RULE NOMBOR 1
BAB 6
Kami
sampai di sebuah kondo. Hezree menekan nombor sembilan belas. Amboi tingginya
rumah. Tak gayat ke? Tapi yang peliknya kenapa kondo ni sunyi?
“Macam
tak ada orang aja. Ni event apa
sebenarnya?” aku yang kehairanan terus bertanya.
“Memanglah
tak ada orang. Ni kondo saya. Kita
tukar baju kat sini.”
“Ha?
Kita? Berdua?” Bulat mataku terkejut dengan kata-katanya dan yang lebih aku
rasa nak pengsan apabila dia angguk dengan setiap pertanyaanku. Aku pusingkan
badan untuk turun semula. Tapi pantas dia tarik tanganku.
“Apa
yang awak fikirkan?”
“Mak
saya suruh jaga maruah keluarga. Kalau encik fikir boleh beli maruah saya
dengan belikan barang-barang mahal macam ni, saya minta maaf. Encik salah
orang. Saya sanggup hidup susah dari dibela oleh orang kaya macam encik.”
“Otak
jangan kuning sangat. Awak ingat saya ni gersang? Setakat muka macam awak ni, bersepah kat
Puduraya.”
“Saya
takut sebab muka saya ni special dan tak bersepah. Lahir dari rasa cinta yang
murni dari mak dan ayah saya yang menitik-beratkan adat dan sopan serta menjaga
maruah keluarga.”
Dia
angkat tangan - Talk to my hand.
“Masuk
cepat, siap atau kita akan terlewat. Ambil baju awak,” dia menghulurkan dress yang diusung dari tadi bersama
suit itu.
“Saya
takkan masuk kalau encik masuk sekali.”
“Oh
tolonglah. Kita takkan ke mana-mana kalau ikut perangai awak ni,” dia terus
masuk ke dalam kondo dengan menarik tanganku.
“Guna
bilik sana tu. Ada towel kalau nak
mandi atau nak tukar roti kering. Jaga make
up dan rambut, jangan sampai basah. Kunci pintu tu kalau takut saya masuk.
Jangan kotorkan cadar dan bilik tetamu.”
Arghhhhh
bosannya dengan arahan Mr Boss ni.
Arahan, arahan dan arahan lagi. Dia memang ditakdirkan menjadi boss dengan berkelakuan begini.
Aku
masuk ke dalam bilik itu dengan rasa sebal. Kenapalah boleh terjebak dengan
orang yang macam ni? Dahlah merosakkan hari cutiku. Sekarang sarat dengan
arahannya pula. Aku menghenyakkan diri di atas katil empuk yang kemas dan rapi.
Keluarkan telefon bimbit dan ambil 2-3 keping gambar sendiri. Cantiklah
kononnya. Masuk ke bilik mandi dan bersiram ala-ala kadar. Make up dan rambut jangan sampai basah. Yeah... yeah... Aku ajuk
semula kata-katanya. Dah siap semuanya. Time
untuk sarung dress Cinderella. Dress berwarna crystal blue dan mata aku pun dah bertukar biru. Semuanya biru.
Tema biru atau fairytale kot. Aku berpusing-pusing di hadapan cermin.
Terpesona dengan kain yang mula mengembang. Terawang-awang seperti Cinderella sedang manari dengan putera raja. Oh parahnya
aku dengan imaginasi melampau ini. Pintu bilik diketuk dan imaginasiku pecah
berderaian.
“Berapa
lama nak betapa dalam bilik tu? Keluar sekarang.”
Aku
masukkan semua barang dalam beg dan keluar dari bilik.
“Kasut
mana?”
Aku
tunjuk pada beg kertas yang aku jinjit.
“Pakai
terus.”
Terbongkok-bongkok
aku berusaha memakai kasut yang maha tinggi itu.
“Kenapa
siksa diri. Duduk kat sofa sana.”
Aku
akur. Baru sahaja melabuhkan punggung, kakiku ditarik. Dengan tindakkan refleks
aku tertendang dadanya.
“Aduh...
Awak ni kenapa?” dia mengurut-urut dadanya yang barangkali kesakitan dengan
tendangan ku itu.
“Encik
Hezree kenapa pula pegang-pegang kaki saya?”
“Saya
nak tolong sarungkan kasut ni pada kaki awaklah.”
Dah
betul-betul macam cerita Cinderella
ni. Nak sarungkan kasut bagai. Bersangka baik. Dia bukan putera raja pun.
“Saya
boleh buat sendiri.”
“Duduk
diam-diam dan hulurkan kaki gemuk awak. Perempuan normal pakai kasut bersaiz 6
atau 7. Budak kecil macam awak ni sepatutnya pakai saiz 4 atau 5.”
Kaki
gemuk? Normallah saiz 7 untuk menampung berat badan. Tak adalah sakit lutut
nanti. Aku berdiri untuk menyesuaikan kasut dengan kaki. Tiba-tiba dia memicit
semburan yang entah apa kepadaku. Aku terbersin. Wangi sangat. Aku tak biasa
guna perfume mahal. Semua wangian
yang kubeli sebelum ini hanyalah di bawah RM20 sahaja.
“Nina
Ricci L’Extase. Liberate your fantasies.
Sesuai untuk awak.”
Aku
bersin lagi selepas itu lalu terus berjalan ke arah pintu untuk keluar. Tak
mahu lama-lama berdua-duaan dengannya. Ada makhluk lain yang akan berbisik
nanti.
“Nanti.”
Kan
aku dah kata, ada makhluk lain yang akan berbisik. Langkahku terhenti tapi tak
berani memandang ke arah belakang. Aku pejamkan mata. Rasa seperti ada yang
merayap di dada kemudian di tengkuk. Meremang bulu romaku. Aku buka mata
perlahan-lahan. Rantai dengan loket berbentuk Channel cantik terletak di
leherku. Dia membetulkan rambutku. Terasa muka membahang panas menahan malu
atau segan yang menyelubungi diri.
“Perfect. Shell we?”
Dia
kembangkan tangan untuk aku paut. Sorry
tak layan. Tak payah nak barat sangat. Aku boleh jalan sendiri. Dengan handbag, beg plastik berisi baju yang
kupakai tadi dan menjinjit kasut tiga inci, nampak seperti minah kepoh yang
balik dari pasar. Tapi aku memang tak ada masa untuk peduli semua itu. Aku
letakkan semuanya di tempat duduk belakang kereta kecuali handbag.
“Kejap
lagi tak payah bawa beg bowling ni. Bawa I.C dan handphone awak saja. Biar saya pegangkan.”
“Eh
tak payah susah-susah encik. Saya boleh bawa sendiri.”
“Saya
bukannya nak sangat bawakan barang-barang awak. Tapi nampak pelik sangat dengan
dress cantik bawa beg besar. Lagi pun
saya bawa clutch. Boleh saya
simpankan.”
Zaman
sekarang lelaki yang sibuk nak bertas tangan pula. Barang apa yang banyak sangat dia bawa? Handphone nak bagi pada orang pegangkan?
Oh tidak mungkin. Itu adalah nyawa dan jantungku. Hak peribadi yang tak boleh
diselongkar oleh sesiapa.
“Sentiasa
ada di sisi saya. Jangan hilang dari pandangan saya. Awak adalah tanggungjawab
saya untuk hari ini. Bagi handphone
awak dan I.C.”
“Tak
apalah encik. Saya tak boleh hidup tanpa handphone.
Saya nak pegang sendiri. Lagipun encik nak bawa rocker kan.”
“Tak
payah degil. Rocker dah dihantar oleh
driver.”
Bila
driver dia datang? Dia ada driver ke? Tak pernah pun nampak dia
datang dengan driver.
“Tak
boleh. Kalau ada kecemasan ke dan handphone
ada kat encik macam mana?” bidasku.
“Degil,
kepala batu.”
Dia
keluar dari kereta dan menarikku keluar. Handphoneku
dirampas kasar.
“Rule Number One. Yang ni saya pegang
dulu.”
Muka
aku dah macam cuka getah dengan perangai makhluk Allah yang seorang ni.
Kenapalah aku terjebak dengan dia?
“Tolong
maniskan muka. Kita bukan pergi majlis kematian.”
Dengan
sebalnya aku cuba memaniskan muka. Benci aku dengan senyuman plastik yang
benar-benar tidak ikhlas ini.
Meriah
sungguh majlis orang kaya. Banyak kereta besar di bahu jalan. Manusia
berpakaian cantik pelbagai warna dan wangi-wangi belaka. Macam nilah kehidupan
orang-orang kaya ya. Bisik hatiku apabila sampai di sebuah banglo mewah.
“Paut
lengan saya.”
Ha?
Aku pandang wajah lelaki di sebelah aku ini. Sorry sikit nak pegang-pegang. Ingat aku ni isteri dia ke?
“Tolong
jaga air muka saya atau pun awak nak hilang dalam lautan manusia di dalam sana
dan handphone awak ada pada saya?”
Arahan berserta ugutan pula yang diberikan apabila melihat keengganan aku
mengikut perintahnya.
Aku
paut lengannya dengan penuh rasa meluat dan terpaksa. Cepatlah malam ini
berakhir. Dan selepas ini aku tak akan tegur dia lagi. Kalau boleh aku akan
hindarkan diri dari berjumpa dengannya. Hezree mengenalkan aku dengan
rakan-rakannya. Yang lelaki memberikan senyuman nakal dan yang perempuan
melemparkan senyuman sinis dan palsu.
“Hi darl, new collection?” tegur seorang
perempuan yang berpakaian seperi tidak cukup kain. Melihat air mukanya sahaja
aku sudah tahu dia tidak berpuas hati aku sedang berkepit dengan lelaki ini.
Hezree buat tak layan dan aku ditarik ke tempat lain.
“Rimaslah.
Boleh tak jangan tarik saya ke kiri ke kanan? Lepaskan saya sekejap. Saya nak
ambil air,” tanpa melihat ke arah wajahnya aku menuju ke arah hidangan air.
Ketika tangan aku baru mencapai gelas, aku disapa oleh seseorang.
“Sorang?”
Aku
pandang kiri dan kanan. Salah orang kot lelaki ni. Takkan bercakap dengan aku?
Buat muka tak beriak dan aku terus pergi.
“I tengah cari teman berborak. Itu pun
kalau you sudi temankan I,” lelaki itu mengekoriku.
“Oh
encik bercakap dengan saya ke tadi? Sorry
tak perasan.”
“Johan,”
dia menghulurkan tangannya.
Aku
melihat pada tangan yang dihulurkannya. Aku tak biasa bersalaman dengan lelaki.
Inilah benda yang selalu aku elakkan.
“Nina,”
jawabku. Cepat tanganku menyambar makanan yang dibawa oleh pelayan. Sekarang
kedua-dua belah tanganku dipenuhi makanan dan minuman. Maksudnya aku tak perlu bersalaman dengannya.
Idea spontan yang bijak.
“You datang dengan siapa?”
“Saya
datang dengan...”
“Sayang,
penat I cari you. Your dad call I tadi.
Bincang tentang hal pertunangan kita,” Hezree datang merangkul pinggangku.
Sayang?
Tunang? I you? Kena sampuk dengan
jembalang ke atau dia ada minum kencing syaitan? Aku nampak memang air itu
turut disediakan.
“Hai
Johan, tak sangka jumpa kat sini. Kenalkan my
lovely girlfriend Amanina. Kita orang dah nak bertunang tak lama lagi.
Sayang, ni kawan lama I masa kat uni
dulu, Johan.”
Aku
anggukkan kepala sahaja. Hezree menarik aku ke tempat yang lebih lengang dari
keriuhan manusia.
“Jangan
nak ikut orang sesuka hati. Awak tak kenal sesiapa di sini. Duduk kat sini
diam-diam. Jangan pergi mana-mana. Saya nak pergi wash room.”
Dia
dah kembali waras. Syukurlah jin di dalam badannya sudah keluar. Aku melabuhkan
punggung ke atas sofa yang tak berpenghuni. Macam orang bodah pun ada. Nak
belek handphone tapi handphone kat dia pula. Aku nampak
seorang budak perempuan dalam lingkungan lima atau enam tahun datang
tersengeh-sengeh menghampiriku dengan rambut ditocang dua. Comelnya dia dengan
gaun kembang.
“Auntie cantik. Macam Cinderella. Macam mama Nia. Nia suka
tengok Cinderella. Kasut auntie pun macam Cinderella.”
Aku
senyum dengan keletah anak kecil ini. Tanganku ditarik olehnya.
“Auntie berdiri, pusing-pusinglah. Nia
nak tengok kain auntie kembang.”
Aku
turutkan juga kehendak anak ini. Dia tersenyum riang.
“Mana
mama dan papa Nia?”
Nia
menuding jari ke arah sepasang suami isteri dengan pakaian sedondon bersama
seorang bayi lelaki. Mereka sedang beramah-mesra dengan tetamu. Anak tuan rumah
rupa-rupanya Nia ni.
“Kenapa
Nia tak ikut mama dan papa?”
“Itu
papa dan mummy Nia. Bising kat sana.
Nia tak suka. Jom kita pergi playground
kat luar. Nia tak suka bising.”
Aku
dipimpin Nia ke arah belakang banglo yang menempatkan taman permainan yang
ringkas dan ada buaian yang digantung pada sebatang pokok. Nia duduk di atas
buaian itu dan aku mula mengayun perlahan.
“Dulu
Nia naik buai sama-sama dengan mama. Auntie
duduklah sini dengan Nia. Kita main sama-sama.”
Sayu
pula aku mendengar rayuan anak ini. Mungkin mummy
yang ditunjukannya tadi adalah ibu tiri Nia. Anak kecil ini merindui mamanya.
Kami mula berayun perlahan. Terasa seperti Latifah Omar sedang duduk di atas
buai sambil menyanyi lagu laju-laju buaiku laju dalam filem Bawang Putih Bawang
Merah.
“Mama
Nia mana?”
“Papa
kata mama Nia dah jadi bidadari. Dia selalu tengok Nia dari langit. Kalau Nia
nak jumpa dia, Nia kena jadi good girl.”
Rasa
nak menitis air mata mendengar sesuatu yang tulus dari seorang anak kecil yang
suci. Aku mengusap-usap kepala Nia. Lama-lama dia terlena dipangkuanku. Angin
malam yang sepoi-sepoi bahasa sungguh menenangkan tanpa bunyi bising dan
manusia-manusia yang hipokrit di dalam sana. Janganlah aku diheret ke dalam
kehidupan yang penuh kepura-puraan seperti mereka. Dari senyuman yang mereka
lemparkan, aku tahu itu semua tidak ikhlas. Berapa lama aku harus berda di
sini? Nanti Nia selsema pula berembun di tengah malam begini. Aku mendukung Nia
untuk dibawa masuk. Kepalanya terlentok dibahuku. Tangannya kuat memeluk
leherku. Sedang aku berjalan untuk masuk ke dalam banglo itu dengan tumit kasut
yang asyik terbenam di padang rumput ini, sosok tubuh Hezree memandang aku dari
kejauhan. Aku buat tak nampak dan terus mendukung Nia.
“Kan
saya dah cakap jangan pergi mana-mana. Susah bercakap dengan orang degil ni.
Anak siapa pula yang awak bawa?”
“Anak
tuan rumah. Encik boleh tak jangan bising? Nanti Nia terjaga. Saya terpaksa
mendukung anak kecil dengan memakai high
heel yang menyiksakan ni dengan penuh susah-payah. Tolong saya bawa Nia
kepada keluarga dia,” sekarang aku pula yang memberi arahan.
Hezree
jalan beriringan denganku dan membawa aku berjumpa dengan tuan rumah.
“Lan,
anak kau tertidur kat girlfriend
aku,” sapa Hezree pada pemuda yang bernama Lan itu.
“Alahai
Nia, penat sangat ni sampai tertidur. Bie,
ambilkan Nia tu. Kesian kawan Hez kana dukung dia,” kata mummy Nia yang aku tak tahu namanya.
Aku
serahkan Nia kepada Lan. Kuat betul pelukan Nia pada leherku. Rasa macam nak
terteleng kepala ni apabila dia tak mahu lepaskan tangannya. Aku berbisik
sesuatu kepada Nia kemudian aku cium ubun-ubunnya. Barulah Nia melepaskan
tangannya perlahan-lahan.
“Kau
tak nak kenalkan kawan kau pada kami ke?” tanya mummy Nia.
“Ni
Amanina, my lovely girlfriend. Sayang, ni Lan and his wife,
Nita.” Kami bersalaman.
“Wow
good news. Eloklah tu, jangan tutup
pintu hati tu lama-lama,” kata Nita.
Aku
tidak selesa dengan cara aku diperkenalkan pada kawan-kawannya. Sejak bila kami
declare? Nilah baru pertama kali aku
keluar dengan dia tiba-tiba pula dah jadi girlfriend.
Peristiwa di Jusco Wangsa Maju tidak dikira sebab itu kami berjumpa secara tak
sengaja. Sewel tahap gaban dia ni.
“Dah
lama kenal Hezree? tanya Nita apabila Hezree dan Lan menjauhi kami. Entah apa
yang diborak sampai tergelak-gelak besar. Tapi aku rasa aku adalah topik utama
mereka.
“Baru
enam bulan,” jawabku. Betullah aku bekerja di bawah syarikat keluarganya baru
enam bulan. Selama itu jugalah aku kenal dengannya.
“Ada
perancangan nak kahwin?”
Aku
terkasima dengan pertanyaan itu. Tak tahu nak jawab apa. Kalau cakap ya, nampak
seperti betul-betul aku sukakan dia. Kalau cakap tak, mesti Nita fikir aku
berkawan dengan Hezree kerana ingin mengikis harta Hezree saja.
“Jangan
tunggu lam-lama. Kita ni kalau dah dapat lelaki yang boleh menjamin masa depan,
cepat-cepat ikat. Jangan bagi dia lari. Ramai perempuan yang nak ngap boyfriend you tu.”
“Ikat?
Maksud Cik Nita?”
Dia
senyum sinis. “Macam I, I ikat Lan
dengan anak.”
Muka
yang agak terkejut cuba aku sorokkan. Aku rasa aku faham apa yang ingin
disampaikan. Tapi takut pula aku yang salah anggap.
“Sayang
jom balik. I janji dengan ayah you nak hantar before mid night,” Hezree menarik pinggangku.
Sebelum
pulang sekali lagi Nita membisik kepadaku ‘ikat dia’. Nak tergelak pun ada.
Tapi aku tahan. Orang macam ni tak perlu diikat. Kalau terlepas, dia boleh
menjadi rasaksa paling ganas dan mengerikan.
Keluar
sahaja dari banglo mewah itu cepat-cepat aku menjauhkan diri dari dia. Lemas
dengan tangannya sentiasa melingkar di pinggangku. Dia dengan gentlemannya membukakan pintu kereta
untukku.
“Welcome,” katanya bila aku tidak
mengucapkan terima kasih atas sikapnya yang ala-ala budiman itu.
Kereta
BMW kepunyaan Hezree mula meninggalkan banglo mewah yang padat dengan manusia
yang pelbagai jenis.
“So macam mana?” Hezree memulakan bicara.
“Apa?”
“Event tadi.”
“Oh
memang sesuai untuk encik.”
“Maksud?”
“Sesuai
untuk golongan kaya macam encik yang
penuh hipokrit dan sosial dan begitu banyak pembaziran. Tolong jangan bawa saya
lagi ke majlis yang macam ni. Sekarang bagi balik handphone dan I.C saya.”
“Nak
kalut kenapa? Dah sampai nanti saya bagilah. Alamat I.C dan rumah sama kan?”
tanyanya
“Sama.
Kenapa?”
“Saya
hantar awak terus ke rumah.”
“Tak
payah, saya boleh balik sendiri.”
“Sekali
lagi saya ingatkan yang awak ni bukan superhero.
Dahlah park kereta kat basement. Awak nak ke sana dengan
berpakaian yang macam ni? Kalau ada yang culik, apa saya nak jawab kat mak ayah
awak?”
“Kereta
saya macam mana?”
“Esok
saya datang ambil awak kat rumah puluk 12. Kita lunch sekali.”
Tolonglah.
Tak jemu ke tengok muka ni hari-hari? Aku pun ada lifelah Encik Hezree. Ini memang tak boleh dibiarkan. Aku harus
bertindak bijak!
“Apa
yang awak bisikkan pada Nia sehingga dia lepaskan leher awak?”
“Saya
cakap pada dia kalau dia lepaskan leher saya, mama dia akan datang dalam mimpi
hari ni.”
“Jadi
awak tahu yang Nita bukan ibu kandung Nia?”
Aku
angguk. Selepas itu aku diam menikmati halwa telinga tanpa menghiraukan Hezrree
sehingga sampai di depan pintu pagar rumah.
“Macam
mana tahu rumah saya?” tanyaku apabila Hezree memberhentikan kereta.
“Wangsa
Maju ni kawasan saya. Setiap lorong saya tahu.”
Malas
nak layan orang yang sombong dan bongkak.
“Handphone dan I.C saya,” aku hulurkan
tangan.
“Umur
dah 24 tahun tapi masih guna I.C lama. Muka budak hingusan habis. Handphone ni orang dah tak pakai. Kalau
sedekah pada pencuri pun diaorang tak mahu.”
Whatever.
Aku angkat tangan dengan muka meluat.
“Berapa
encik nak bayar OT saya? Nak saya claim
kat department saya atau department hartanah?” aku berkerja sudah
lebih 13 jam.
“I'll pay you cash.”
Dia
mengeluarkan not 50 sebanyak enam keping.
“Cukup?”
tanyanya.
“Oh
cukuplah saya nak bayar duit kereta bulan ni. Nanti lepas saya hantar gaun ni pergi dry cleaning, saya akan pulangkan pada encik dengan kasut ni
sekali,” aku dah mengangkut barang-barangku.
“Anggap
saja saya sedekah pada awak. Goodnight my
lovely girlfriend.”
Dia
terus menderum laju. Panas rasa muka ni. Panas sebab dia kata perkataan
sedekah. Aku bukanlah miskin sangat sehinggakan dia perlu memberi sedekah
padaku. Ini satu penghinaan yang dahsyat. Lagi panas bila dia kata My Lovely Girlfriend. Panas sebab marah
atau panas sebab malu? Tolonglah sedar diri Nina. Itu bahasa biasa orang kaya,
tak perlu simpan sampai ke hati.
best 3x.
BalasPadamTq baby mio
BalasPadamEeee geram plak ngn hezree ni...pandai ambil kesempatan
BalasPadamRule No 1... Kalau salah tengok Rule No 2..hihi
Padamjgn geram2...
Best sgt..sgt..sgt!nextttttt!😜
BalasPadamtenciu..tenciuuu
PadamBest sgt..sgt..sgt!nextttttt!😜
BalasPadamBest sgt..sgt..sgt!nextttttt!😜
BalasPadamBest saya mesti dapatkan versi cetak nanti.
BalasPadamTq...arigato
PadamAla...dh abis le pulak....
BalasPadamTgu n3 seterusnyer yer
PadamAla...dh abis la pulak
BalasPadambest.... nak lagi
BalasPadamTq
PadamSis..interesting cerita ni.. heeee..novel keluar bila ni?
BalasPadamTq sis.. Tgh tgu green light dari IKP..
PadamSis..interesting cerita ni.. heeee..novel keluar bila ni?
BalasPadammemang best..
BalasPadamtq..tq
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padam