RULE NOMBOR 1
BAB 10
“Nak
makan buffet atau ala cart?” tanya Hezree apabila kami sudah sampai di hotel.
“Tak
payah tunggu client dulu?”
“Tak
ada client hari ni.”
Arghhh
dia tipu aku. Dah banyak kali dia ambil kesempatan pada aku ni. Esok lusa tak
tahulah macam mana. Harus aku mula hantar resume pada syarikat lain sebelum dia
ambil kesempatan pada aku lagi.
“Saya
bosan makan sorang-sorang. Saja nak awak temankan saya.”
“Razif
ada.”
“Dia
lelaki. Magnet tak menarik?”
Magnet
tak menarik? Apa tu? Apa-apa ajalah. Anggap sahaja aku tidak tahu apa-apa.
“Cik
Sherry ada.”
“Siapa
Sherry?”
Soalan
yang sama semasa aku sampaikan pesanan dari Sherry ketika berjumpa dengan orang
Jepun itu.
“Ala cart for two,” kata Hezree pada waiter.
Kami
dibawa ke suatu sudut meja untuk berdua yang tidak ramai orang.
“Awak
nak makan apa?”
“Saya
tak biasa makan kat hotel. Tak tahu nak makan apa.”
“Saya
pilihkan. Tak ada sesiapa yang pernah complaint
tentang pilihan saya.”
Gaya
yang cukup bongkak dan riak. Apa-apa saja asalkan bukan duit aku yang keluar.
Entah apa yang dia minta pada waiter
tu. Nak cakap pun berbelit lidah. Tunggu ajalah apa yang sampai kejap lagi.
“Anggap
ni permohonan maaf dari saya.”
Permohonan
maaf? Tapi layan aku macam nak gaduh aja dalam kereta tadi.
“We start from beginning. Hi I'm Hezree
Eirman Bin Abdul Jalil,” dia hulurkan tangannya.
“Saya
tak bersalaman dengan yang bukan muhrim. Saya Nurul Amanina Binti Hassan.
Kenapa bukan Bin Dato Seri Haji Abdul Jalil?”
“Itu
pangkat. Tak letak pun pada I.C. Apa impian awak dalam hidup ni?”
“Impian
saya tak besar mana sebab saya tahu saya hanya orang biasa saja. Saya hanya nak
senangkan mak ayah saya. Nak bawa diaorang pergi haji. Kalau tak mampu pergi
haji, pergi umrah pun tak apa. Saya tak mahu ayah kerja lagi. Cukuplah dia
bekerja besarkan kami adik-beradik selama ini. Saya nak membalas budi mereka
pula. Kalau boleh saya nak bawa diaorang jalan-jalan satu dunia. Lihat negara
orang.”
“Besar
juga impian awak tu bagi orang yang biasa. Negara mana yang paling awak nak
pergi.”
“Istanbul,
Turkey.”
“Bukan
London, Paris?”
“Itu
kota cinta, kota membeli-belah untuk orang kaya. Orang macam saya ni nak beli
tiket flight pun tak mampu, apatah
lagi nak membeli-belah. Saya bukannya manusia yang suka shopping. Cukup dengan apa yang ada. Mak ayah saya dah didik dari
kecil untuk berjimat cermat.”
Pelayan
datang membawa dua pinggan makanan dan dua gelas minuman.
“Makanlah.”
Aku
menadah tangan membaca doa makan di dalam hati. Dengan tindakan spontanku,
Hezree juga menadah tangan dan membaca doa untuk kami. Sejuk sikit rasa hati.
“Kenapa
Istanbul?”
“Saya
baca kat buku tentang kekuatan Kerajaan Uthmaniyah yang diketuai oleh Raja
Muhammad Alfatih. Saya kagum dengannya.
Sebuah kota Constantinople yang kuat
tetapi runtuh dengan kedatangannya. Dia dapat menjadikan sebuah gereja kepada
masjid. Tapi disebabkan seorang manusia bernama Mustafa Kamal yang tak tahu
mana asal usulnya, yang dicurigai keIslamannya, negara yang kuat kini tunduk
pada kezaliman Israel. Ada yang mengatakan disebab dia juga Israel dapat menakluk
Palestin. Saya juga nak menziarahi makam Amar, seorang anak Malaysia yang
dikebumikan di sana. Dan orang di sana mengatakan arwahnya Amar adalah seorang yang
syahid. Keningnya masih berpeluh ketika dia sudah dikafankan. Saya nak pergi
Aya Sofea, saya nak pergi Masjid Biru. Kalau boleh saya nak solat di sana saya
nak tengok seni bina Islam di sana.
“Awak
terlalu bersemangat. One day kita
akan pergi ke sana.”
Kenapa
kita berdua pula? Siapa yang nak pergi dengan dia? Kalau boleh aku nak pergi seorang,
lebih seronok dan dapat menghayati setiap detik.
“Apa
impian hidup Encik Hezree pulak?”
“Saya
cuma nak berkahwin dengan seorang perempuan yang saya cintai dan saya nak rasai
kehidupan di kampung.”
“Pelik.
Tu bukan impian. Bila-bila masa aja Encik Hezree boleh dapat. Orang yang encik
cinta tu pun bila-bila masa je dia nak kahwin dengan encik. Orang kat kampung
sibuk nak hidup kat bandar. Orang kat bandar nak hidup kat kampung.”
“Kat
kampung tenang. Pening duduk di Bandar ni dengan jem, bising, asap. Saya
betul-betul berharap mentua saya ada kampung.”
“Kelakarlah
encik ni. Encik beli je tanah kat kampung. Tak perlu nak tunggu kampung
mentua.”
“Suka
hati sayalah, impian saya.”
Betul
juga. Itu hanya satu impian. Kenapa aku gelakkan impian dia pula?
“Kampung
awak kat mana?”
“Wangsa
Maju.”
“Maksud
saya kampung mak ayah awak.”
“Perak.”
“Mesti
best ada kampung kan?”
“Jarang
balik. Kalau ada kenduri atau raya baru balik kampung.”
“Ada
sungai?” wajahnya seperti teruja.
“Ada.”
“Mesti
sejuk.”
“Malam-malam
sejuk sangat. Kalau ramai sepupu yang balik kampung kitaorang akan turun ke
sungai untuk jala ikan belakang rumah.”
“Bestnya sungai di belakang rumah aja.
Teringin saya nak ke sana.”
“Pergilah
cari home stay,” sambil bercakap aku
berusaha memotong tongkol jagung dengan pisau. Kalau kat rumah, aku kokak je.
“Sini.”
Aku
pandang Hezree. Tak faham apa yang sininya? Dia ambil pinggan aku lalu
mengerjakan tongkol jagung sehingga togel. Isi jagung melorot di dalam pinggan.
Oh macam tu cara nak leraikan jagung dari tongkolnya.
“Thanks.”
Selepas
itu kami makan dengan senyap. Dah tak tahu topik apa yang nak dibangkitkan
lagi.
“Encik,
dah dekat pukul 2.00. Waktu lunch dah
nak habis.”
“Apa
nak risau? Awak keluar dengan saya. Siapa berani tanya?”
Okey you are the boss.
“Ceritalah
lagi tentang kampung awak.”
“Suasana
yang paling best masa malam raya.
Biasanya kalau saya balik, sepanjang jalan masuk ke kampung orang pasang
panjut.”
“Apa
tu?”
“Pelita
buluh. Keliling rumah orang pasang pelita. Berlawan-lawan dengan rumah sebelah.
Bau asap pelita tu sedap sangat. Lepas takbir raya, orang lelaki balik dari
masjid sambil hon motor beramai-ramai.”
“Kenapa
buat macam tu, tak bising ke?”
“Saja
nak meriahkan malam raya. Malam raya kita tidur lambat. Lepas tu belum lagi
yang main meriam tin. Meriam buluh pun ada. Yang kelakar main meriam tin, baru
sekali meletup terus tin pun hancur. Kenalah cari tin lain. Tapi kalau betul
bakar, memang bergegar rumah. Yang orang tua melatah tak usah ceritalah, sampai
semput-semput melayan anak cucu. Yang penat, kami yang perempuan ni. Kena
sediakan bergelen-gelen air. Lengan pun basah dengan air sebab tak henti-henti
membasuh pinggan.”
“Bawalah
saya balik kampung awak.”
“Kenapa
pulak saya nak bawa Encik Hezree
balik kampung saya? Encik bukan sesiapa dengan saya.”
“Kalau
macam tu jadikan saya sesiapa dalam diri awak.”
Aku
telan air liur. Anggap saja ini mimpi. Bila aku sedar, tak ada apa-apa yang
berlaku. Aku confuse sebenarnya dia
ni songsang atau tak? Dari kata-kata dia tadi macam tak. Tapi perlakuannya
sebelum ni macam ya. Bunyi telefon
bimbit Hezree mematikan khayalanku.
“Kita
kena balik office sekarang. Ada ad hoc job. Awak kena tolong saya.”
alahai bestny... tq.. nak lagi
BalasPadamTq. 😊
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
PadamSikitnyaaa
BalasPadamSikitnyaaa
BalasPadamSikitnyaaa
BalasPadamNi mesti serangan dr aweks...best..nk lg boleh
BalasPadamNnt kite up lg... tungguuu
PadamMakin lm makin best..bila nk kuonye...
BalasPadamTq follow RULE NO 1... kita tunggu pengumuman IKP yer..
PadamNak lagiiiiiiiiio
BalasPadamHihi.. sabar yer..
PadamNak lagiiiiiiiiio
BalasPadamNak lagi
BalasPadamSabar yer
PadamSakitnya tu disini !!!!
BalasPadamdh high exited baca
tetida sambung .....
ok tolong sambung cepat x sabar ni
tolong la kuarkan cetak cepat
Hihi... Tq jd pembaca setia..
PadamBila versi cetak nak keluar ni? Kalau boleh sambungkan. Best!!!. Thank you.
BalasPadamTq sudi baca yer.. versi cetak soon. Kita tunggu IKP umumkan
PadamWooowwww
BalasPadamMaaflah akak baru skg shu komen ye.
Shu dah baca bab2 seblm ini.
Bole tahan impian encik boss ye,impian sama dgn impian saya nk ke Istanbul.
TQ ye baca. Best kat Istanbul. Pemandangan dia cantik.
PadamSikit sangat x puasss
BalasPadamNak lagi... hihihi
Sabar2... lepas ni bab lg panas...hihi...
PadamEee geram pulak ngn hezree ni, asyik dok buli jer...tackle la secara baik2 kalo betul dah suka
BalasPadamAda cerita di sebaliknye.. tungguuuu
PadamBab seterusnyer bile? Tak sbar nie...
BalasPadamSaya dah up sampai bab 12..happy reading yer
Padam