Ahad, 27 September 2015

RULE NOMBOR 1

BAB 11



“Buat quotation ni untuk saya,” Hezree meletakkan satu fail di atas mejaku.

Aku garu kepala. Buat quotation untuk hartanah atau investment? Bukan ke quotation semuanya kena beri pada Kak Ros, setiausaha dia? Aku belek-belek fail dan tutup kembali. Memang aku tak faham langsung apa yang aku kena buat. Dengan langkah yang bijak aku pergi ke meja Kak Ros.

“Kak Ros, sorry nak tanya. Tadi Encik Hezree suruh saya buat quotation tapi saya tak tahu apa-apa tentang quotation ni. Akak boleh ajar saya?”

Quotation ni kerja akak. Biar akak buat.”

“Tak apa kak. Dia suruh saya buat. Akak ajar saya. Next time saya boleh buat sendiri.”

“Ye lah.” Kak Ros keluarkan kitabnya. Segala standard quotation ada di dalamnya. Dengan sedikit kira-kira, quotation siap. Dekat komputer pun dah ada standard format untuk dimasukkan. Senang aja rupanya nak buat quotation. Dah siap, aku minta Kak Ros semak.

“Nina, awak buat apa kat tempat kak Ros?”

“Encik Hezree suruh saya buat quotation untuk new client.”

“Pelik. Dia tak pernah suruh saya buat pun.”

“Awak sepupu dia. Mestilah dia tak nak bebankan awak sangat. Saya ni kenalah belajar semua benda.”

“Awak yang rajin sangat. Bahaya tau, nanti kena buli.”

“Tak apa saya buat kerja dalam waktu pejabat. Memang kerja saya.”

Intercom berbunyi. “Amanina masuk bilik saya dan bawa quotation sekali.”

Nasib baik dah siap. Lega. Aku bawa quotation masuk ke biliknya. Dia meneliti setiap angka yang ada. Muka berkerut-kerut. Ketika dia sedang fokus pada kerjanya mataku mengimbas setiap inci wajahnya. Hidung mancung. Kening lebat dengan mata yang redup. Dia nampak cool kalau tak buka mulut. Aku lebih suka dia diam dari bercakap.

“Kenapa tak sign?”

“Sebab bukan nama saya. Kak Ros kata encik yang kena sign.”

“Siapa yang buat quotation?”

“Saya.”

“Jadi kenapa saya yang kena sign?”

“Saya ikut apa yang Kak Ros ajar.”

“Satu jawapan yang nak melepaskan diri sendiri. Betulkan balik quotation ni. Dekat bawah ni tulis ‘Prepared by Nurul Amanina Binti Hassan.’ Saya nak secepat mungkin. Lepas siap terus hantar pada saya.”

“Baik encik,” sebal dan bebal. Aku merungut di dalam hati. Baru puji di dalam hati, dia
dah tunjuk sikap tidak coolnya. Dia sememangnya lebih elok diam dari bercakap.

Aku hanya mengikut apa yang diajar oleh Kak Ros sahaja. Ini operasi mencari kesalahan
atau apa? Pelik dengan sikap dia. Sekejap super nice, sekejap menjengkelkan. Kalau macam ni, memang aku takkan jadikan dia sesiapa dalam hatiku. Dua minit aku siapkan quotation dan masuk semula ke bilik Hezree.

“Awak tak ketuk pintu? Main terjah macam penyamun.”

Aduh ayat menanah telinga.

“Saya dah ketuk, encik tak dengar ke?”

“Ada saya suruh masuk?”

“Encik kata lepas siap quotation terus hantar pada encik.”

“Awak ni banyak cakap. Ingat Rule Number One.”

Bosan betul. Sentiasa mencari salahku. Setakat kesalahan yang kecil-kecil begini, pejam mata sudahlah. Lagipun aku baru bekerja dengannya. Tegurlah elok-elok.

“Esok encik ada appointment dekat Mutiaraland pukul 3 petang after Solat Jumaat.”

“Saya tahu. Esok bawa quotation ni dan awak ikut saya. Dah solat belum?”

“Belum.”

“Pergi solat sekarang. Saya tunggu awak.”

“Tak apa, encik baliklah dulu.”

“Siapa kata saya bagi awak balik? Saya nak suruh awak buat satu lagi quotation.”

Alahai... Memang mendera betullah. Kenapa tak suruh Kak Ros buat tadi? Betullah kata Razif aku akan dibuli. Masinnya mulut Razif. Aku keluar dari bilik puaka itu dan terus ke surau. Usai solat aku ke meja untuk menjalankan tugas. Seperti biasa semua orang dah balik. Kejamnya majikan. Aku lihat skrin telefon bimbit yang menyala-nyala.

-Hi tak balik lagi?
-You ni mesti pekerja kesayangan.
Kalau pekerja kesayangan tak adalah kena buli dengan majikan. Mesti dapat layanan first class.
-You ni sombong ye.
Aku simpan nombornya dengan nama 'Si Sengal'. Tak perlu layan. Kalau perlu aku akan block saja.

“Dah siap?”

“Tak siap lagi quotationnya encik. Saya baru je duduk ni.”

“Memanglah tak siap kalau berkepit dengan handphone. Simpan dulu file tu. Ikut saya.”

“Pergi mana?”

“Ikut aja.”

Kena ikut lagi... Boleh tak kalau jangan paksa-paksa macam ni? Rimaslah. Dalam hati aja berani bersungut.



Sampai ke destinasi, dia memakirkan kereta di sebuah shopping complex yang berdekatan pejabat.

“Encik nak bawa saya pergi mana sebenarnya? Tadi dah lunch dengan saya, takkan dinner pun nak dengan saya juga. Tak bosan ke tengok muka yang bersepah kat Puduraya ni?”

Dia buat muka tanpa riak. Keluar dari kereta dan terus berjalan. Aku pula yang terpaksa kejar dia. Dia masuk ke kedai cermin mata. Salesgirl di kedai cermin mata mula melayan Hezree. Aku yang masuk kemudian langsung tidak dilayannya. Hezree ke kiri dia ikut, Hezree ke kanan dia ke kanan sambil mulutnya berceloteh macam bertih jagung. Kerja ni memang sesuai untuk dia.

“Sayang, you pakai lenses aja lah lepas ni,” Hezree pandang ke arahku. Salesgirl tadi buat muka terkejut.

Power 200 kan. Check baliklah takut naik lagi.” Jin dia dah masuk dalam badan. Aku ikutkan saja sebelum dia kata Rule Number One.

“Ambil color gray, hazel dan clear.”

“Tapi saya tak tahu....”

“Awak boleh ajarkan girlfriend saya pakai lenses kan?” Hezree bertanya pada salesgirl itu sebelum sempat aku menghabiskan ayat.

Lama juga aku belajar pakai lenses. Sama seperti pertama kali aku mencuba. Mata dah merah dan hidung mula berair.

Give uplah. Tak payah pakai boleh tak?”

“Alah sayang please untuk I.” Buat muka comel pula dia.

Akhirnya dua-dua kanta lekap sudah masuk ke dalam mata.

“Pedih. Boleh tak buka?” Aku tenyeh kedua-dua belah kelopak mata.

Dengan gentalmannya dia tiup mata aku. Tak boleh tahan gatalnya biji mata ni. Air mata mula meleleh sendiri.

“Saya nak buka. Tak tahan,” tak perlu persetujuan atau mendengar ‘Rule’ darinya aku terus buka kanta lekap itu.

“Saya ambil tiga box ni,” Hezree pergi ke kaunter pembayaran dan aku sibuk lap air mata dengan tisu.

“Sayang sorry paksa you. Kalau dah sedia nanti you pakai.”

“Encik tak payahlah sayang sayang dengan saya. Kita dah kat luar kedai ni.”

“Suka hati sayalah nak panggil apa pun. Spec awak tu macam Cik Salmah zaman P. Ramlee. Bingkai tebal, orang dah tak pakai.”

Dia yang tak tahu trend sekarang, memang ramai orang pakai spec macam ni. Bingkai tanpa cermin pun ada orang pakai. Dia berjalan dan aku mengejar dengan mata yang masih merah dan tisu masih di tangan. Penatlah macam ni asyik kena kejar aja. Dia masuk ke kedai telefon bimbit pula. Orang kaya, nak beli handphone anytime pun boleh. Kalau orang macam aku ni kenalah kumpul gaji berbulan-bulan untuk beli handphone baru. Selagi handphone tak rosak, guna ajalah selagi boleh.

“Amoi, mau beli handphone ka?”

“Tak,  boss saya...”

“Sayang you nak I phone 6?”

Gila tak nak? Tapi biar betul? Ni mimpi atau kenyataan? Takkanlah dia nak belikan untuk aku. Gaji dua bulan pun aku tak mampu nak bayar balik.

“Encik jangan main-main. Saya tak ada duit nak bayar balik lagipun handphone saya masih elok lagi.”

“Saya nak P.A saya up to date. Malulah saya kalau awak keluarkan handphone awak bila jumpa client. Mesti dia ingat kita ni company cap ayam.”

Oh penghinaan lagi. Mulut longkangnya berbunyi lagi. Bengang betul. Nak beli, beli ajalah. Tak payah hina aku.

“Makan.”

Ni pertanyaan atau arahan? Kami ke The Manhattan Fish Market. Seperti biasa dia yang order makanan. Mata aku semakin berair.

“Merahnya mata awak. Infection ke?”

“Ye ke? Esok okeylah ni.”

Sure?”

Sure.”

Datang waiter dengan udang yang dibakar di hadapan kami. Wow, terpegun sekejap. Sedap ke udang yang dibakar macam tu?

“Encik Hezree, kenapa beli macam-macam untuk saya? Saya tak nak termakan budi.”

“Siapa suruh awak makan budi? Makan udang ni,” dia tolong kopekkan kulit udang untukku. Sekarang dia betul-betul seperti lelaki budiman idaman Malaya. Aku suap udang ke mulut. Ni kalau silap percaturan muka aku akan bengkak kerana alahan. Tapi nak jaga air muka dia, aku makan juga.

“Encik Hezree, boleh tak saya balik sekarang? Saya takut terlepas Maghrib.”

Okey.”

Kami beriringan ke keretanya. Mulut terasa bengkak, tapi aku tutup dengan tisu. Kereta BMW sportnya bergerak meninggalkan shopping complex.

“Awak okey?”

Okey. Kenapa?”

“Dari tadi tutup mulut. Kenapa?”

“Tak ada apa.”

“Jangan lupa charge handphone malam ni.”

Okey.”

“Saya nak tanya satu soalan. Tapi jangan sentap ya.”

“Apa dia? Saya dah biasa dengan soalan sentap Encik Hezree.”

“Oh.. Awak.. awak tak rasa nak pakai tudung?”

Aku diam. Sentap juga dengan pertanyaan tu. Ingatkan orang kaya dan moden tak kisah benda macam ni.

“Kalau tak nak jawab tak apa. Sorry.”

“Saya... Saya memang nak pakai tudung. Tapi saya takut iman saya tak kuat. Saya takut half way saya akan buka tudung balik sebab tak ada kekuatan. Saya nak betul-betul bersedia.”

“Ajal tak pernah tanya kita bersedia atau tak.”

Satu lagi statement sentap yang buat aku malu sendiri. Tapi salah aku juga, mak dah banyak kali suruh aku bertudung tapi aku kata tak bersedia, nanti dulu, tunggu Along dapat seru. Macam-macam alasan nak mengelak dari pakai tudung.

Park kereta kat basement?”

Aku angguk.

“Kenapalah suka sangat park kat situ? Lain kali park kat sebelah kereta saya. Saya hantar awak sampai basement.”

Statement yang tak boleh pakai. Nak kena halau dengan pak guard parking sebelah kereta boss? Kalau kena clamp siapa nak bayar?

Thanks Encik Hezree for the lenses and I phone 6 and the lovely dinner.

“Sayang..”

Terpempan dengan panggilannya terus aku mendongkkan kepala memandang tajam matanya. Dia meletakkan ibu jarinya pada bibirku. Jantung berdegup laju dengan perbuatannya. Otak kata tepis, hati kata biarkan. Kau dah kenapa Nina?

“Kenapa bengkak?” mukanya semakin rapat.

“Alahan seafood.”

“Kanapa tak bagitahu saya awak tak boleh makan seafood?” jarak kami hanya seinci. Aku kena elak dari perkara yang tidak diingini berlaku.

“Saya nak jaga hati encik. Tak mahu encik malu bila saya tolak makanan yang encik dah letak dalam pinggan saya,” harap jawapan yang tak berapa berbisa ini akan sedarkan dia. Tapi aku pula yang tewas. Aku seperti berbisik padanya.

“Saya takkan paksa kalau awak tak boleh makan. Jom pergi klinik.”

“Tak payah. Nanti dia surut sendiri. Saya perlu tidur aja. Lagipun saya kejar solat Maghrib,” aku tepis tanggannya. Baru otak dan perbuatan sehaluan.

Okey apa-apa update saya.”

Aku keluar dari keretanya dan terus masuk ke dalam keretaku. Mata dan mulut gatal usah cerita. Rasa merenyam yang tak tahu nak garu macam mana. Aku gagahkan diri memandu ketika waktu semakin gelap.



22 ulasan:

  1. Best laaaaa
    Besttttt
    Nak lagi...
    Sayangggg... sweet je
    Walau mcm badigol je bahan nina πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi.. saya rase nak gelak guling2 dgn perkataan badigol tu

      Padam
  2. Ayoyo....sayang...
    Hahaha...kelako plak part ni..
    Tp sweet2 madu

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Tq..tq..nnt kite panggil suria perkasa hitam join yer

      Padam
  4. Sayang betoi hazree dgn nina... sweet kat part panggil sayang tuuuu.....

    BalasPadam
  5. Sayang betoi hazree dgn nina... sweet kat part panggil sayang tuuuu.....

    BalasPadam
  6. Sayang betoi hazree dgn nina... sweet kat part panggil sayang tuuuu.....

    BalasPadam
  7. Kecian Nina ye alahan pon la.
    Sama dgn saya xbole pakai kanta lekap sbb alah.
    Aigooo sweetnya en. hazree ye ,siap panggil sayang pon la

    BalasPadam
  8. Makin baca makin tak boleh berhenti...cik azwin pakai jampi apa ni....hehehehe. best. Harap2 cepatlah keluar novel ni

    BalasPadam
  9. Eee geram je ngn hezree tu...selalu buli nina...

    BalasPadam
  10. Hahahhaahahah ... Nie ambil kesempatan dalam kesenangan si hazree nie ... Kesian Nina kena buli

    BalasPadam
  11. Hahaua cian dy kena buli dgn bos mulut longkang
    best x sabar nk tunggu n3

    BalasPadam