Ahad, 13 September 2015

RULE NOMBOR 1

BAB 6



Kami sampai di sebuah kondo. Hezree menekan nombor sembilan belas. Amboi tingginya rumah. Tak gayat ke? Tapi yang peliknya kenapa kondo ni sunyi?

“Macam tak ada orang aja. Ni event apa sebenarnya?” aku yang kehairanan terus bertanya.

“Memanglah tak ada orang. Ni kondo saya. Kita tukar baju kat sini.”

“Ha? Kita? Berdua?” Bulat mataku terkejut dengan kata-katanya dan yang lebih aku rasa nak pengsan apabila dia angguk dengan setiap pertanyaanku. Aku pusingkan badan untuk turun semula. Tapi pantas dia tarik tanganku.

“Apa yang awak fikirkan?”

“Mak saya suruh jaga maruah keluarga. Kalau encik fikir boleh beli maruah saya dengan belikan barang-barang mahal macam ni, saya minta maaf. Encik salah orang. Saya sanggup hidup susah dari dibela oleh orang kaya macam encik.”

“Otak jangan kuning sangat. Awak ingat saya ni gersang?  Setakat muka macam awak ni, bersepah kat Puduraya.”

“Saya takut sebab muka saya ni special  dan tak bersepah. Lahir dari rasa cinta yang murni dari mak dan ayah saya yang menitik-beratkan adat dan sopan serta menjaga maruah keluarga.”

Dia angkat tangan - Talk to my hand.

“Masuk cepat, siap atau kita akan terlewat. Ambil baju awak,” dia menghulurkan dress yang diusung dari tadi bersama suit itu.

“Saya takkan masuk kalau encik masuk sekali.”

“Oh tolonglah. Kita takkan ke mana-mana kalau ikut perangai awak ni,” dia terus masuk ke dalam kondo dengan menarik tanganku.

“Guna bilik sana tu. Ada towel kalau nak mandi atau nak tukar roti kering. Jaga make up dan rambut, jangan sampai basah. Kunci pintu tu kalau takut saya masuk. Jangan kotorkan cadar dan bilik tetamu.”

Arghhhhh bosannya dengan arahan Mr Boss ni. Arahan, arahan dan arahan lagi. Dia memang ditakdirkan menjadi boss dengan berkelakuan begini.

Aku masuk ke dalam bilik itu dengan rasa sebal. Kenapalah boleh terjebak dengan orang yang macam ni? Dahlah merosakkan hari cutiku. Sekarang sarat dengan arahannya pula. Aku menghenyakkan diri di atas katil empuk yang kemas dan rapi. Keluarkan telefon bimbit dan ambil 2-3 keping gambar sendiri. Cantiklah kononnya. Masuk ke bilik mandi dan bersiram ala-ala kadar. Make up dan rambut jangan sampai basah. Yeah... yeah... Aku ajuk semula kata-katanya. Dah siap semuanya. Time untuk sarung dress Cinderella. Dress berwarna crystal blue dan mata aku pun dah bertukar biru. Semuanya biru. Tema biru atau fairytale  kot. Aku berpusing-pusing di hadapan cermin. Terpesona dengan kain yang mula mengembang. Terawang-awang seperti Cinderella  sedang manari dengan putera raja. Oh parahnya aku dengan imaginasi melampau ini. Pintu bilik diketuk dan imaginasiku pecah berderaian.

“Berapa lama nak betapa dalam bilik tu? Keluar sekarang.”

Aku masukkan semua barang dalam beg dan keluar dari bilik.

“Kasut mana?”

Aku tunjuk pada beg kertas yang aku jinjit.

“Pakai terus.”

Terbongkok-bongkok aku berusaha memakai kasut yang maha tinggi itu.

“Kenapa siksa diri. Duduk kat sofa sana.”

Aku akur. Baru sahaja melabuhkan punggung, kakiku ditarik. Dengan tindakkan refleks aku tertendang dadanya.

“Aduh... Awak ni kenapa?” dia mengurut-urut dadanya yang barangkali kesakitan dengan tendangan ku itu.

“Encik Hezree kenapa pula pegang-pegang kaki saya?”

“Saya nak tolong sarungkan kasut ni pada kaki awaklah.”

Dah betul-betul macam cerita Cinderella ni. Nak sarungkan kasut bagai. Bersangka baik. Dia bukan putera raja pun.

“Saya boleh buat sendiri.”

“Duduk diam-diam dan hulurkan kaki gemuk awak. Perempuan normal pakai kasut bersaiz 6 atau 7. Budak kecil macam awak ni sepatutnya pakai saiz 4 atau 5.”

Kaki gemuk? Normallah saiz 7 untuk menampung berat badan. Tak adalah sakit lutut nanti. Aku berdiri untuk menyesuaikan kasut dengan kaki. Tiba-tiba dia memicit semburan yang entah apa kepadaku. Aku terbersin. Wangi sangat. Aku tak biasa guna perfume mahal. Semua wangian yang kubeli sebelum ini hanyalah di bawah RM20 sahaja.

“Nina Ricci L’Extase. Liberate your fantasies. Sesuai untuk awak.”

Aku bersin lagi selepas itu lalu terus berjalan ke arah pintu untuk keluar. Tak mahu lama-lama berdua-duaan dengannya. Ada makhluk lain yang akan berbisik nanti.

“Nanti.”

Kan aku dah kata, ada makhluk lain yang akan berbisik. Langkahku terhenti tapi tak berani memandang ke arah belakang. Aku pejamkan mata. Rasa seperti ada yang merayap di dada kemudian di tengkuk. Meremang bulu romaku. Aku buka mata perlahan-lahan. Rantai dengan loket berbentuk Channel cantik terletak di leherku. Dia membetulkan rambutku. Terasa muka membahang panas menahan malu atau segan yang menyelubungi diri.

Perfect. Shell we?”

Dia kembangkan tangan untuk aku paut. Sorry tak layan. Tak payah nak barat sangat. Aku boleh jalan sendiri. Dengan handbag, beg plastik berisi baju yang kupakai tadi dan menjinjit kasut tiga inci, nampak seperti minah kepoh yang balik dari pasar. Tapi aku memang tak ada masa untuk peduli semua itu. Aku letakkan semuanya di tempat duduk belakang kereta kecuali handbag.

“Kejap lagi tak payah bawa beg bowling ni. Bawa I.C dan handphone awak saja. Biar saya pegangkan.”

“Eh tak payah susah-susah encik. Saya boleh bawa sendiri.”

“Saya bukannya nak sangat bawakan barang-barang awak. Tapi nampak pelik sangat dengan dress cantik bawa beg besar. Lagi pun saya bawa clutch. Boleh saya simpankan.”

Zaman sekarang lelaki yang sibuk nak bertas tangan pula.  Barang apa yang banyak sangat dia bawa? Handphone nak bagi pada orang pegangkan? Oh tidak mungkin. Itu adalah nyawa dan jantungku. Hak peribadi yang tak boleh diselongkar oleh sesiapa.

“Sentiasa ada di sisi saya. Jangan hilang dari pandangan saya. Awak adalah tanggungjawab saya untuk hari ini. Bagi handphone awak dan I.C.”

“Tak apalah encik. Saya tak boleh hidup tanpa handphone. Saya nak pegang sendiri. Lagipun encik nak bawa rocker kan.”

“Tak payah degil. Rocker dah dihantar oleh driver.”

Bila driver dia datang? Dia ada driver ke? Tak pernah pun nampak dia datang dengan driver.

“Tak boleh. Kalau ada kecemasan ke dan handphone ada kat encik macam mana?” bidasku.

“Degil, kepala batu.”

Dia keluar dari kereta dan menarikku keluar. Handphoneku dirampas kasar.

Rule Number One. Yang ni saya pegang dulu.”

Muka aku dah macam cuka getah dengan perangai makhluk Allah yang seorang ni. Kenapalah aku terjebak dengan dia?

“Tolong maniskan muka. Kita bukan pergi majlis kematian.”

Dengan sebalnya aku cuba memaniskan muka. Benci aku dengan senyuman plastik yang benar-benar tidak ikhlas ini.

Meriah sungguh majlis orang kaya. Banyak kereta besar di bahu jalan. Manusia berpakaian cantik pelbagai warna dan wangi-wangi belaka. Macam nilah kehidupan orang-orang kaya ya. Bisik hatiku apabila sampai di sebuah banglo mewah.

“Paut lengan saya.”

Ha? Aku pandang wajah lelaki di sebelah aku ini. Sorry sikit nak pegang-pegang. Ingat aku ni isteri dia ke?

“Tolong jaga air muka saya atau pun awak nak hilang dalam lautan manusia di dalam sana dan handphone awak ada pada saya?” Arahan berserta ugutan pula yang diberikan apabila melihat keengganan aku mengikut perintahnya.

Aku paut lengannya dengan penuh rasa meluat dan terpaksa. Cepatlah malam ini berakhir. Dan selepas ini aku tak akan tegur dia lagi. Kalau boleh aku akan hindarkan diri dari berjumpa dengannya. Hezree mengenalkan aku dengan rakan-rakannya. Yang lelaki memberikan senyuman nakal dan yang perempuan melemparkan senyuman sinis dan palsu.

Hi darl, new collection?” tegur seorang perempuan yang berpakaian seperi tidak cukup kain. Melihat air mukanya sahaja aku sudah tahu dia tidak berpuas hati aku sedang berkepit dengan lelaki ini. Hezree buat tak layan dan aku ditarik ke tempat lain.

“Rimaslah. Boleh tak jangan tarik saya ke kiri ke kanan? Lepaskan saya sekejap. Saya nak ambil air,” tanpa melihat ke arah wajahnya aku menuju ke arah hidangan air. Ketika tangan aku baru mencapai gelas, aku disapa oleh seseorang.

“Sorang?”

Aku pandang kiri dan kanan. Salah orang kot lelaki ni. Takkan bercakap dengan aku? Buat muka tak beriak dan aku terus pergi.

I tengah cari teman berborak. Itu pun kalau you sudi temankan I,” lelaki itu mengekoriku.

“Oh encik bercakap dengan saya ke tadi? Sorry tak perasan.”

“Johan,” dia menghulurkan tangannya.

Aku melihat pada tangan yang dihulurkannya. Aku tak biasa bersalaman dengan lelaki. Inilah benda yang selalu aku elakkan.

“Nina,” jawabku. Cepat tanganku menyambar makanan yang dibawa oleh pelayan. Sekarang kedua-dua belah tanganku dipenuhi makanan dan minuman.  Maksudnya aku tak perlu bersalaman dengannya. Idea spontan yang bijak.

You datang dengan siapa?”

“Saya datang dengan...”

“Sayang, penat I cari you. Your dad call I tadi. Bincang tentang hal pertunangan kita,” Hezree datang merangkul pinggangku.

Sayang? Tunang? I you? Kena sampuk dengan jembalang ke atau dia ada minum kencing syaitan? Aku nampak memang air itu turut disediakan.

“Hai Johan, tak sangka jumpa kat sini. Kenalkan my lovely girlfriend Amanina. Kita orang dah nak bertunang tak lama lagi. Sayang, ni kawan lama I masa kat uni dulu, Johan.”

Aku anggukkan kepala sahaja. Hezree menarik aku ke tempat yang lebih lengang dari keriuhan manusia.

“Jangan nak ikut orang sesuka hati. Awak tak kenal sesiapa di sini. Duduk kat sini diam-diam. Jangan pergi mana-mana. Saya nak pergi wash room.”

Dia dah kembali waras. Syukurlah jin di dalam badannya sudah keluar. Aku melabuhkan punggung ke atas sofa yang tak berpenghuni. Macam orang bodah pun ada. Nak belek handphone tapi handphone kat dia pula. Aku nampak seorang budak perempuan dalam lingkungan lima atau enam tahun datang tersengeh-sengeh menghampiriku dengan rambut ditocang dua. Comelnya dia dengan gaun kembang.

Auntie cantik. Macam Cinderella. Macam mama Nia. Nia suka tengok Cinderella. Kasut auntie pun macam Cinderella.”

Aku senyum dengan keletah anak kecil ini. Tanganku ditarik olehnya.

Auntie berdiri, pusing-pusinglah. Nia nak tengok kain auntie kembang.”

Aku turutkan juga kehendak anak ini. Dia tersenyum riang.

“Mana mama dan papa Nia?”

Nia menuding jari ke arah sepasang suami isteri dengan pakaian sedondon bersama seorang bayi lelaki. Mereka sedang beramah-mesra dengan tetamu. Anak tuan rumah rupa-rupanya Nia ni.

“Kenapa Nia tak ikut mama dan papa?”

“Itu papa dan mummy Nia. Bising kat sana. Nia tak suka. Jom kita pergi playground kat luar. Nia tak suka bising.”

Aku dipimpin Nia ke arah belakang banglo yang menempatkan taman permainan yang ringkas dan ada buaian yang digantung pada sebatang pokok. Nia duduk di atas buaian itu dan aku mula mengayun perlahan.

“Dulu Nia naik buai sama-sama dengan mama. Auntie duduklah sini dengan Nia. Kita main sama-sama.”

Sayu pula aku mendengar rayuan anak ini. Mungkin mummy yang ditunjukannya tadi adalah ibu tiri Nia. Anak kecil ini merindui mamanya. Kami mula berayun perlahan. Terasa seperti Latifah Omar sedang duduk di atas buai sambil menyanyi lagu laju-laju buaiku laju dalam filem Bawang Putih Bawang Merah.

“Mama Nia mana?”

“Papa kata mama Nia dah jadi bidadari. Dia selalu tengok Nia dari langit. Kalau Nia nak jumpa dia, Nia kena jadi good girl.”

Rasa nak menitis air mata mendengar sesuatu yang tulus dari seorang anak kecil yang suci. Aku mengusap-usap kepala Nia. Lama-lama dia terlena dipangkuanku. Angin malam yang sepoi-sepoi bahasa sungguh menenangkan tanpa bunyi bising dan manusia-manusia yang hipokrit di dalam sana. Janganlah aku diheret ke dalam kehidupan yang penuh kepura-puraan seperti mereka. Dari senyuman yang mereka lemparkan, aku tahu itu semua tidak ikhlas. Berapa lama aku harus berda di sini? Nanti Nia selsema pula berembun di tengah malam begini. Aku mendukung Nia untuk dibawa masuk. Kepalanya terlentok dibahuku. Tangannya kuat memeluk leherku. Sedang aku berjalan untuk masuk ke dalam banglo itu dengan tumit kasut yang asyik terbenam di padang rumput ini, sosok tubuh Hezree memandang aku dari kejauhan. Aku buat tak nampak dan terus mendukung Nia.

“Kan saya dah cakap jangan pergi mana-mana. Susah bercakap dengan orang degil ni. Anak siapa pula yang awak bawa?”

“Anak tuan rumah. Encik boleh tak jangan bising? Nanti Nia terjaga. Saya terpaksa mendukung anak kecil dengan memakai high heel yang menyiksakan ni dengan penuh susah-payah. Tolong saya bawa Nia kepada keluarga dia,” sekarang aku pula yang memberi arahan.

Hezree jalan beriringan denganku dan membawa aku berjumpa dengan tuan rumah.

“Lan, anak kau tertidur kat girlfriend aku,” sapa Hezree pada pemuda yang bernama Lan itu.

“Alahai Nia, penat sangat ni sampai tertidur. Bie, ambilkan Nia tu. Kesian kawan Hez kana dukung dia,” kata mummy Nia yang aku tak tahu namanya.

Aku serahkan Nia kepada Lan. Kuat betul pelukan Nia pada leherku. Rasa macam nak terteleng kepala ni apabila dia tak mahu lepaskan tangannya. Aku berbisik sesuatu kepada Nia kemudian aku cium ubun-ubunnya. Barulah Nia melepaskan tangannya perlahan-lahan.

“Kau tak nak kenalkan kawan kau pada kami ke?” tanya mummy Nia.

“Ni Amanina, my lovely girlfriend. Sayang, ni Lan and his wife, Nita.” Kami bersalaman.

“Wow good news. Eloklah tu, jangan tutup pintu hati tu lama-lama,” kata Nita.

Aku tidak selesa dengan cara aku diperkenalkan pada kawan-kawannya. Sejak bila kami declare? Nilah baru pertama kali aku keluar dengan dia tiba-tiba pula dah jadi girlfriend. Peristiwa di Jusco Wangsa Maju tidak dikira sebab itu kami berjumpa secara tak sengaja. Sewel tahap gaban dia ni.

“Dah lama kenal Hezree? tanya Nita apabila Hezree dan Lan menjauhi kami. Entah apa yang diborak sampai tergelak-gelak besar. Tapi aku rasa aku adalah topik utama mereka.

“Baru enam bulan,” jawabku. Betullah aku bekerja di bawah syarikat keluarganya baru enam bulan. Selama itu jugalah aku kenal dengannya.

“Ada perancangan nak kahwin?”

Aku terkasima dengan pertanyaan itu. Tak tahu nak jawab apa. Kalau cakap ya, nampak seperti betul-betul aku sukakan dia. Kalau cakap tak, mesti Nita fikir aku berkawan dengan Hezree kerana ingin mengikis harta Hezree saja.

“Jangan tunggu lam-lama. Kita ni kalau dah dapat lelaki yang boleh menjamin masa depan, cepat-cepat ikat. Jangan bagi dia lari. Ramai perempuan yang nak ngap boyfriend you tu.”

“Ikat? Maksud Cik Nita?”

Dia senyum sinis. “Macam I, I ikat Lan dengan anak.”

Muka yang agak terkejut cuba aku sorokkan. Aku rasa aku faham apa yang ingin disampaikan. Tapi takut pula aku yang salah anggap.

“Sayang jom balik. I janji dengan ayah you nak hantar before mid night,” Hezree menarik pinggangku.

Sebelum pulang sekali lagi Nita membisik kepadaku ‘ikat dia’. Nak tergelak pun ada. Tapi aku tahan. Orang macam ni tak perlu diikat. Kalau terlepas, dia boleh menjadi rasaksa paling ganas dan mengerikan.



Keluar sahaja dari banglo mewah itu cepat-cepat aku menjauhkan diri dari dia. Lemas dengan tangannya sentiasa melingkar di pinggangku. Dia dengan gentlemannya membukakan pintu kereta untukku.

Welcome,” katanya bila aku tidak mengucapkan terima kasih atas sikapnya yang ala-ala budiman itu.

Kereta BMW kepunyaan Hezree mula meninggalkan banglo mewah yang padat dengan manusia yang pelbagai jenis.

So macam mana?” Hezree memulakan bicara.

“Apa?”

Event tadi.”

“Oh memang sesuai untuk encik.”

“Maksud?”

“Sesuai untuk golongan kaya  macam encik yang penuh hipokrit dan sosial dan begitu banyak pembaziran. Tolong jangan bawa saya lagi ke majlis yang macam ni. Sekarang bagi balik handphone dan I.C saya.”

“Nak kalut kenapa? Dah sampai nanti saya bagilah. Alamat I.C dan rumah sama kan?” tanyanya

“Sama. Kenapa?”

“Saya hantar awak terus ke rumah.”

“Tak payah, saya boleh balik sendiri.”

“Sekali lagi saya ingatkan yang awak ni bukan superhero. Dahlah park kereta kat basement. Awak nak ke sana dengan berpakaian yang macam ni? Kalau ada yang culik, apa saya nak jawab kat mak ayah awak?”

“Kereta saya macam mana?”

“Esok saya datang ambil awak kat rumah puluk 12. Kita lunch sekali.”

Tolonglah. Tak jemu ke tengok muka ni hari-hari? Aku pun ada lifelah Encik Hezree. Ini memang tak boleh dibiarkan. Aku harus bertindak bijak!

“Apa yang awak bisikkan pada Nia sehingga dia lepaskan leher awak?”

“Saya cakap pada dia kalau dia lepaskan leher saya, mama dia akan datang dalam mimpi hari ni.”

“Jadi awak tahu yang Nita bukan ibu kandung Nia?”

Aku angguk. Selepas itu aku diam menikmati halwa telinga tanpa menghiraukan Hezrree sehingga sampai di depan pintu pagar rumah.

“Macam mana tahu rumah saya?” tanyaku apabila Hezree memberhentikan kereta.

“Wangsa Maju ni kawasan saya. Setiap lorong saya tahu.”

Malas nak layan orang yang sombong dan bongkak.

Handphone dan I.C saya,” aku hulurkan tangan.

“Umur dah 24 tahun tapi masih guna I.C lama. Muka budak hingusan habis. Handphone ni orang dah tak pakai. Kalau sedekah pada pencuri pun diaorang tak mahu.”

Whatever. Aku angkat tangan dengan muka meluat.

“Berapa encik nak bayar OT saya? Nak saya claim kat department saya atau department hartanah?” aku berkerja sudah lebih 13 jam.

I'll pay you cash.”

Dia mengeluarkan not 50 sebanyak enam keping.

“Cukup?” tanyanya.

“Oh cukuplah saya nak bayar duit kereta bulan ni. Nanti lepas saya hantar gaun ni pergi dry cleaning, saya akan pulangkan pada encik dengan kasut ni sekali,” aku dah mengangkut barang-barangku.

“Anggap saja saya sedekah pada awak. Goodnight my lovely girlfriend.”

Dia terus menderum laju. Panas rasa muka ni. Panas sebab dia kata perkataan sedekah. Aku bukanlah miskin sangat sehinggakan dia perlu memberi sedekah padaku. Ini satu penghinaan yang dahsyat. Lagi panas bila dia kata My Lovely Girlfriend. Panas sebab marah atau panas sebab malu? Tolonglah sedar diri Nina. Itu bahasa biasa orang kaya, tak perlu simpan sampai ke hati.



21 ulasan:

  1. Eeee geram plak ngn hezree ni...pandai ambil kesempatan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rule No 1... Kalau salah tengok Rule No 2..hihi
      jgn geram2...

      Padam
  2. Best sgt..sgt..sgt!nextttttt!😜

    BalasPadam
  3. Best sgt..sgt..sgt!nextttttt!😜

    BalasPadam
  4. Best sgt..sgt..sgt!nextttttt!😜

    BalasPadam
  5. Best saya mesti dapatkan versi cetak nanti.

    BalasPadam
  6. Sis..interesting cerita ni.. heeee..novel keluar bila ni?

    BalasPadam
  7. Sis..interesting cerita ni.. heeee..novel keluar bila ni?

    BalasPadam