Khamis, 24 September 2015

RULE NOMBOR 1

BAB 10







“Nak makan buffet atau ala cart?” tanya Hezree apabila kami sudah sampai di hotel.

“Tak payah tunggu client dulu?”

“Tak ada client hari ni.”

Arghhh dia tipu aku. Dah banyak kali dia ambil kesempatan pada aku ni. Esok lusa tak tahulah macam mana. Harus aku mula hantar resume pada syarikat lain sebelum dia ambil kesempatan pada aku lagi.

“Saya bosan makan sorang-sorang. Saja nak awak temankan saya.”

“Razif ada.”

“Dia lelaki. Magnet tak menarik?”

Magnet tak menarik? Apa tu? Apa-apa ajalah. Anggap sahaja aku tidak tahu apa-apa.

“Cik Sherry ada.”

“Siapa Sherry?”

Soalan yang sama semasa aku sampaikan pesanan dari Sherry ketika berjumpa dengan orang Jepun itu.

Ala cart for two,” kata Hezree pada waiter.

Kami dibawa ke suatu sudut meja untuk berdua yang tidak ramai orang.

“Awak nak makan apa?”

“Saya tak biasa makan kat hotel. Tak tahu nak makan apa.”

“Saya pilihkan. Tak ada sesiapa yang pernah complaint tentang pilihan saya.”

Gaya yang cukup bongkak dan riak. Apa-apa saja asalkan bukan duit aku yang keluar. Entah apa yang dia minta pada waiter tu. Nak cakap pun berbelit lidah. Tunggu ajalah apa yang sampai kejap lagi.

“Anggap ni permohonan maaf dari saya.”

Permohonan maaf? Tapi layan aku macam nak gaduh aja dalam kereta tadi.

We start from beginning. Hi I'm Hezree Eirman Bin Abdul Jalil,” dia hulurkan tangannya.

“Saya tak bersalaman dengan yang bukan muhrim. Saya Nurul Amanina Binti Hassan. Kenapa bukan Bin Dato Seri Haji Abdul Jalil?”

“Itu pangkat. Tak letak pun pada I.C. Apa impian awak dalam hidup ni?”

“Impian saya tak besar mana sebab saya tahu saya hanya orang biasa saja. Saya hanya nak senangkan mak ayah saya. Nak bawa diaorang pergi haji. Kalau tak mampu pergi haji, pergi umrah pun tak apa. Saya tak mahu ayah kerja lagi. Cukuplah dia bekerja besarkan kami adik-beradik selama ini. Saya nak membalas budi mereka pula. Kalau boleh saya nak bawa diaorang jalan-jalan satu dunia. Lihat negara orang.”

“Besar juga impian awak tu bagi orang yang biasa. Negara mana yang paling awak nak pergi.”

“Istanbul, Turkey.”

“Bukan London, Paris?”

“Itu kota cinta, kota membeli-belah untuk orang kaya. Orang macam saya ni nak beli tiket flight pun tak mampu, apatah lagi nak membeli-belah. Saya bukannya manusia yang suka shopping. Cukup dengan apa yang ada. Mak ayah saya dah didik dari kecil untuk berjimat cermat.”

Pelayan datang membawa dua pinggan makanan dan dua gelas minuman.

“Makanlah.”

Aku menadah tangan membaca doa makan di dalam hati. Dengan tindakan spontanku, Hezree juga menadah tangan dan membaca doa untuk kami. Sejuk sikit rasa hati.

“Kenapa Istanbul?”

“Saya baca kat buku tentang kekuatan Kerajaan Uthmaniyah yang diketuai oleh Raja Muhammad Alfatih. Saya  kagum dengannya. Sebuah  kota Constantinople yang kuat tetapi runtuh dengan kedatangannya. Dia dapat menjadikan sebuah gereja kepada masjid. Tapi disebabkan seorang manusia bernama Mustafa Kamal yang tak tahu mana asal usulnya, yang dicurigai keIslamannya, negara yang kuat kini tunduk pada kezaliman Israel. Ada yang mengatakan disebab dia juga Israel dapat menakluk Palestin. Saya juga nak menziarahi makam Amar, seorang anak Malaysia yang dikebumikan di sana. Dan orang di sana mengatakan arwahnya Amar adalah seorang yang syahid. Keningnya masih berpeluh ketika dia sudah dikafankan. Saya nak pergi Aya Sofea, saya nak pergi Masjid Biru. Kalau boleh saya nak solat di sana saya nak tengok seni bina Islam di sana.

“Awak terlalu bersemangat. One day kita akan pergi ke sana.”

Kenapa kita berdua pula? Siapa yang nak pergi dengan dia? Kalau boleh aku nak pergi seorang, lebih seronok dan dapat menghayati setiap detik.

“Apa impian hidup Encik Hezree pulak?”

“Saya cuma nak berkahwin dengan seorang perempuan yang saya cintai dan saya nak rasai kehidupan di kampung.”

“Pelik. Tu bukan impian. Bila-bila masa aja Encik Hezree boleh dapat. Orang yang encik cinta tu pun bila-bila masa je dia nak kahwin dengan encik. Orang kat kampung sibuk nak hidup kat bandar. Orang kat bandar nak hidup kat kampung.”

“Kat kampung tenang. Pening duduk di Bandar ni dengan jem, bising, asap. Saya betul-betul berharap mentua saya ada kampung.”

“Kelakarlah encik ni. Encik beli je tanah kat kampung. Tak perlu nak tunggu kampung mentua.”

“Suka hati sayalah, impian saya.”

Betul juga. Itu hanya satu impian. Kenapa aku gelakkan impian dia pula?

“Kampung awak kat mana?”

“Wangsa Maju.”

“Maksud saya kampung mak ayah awak.”

“Perak.”

“Mesti best ada kampung kan?”

“Jarang balik. Kalau ada kenduri atau raya baru balik kampung.”

“Ada sungai?” wajahnya seperti teruja.

“Ada.”

“Mesti sejuk.”

“Malam-malam sejuk sangat. Kalau ramai sepupu yang balik kampung kitaorang akan turun ke sungai untuk jala ikan belakang rumah.”

Bestnya sungai di belakang rumah aja. Teringin saya nak ke sana.”

“Pergilah cari home stay,” sambil bercakap aku berusaha memotong tongkol jagung dengan pisau. Kalau kat rumah, aku kokak je.

“Sini.”

Aku pandang Hezree. Tak faham apa yang sininya? Dia ambil pinggan aku lalu mengerjakan tongkol jagung sehingga togel. Isi jagung melorot di dalam pinggan. Oh macam tu cara nak leraikan jagung dari tongkolnya.

Thanks.”

Selepas itu kami makan dengan senyap. Dah tak tahu topik apa yang nak dibangkitkan lagi.

“Encik, dah dekat pukul 2.00. Waktu lunch dah nak habis.”

“Apa nak risau? Awak keluar dengan saya. Siapa berani tanya?”

Okey you are the boss.

“Ceritalah lagi tentang kampung awak.”

“Suasana yang paling best masa malam raya. Biasanya kalau saya balik, sepanjang jalan masuk ke kampung orang pasang panjut.”

“Apa tu?”

“Pelita buluh. Keliling rumah orang pasang pelita. Berlawan-lawan dengan rumah sebelah. Bau asap pelita tu sedap sangat. Lepas takbir raya, orang lelaki balik dari masjid sambil hon motor beramai-ramai.”

“Kenapa buat macam tu, tak bising ke?”

“Saja nak meriahkan malam raya. Malam raya kita tidur lambat. Lepas tu belum lagi yang main meriam tin. Meriam buluh pun ada. Yang kelakar main meriam tin, baru sekali meletup terus tin pun hancur. Kenalah cari tin lain. Tapi kalau betul bakar, memang bergegar rumah. Yang orang tua melatah tak usah ceritalah, sampai semput-semput melayan anak cucu. Yang penat, kami yang perempuan ni. Kena sediakan bergelen-gelen air. Lengan pun basah dengan air sebab tak henti-henti membasuh pinggan.”

“Bawalah saya balik kampung awak.”

“Kenapa pulak saya nak bawa Encik Hezree balik kampung saya? Encik bukan sesiapa dengan saya.”

“Kalau macam tu jadikan saya sesiapa dalam diri awak.”

Aku telan air liur. Anggap saja ini mimpi. Bila aku sedar, tak ada apa-apa yang berlaku. Aku confuse sebenarnya dia ni songsang atau tak? Dari kata-kata dia tadi macam tak. Tapi perlakuannya sebelum ni macam ya.  Bunyi telefon bimbit Hezree mematikan khayalanku.


“Kita kena balik office sekarang. Ada ad hoc job. Awak kena tolong saya.”

27 ulasan:

  1. Ni mesti serangan dr aweks...best..nk lg boleh

    BalasPadam
  2. Makin lm makin best..bila nk kuonye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq follow RULE NO 1... kita tunggu pengumuman IKP yer..

      Padam
  3. Sakitnya tu disini !!!!
    dh high exited baca
    tetida sambung .....
    ok tolong sambung cepat x sabar ni
    tolong la kuarkan cetak cepat

    BalasPadam
  4. Bila versi cetak nak keluar ni? Kalau boleh sambungkan. Best!!!. Thank you.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq sudi baca yer.. versi cetak soon. Kita tunggu IKP umumkan

      Padam
  5. Wooowwww
    Maaflah akak baru skg shu komen ye.
    Shu dah baca bab2 seblm ini.
    Bole tahan impian encik boss ye,impian sama dgn impian saya nk ke Istanbul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ ye baca. Best kat Istanbul. Pemandangan dia cantik.

      Padam
  6. Sikit sangat x puasss
    Nak lagi... hihihi

    BalasPadam
  7. Eee geram pulak ngn hezree ni, asyik dok buli jer...tackle la secara baik2 kalo betul dah suka

    BalasPadam
  8. Bab seterusnyer bile? Tak sbar nie...

    BalasPadam