelah kereta boss?
Kalau kena clamp siapa nak bayar?
“Thanks Encik Hezree for the lenses and I phone 6 and the lovely dinner.”
“Sayang..”
Terpempan
dengan panggilannya terus aku mendongkkan kepala memandang tajam matanya. Dia
meletakkan ibu jarinya pada bibirku. Jantung berdegup laju dengan perbuatannya.
Otak kata tepis, hati kata biarkan. Kau dah kenapa Nina?
“Kenapa
bengkak?” mukanya semakin rapat.
“Alahan
seafood.”
“Kanapa
tak bagitahu saya awak tak boleh makan seafood?”
jarak kami hanya seinci. Aku kena elak dari perkara yang tidak diingini
berlaku.
“Saya
nak jaga hati encik. Tak mahu encik malu bila saya tolak makanan yang encik dah
letak dalam pinggan saya,” harap jawapan yang tak berapa berbisa ini akan
sedarkan dia. Tapi aku pula yang tewas. Aku seperti berbisik padanya.
“Saya
takkan paksa kalau awak tak boleh makan. Jom pergi klinik.”
“Tak
payah. Nanti dia surut sendiri. Saya perlu tidur aja. Lagipun saya kejar solat
Maghrib,” aku tepis tanggannya. Baru otak dan perbuatan sehaluan.
“Okey apa-apa update saya.”
Aku
keluar dari keretanya dan terus masuk ke dalam keretaku. Mata dan mulut gatal
usah cerita. Rasa merenyam yang tak tahu nak garu macam mana. Aku gagahkan diri
memandu ketika waktu semakin gelap.
best 3x.
BalasPadamTq baby mio
PadamBest laaaaa
BalasPadamBesttttt
Nak lagi...
Sayangggg... sweet je
Walau mcm badigol je bahan nina πππ
hihi.. saya rase nak gelak guling2 dgn perkataan badigol tu
PadamAyoyo....sayang...
BalasPadamHahaha...kelako plak part ni..
Tp sweet2 madu
kann..hihi
PadamBest tahap gaban!
BalasPadamTq..tq..nnt kite panggil suria perkasa hitam join yer
PadamBest...makin menarik.
BalasPadamTq.. pembaca suke saya lege...hihi
PadamBest...makin menarik.
BalasPadamBest...makin menarik.
BalasPadamSayang betoi hazree dgn nina... sweet kat part panggil sayang tuuuu.....
BalasPadamTq bace ye..
PadamSayang betoi hazree dgn nina... sweet kat part panggil sayang tuuuu.....
BalasPadamSayang betoi hazree dgn nina... sweet kat part panggil sayang tuuuu.....
BalasPadamKecian Nina ye alahan pon la.
BalasPadamSama dgn saya xbole pakai kanta lekap sbb alah.
Aigooo sweetnya en. hazree ye ,siap panggil sayang pon la
Makin baca makin tak boleh berhenti...cik azwin pakai jampi apa ni....hehehehe. best. Harap2 cepatlah keluar novel ni
BalasPadamTq sis support RULE NO 1.
PadamEee geram je ngn hezree tu...selalu buli nina...
BalasPadamHahahhaahahah ... Nie ambil kesempatan dalam kesenangan si hazree nie ... Kesian Nina kena buli
BalasPadamHahaua cian dy kena buli dgn bos mulut longkang
BalasPadambest x sabar nk tunggu n3