RULE NOMBOR 1
BAB 14
Jam
lapan pagi doktor membuat pemeriksaan. Mataku semakin baik. Air mata pun dah
tak meleleh keluar. Tapi masih perlu dipantau. Pengambilan ubat titis
dikurangkan kepada sejam sekali. Dapatlah aku rehatkan mata lama sikit.
“A...
Awak tak mahu balik? Dah tak payah titiskan lima belas minit sekali.”
Rasa
lain pula bila nak tukar panggilan dari encik kepada awak.
“Saya
tunggu awak.”
“Hari
tu Sherry suruh awak call kan. Jangan
disebabkan saya, awak tak call dia
pula.”
“Siapa
Sherry?”
Geram
pula apabila soalan ini asyik diulang-ulang.
Siapa Sherry? Sedangkan perempuan itu yang selalu datang mencarinya.
Takkan tak kenal pula?
“Dia kata dia girlfriend awak.”
“Jangan percaya dengan perempuan gedik tu. Saya tak ada kena-mengena dengan dia.”
“Saya
tak nak dituduh sebagai pengacau hubungan orang. Kerana saya, awak dan Sherry
bergaduh. Kerana saya awak dan dia boleh keluar dating.”
“Hubungan
apa yang awak cakap kalau saya tak ada apa-apa dengan dia?”
“Tak
ada kena-mengena dengan saya. Saya nak pergi toilet.”
Tapi
kenapa hatiku seperti terjentik dengan nama Sherry sedangkan aku yang
membangkitkannya? Aku cemburu ke? Tak mungkin sebab tiada apa-apa yang berlaku
antara aku dan Hezree.
“Saya
tolong.”
“Kaki
saya tak patah. Saya boleh bergerak sendiri.”
Aku
bangun menuju ke toilet. Lihat muka
di balik cermin. Mata masih merah tapi tidak sesaga semalam. Apa kena dengan
aku ni? Aku suruh dia balik tapi hati kata jangan. Aku suruh dia call Sherry tapi hati aku yang sakit.
Bila dia kata dia tak ada apa-apa hubungan dengan Sherry, aku rasa lega. Ikut
rasionalnya kenapa aku rasa lega? Sepatutnya tak ada apa-apa perasaan. Aku
basuh muka dengan air. Sedarkan diri, jangan terperangkap dengan mainan
perasaan. Jangan berani bercinta dengan orang kaya. Cari yang sekufu. Setelah
tenang aku keluar. Dia tak ada di situ. Lega sedikit. Aku ambil tuala dan lap
muka yang basah. Baju pun basah juga. Aku tak peduli asal aku lega. Mana bunga
yang Razif bagi semalam? Tadi ada kat sini. Ni mesti kerja dia.
“Untuk
awak,” dia hulurkan sejambak bunga.
“Bunga
dari Razif mana?”
“Saya
dah buang. Dah layu, tak elok untuk awak.”
“Siapa
suruh awak buang? Biarlah saya simpan.”
“Nanti
mata awak sakit. Kan saya dah beli yang baru ni.”
“Hmm
terima kasih,” aku letakkan bunga di atas meja. Tapi apa kena-mengena mata
sakit dengan bunga pemberian Razif? Atau mata dia yang sakit melihat bunga itu
ada di atas meja?
“Lain
kali jangan bersusah-payah untuk saya. Saya tak akan berikan hati saya pada
awak.” Aduh Nina, apa yang kau cakap ni? Nampak muka dia terkejut. Rahangnya
bergerak-garak. Tengah ketap gigi kuat-kuatlah tu. Tak tahu dia nak marah atau
senyum.
“Siapa
yang minta hati awak? Saya cuma nak berikan hati saya pada awak.”
“Erm...
Tak lawak pun. Awak baliklah. Nanti kalau awak sakit, jangan salahkan saya.
Pergilah rehat, lama sangat awak jaga saya ni. Awak tak ada life ke?”
“Saya
buat apa yang saya suka. Tak ada orang yang boleh paksa saya.”
“Penat
berlawan cakap dengan awak. Saya lebih suka kalau awak diam dengan muka yang
sombong daripada bercakap dan membingitkan telinga saya.”
“Okey as your wish.” Selepas itu dia diam
dan buat muka sombong. Dia ambil I Phone 6 ku dan mula membelek setelah dia
menyuruh aku unlock screen telefon
bimbit itu. Mentang-mentanglah semalam aku tak sempat belek handphone, hari ni dia godek
habis-habisan. Tak kisah pun, tak ada data apa sangat. Instagram, tweeter dan
facebook pun aku tak sempat download
lagi. Mesej pun semua dah terpadam. Tinggal nombor telefon dan gambar aja.
“Saya
tak suka orang usik barang-barang saya. Tapi sebab handphone tu awak yang bagi, saya anggap tu barang awak. Minta
balik sim card dalam handphone tu nanti saya guna handphone lama.”
Dia
tak layan. Buat macam aku tak wujud. Tak apa, aku pun boleh buat macam dia tak
wujud. Aku salin baju di dalam bilik air, capai purse dan aku pergi.
“Nak
pergi mana?”
Aku
diam. Siapa suruh tak layan aku tadi? Aku jalan terus menuju ke lif. Dia ikut.
Aku turun dan jalan tanpa arah. Dia ikut. Dia tarik tangan aku.
“Awak
ni kenapa?” tanyanya keras.
“Kenapa
pula?”
“Keluar
ikut suka. Kalau nurse cari macam
mana?”
“Dia
boleh call. Handphone ada pada awak kan.”
“Awak
nak ke mana?”
“Saya
nak cari ketenangan. Saya nak cari cafe.
Saya nak cari paper. Saya nak cari magezine. Kalau ada novel pun saya nak
beli.”
“Jom
pergi cafe. Saya teman awak makan.”
“Saya
bosan awak tahu tak?”
“Doktor
tak kasi awak membaca.”
“Saya
nak buat apa? Bercakap dengan awak bukannya menenangkan saya. Awak buat saya
serabut. Awak suka cari gaduh dengan saya.”
“Awak
yang suruh saya diam dan buat muka sombong.”
“Saya
tak nak cakap dengan awak. Penat.”
“Saya
minta maaf ya. Awak nak makan apa? Saya belikan.” Hezree menggoyang-goyangkan
tanganku.
Aku
ke café dan terus memesan nasi lemak
berlaukkan telur goreng. Aku makan dengan lahapnya di hadapan dia. Sikit pun
aku tak pelawa dia.
“Lauk
ni gatal. Nanti awak lambat baik.”
Bo layan.
Kalau sakit pun aku yang sakit. Tak ada kena-mengena dengan dia. Selesai makan
aku masuk ke wad semula. Aku ambil ubat titis dan masukkan sendiri dalam mata.
Tapi banyak yang keluar dari yang masuk. Pahit ubat terasa sampai ke tekak.
Selimut kuselubung seluruh badan. Tak mahu tengok mukanya lagi. Aku berharap
kali ini dia benar-benar pergi.
Aku
dikejutkan apabila tiba waktu makan tengahari. Mata tak boleh buka melekat
dengan cecair yang mengering di bulu mata. Perlahan-lahan aku ke bilik air
membasuh muka sehingga mata betul-betul bersih. Mata merah semula. Ni sebab
tertidur dan aku tak letak ubat mengikut masa. Rasa malas nak letak ubat. Biar
sakit lama-lama. Biar dia bosan nak jaga. Aku ke katil semula untuk santapan.
Mata kembali gatal. Nilah bahanaya tak mendengar nasihat orang tua. Siapa suruh
makan telur goreng? Nak makan makanan hospital pun tak selera. Aku letak ubat
titis lagi ke dalam mata. Kali ni aku dah tak nampak ke mana titisan itu pergi.
Ada satu tangan mengambil ubat itu dan titiskan ke mataku. Oh dia ada di sini
lagi.
“Terima
kasih.”
“Sama-sama.
Cik tak makan?”
Ah...
jururawat rupanya. Aku ingat dia.
“Kenyang
lagi. Nanti saya makan. Nampak kawan saya tak?”
“Dia
keluar sekejap. Dia cakap nanti dia datang balik. Kawan ke? Saya ingat suami.”
Aku
menelan kelat. Kenapa suami pula? Belum sempat berkasihan, kami dah bercekau.
Tapi kenapa sekarang aku cari dia?
“Nina,
saya datang at the right time kan?”
Aku
angkat kening. Apa yang right timenya?
“Awak
tak makan lagi, saya suapkan makan.” Razif duduk di sebelahku dan aku bersila
di atas katil. Sudu disua ke mulutku. Aku hanya tinggal kunyah dan telan.
“Mata
awak macam tak ada perubahan pun. Apa yang doktor kat sini buat?”
“Pagi
tadi dah okey tapi tekak ni gatal
sangat nak makan telur goreng. Mendapatlah.”
“Pantanglah
sikit. Nanti tak dapat pergi family day.
Kalau awak tak pergi, saya pun tak nak pergi.”
“Awak
kena pergi. Awak orang yang dirai.”
“Awak
pun orang yang dirai.”
“Bohong
semua tu. Saya tak buat apa-apa. Saya duduk dan diam. Semuanya Encik Hezree
yang deal. Saya tak tahu cakap Jepun
kecuali arigato.”
“Menurut
Hezree orang Jepun tu suka pada awak sebab tu dia setuju invest dengan kita.”
“Awak
rasa kalau saya kerja kat tempat lain, orang Jepun tu akan ikut invest kat company baru yang saya kerja tak?”
Razif
angkat bahu. “Ada niat nak tukar kerja?”
“Kalau
dapat majikan yang lebih baik why not?”
“Hezree
tu baik cuma dia tak tahu nak layan perempuan. Tu yang nampak kasar sikit.
Semalam pun dia melawat awak kan. Nampak tak keperihatinan boss awak?”
Dia
bukan setakat melawat. Dia jaga saya seharian kat sini tanpa tidur. Dia merawat
saya. Saya aja yang tak tahu diuntung. Tak reti berterima kasih. Kalau saya
ikut nasihat dia, esok mungkin saya dah boleh balik. Tapi tu semuanya hanya
dialog di dalam hati. Tak mampu dilafazkan melalui mulut.
“Razif,
awak selalu gaduh dengan girlfriend
awak?”
“Saya
tak ada girlfriendlah.”
“Semalam
awak kata nak dinner dengan dia.”
“Girlfriend tu mama saya. Saya ni nak
jadi student balik. Mana nak mampu
tanggung anak orang.”
“Jadi
hari tu masa awak cakap kat Sherry tu, awak tipulah. Tu bukan dress girlfriend awak?”
“Saya
pun tertanya-tanya juga, dress siapa
tu. Tapi sebab nak halau Sherry secara halus, terpaksah saya bohong sunat. Awak
tahu dress siapa?”
Pertanyaan
makan tuan. Siapa suruh ingatkan peristiwa tu pada dia? Mentol menyala-nyala.
“Entah.
Saya kan baru masuk kerja. Manalah saya tahu sejak bila dress tu ada dalam bilik Encik Hezree.”
“Banyak
awak makan. Lapar ke atau sedap saya suapkan?”
“Leka
bila awak suap.”
“Kalau
saya jaga awak, mesti awak cepat baik.”
Oh
cukuplah seorang Hezree menjaga aku. Tak perlu yang lain. Yang seorang pun dah
cukup memeningkan.
“Saya
tahu awak bosan duduk kat hospital sorang-sorang. Saya pun pernah sakit mata.
Tapi tak adalah sampai masuk hospital. Kalau nak tunduk, rasa bola mata nak
bergolek jatuh. Nak buka mata pun susah sebab melekat-lekat. Jadi saya nak buat
something kat awak supaya awak happy. Sikat mana?”
“Dalam
laci. Apa awak nak buat?”
Razif
merendahkan paras katil. Aku disuruh membelakanginya kemudian dia duduk di atas
bangku. Takkan dia nak ikatkan rambut aku pula? Getah rambut diloratkan. Sweetnya mengalahkan semua benda manis
di dalam dunia.
“Kalau
awak pergi pulau kat Thailand, benda ni popular sangat. Saya belajar dari adik
saya. Nasiblah ada dua adik perempuan yang membuli abangnya. Masa saya
kecil-kecil dulu diaorang ajar saya tocangkan rambut barby. Kalau saya tak nak buat, diaorang menangis. Sekarang saya
dah jadi master tocang.”
Aku
gelak. “Tak glamournya nama master tocang. Cakaplah hairstyles ke barulah vouge.”
“Saya
tahu buat tocang aje.”
Sambil
tangannya mengerjakan rambutku kami berborak-borak. Dia memang seorang yang
sangat menenangkan dan menyenangkan.
“Awak
sambung belajar kat mana?”
“Kat
Scotland.”
“Senangnya
jadi anak orang kaya. Cakap aja nak belajar kat mana. Yang pasti mesti kat luar
negara.”
“Nanti
awak datanglah melawat saya kat sana.”
“Awak
cakap macam suruh saya melawat awak kat Shah Alam ajakan. Jangan kata nak beli ticket fligh, nak mimpi ke sana pun saya
tak mampu.”
“Saya
sponsorlah ticket flight awak. Cakap aja bila nak datang, saya boleh uruskan.”
“Seronokkan
jadi anak orang kaya.”
“Yang
kayanya ayah saya.”
“Awak
nak dengar tak satu cerita? Ni cerita betul tau.”
“Apa
dia?”
“Kat
kampung saya ada sorang apek ni masa muda-muda kerjanya kutip besi buruk. Mak
ayah dia orang susah. Lepas dah untung bisnes besi buruk, dia buka kedai basikal
pula. Bisnes dia berkembang. Ada satu aja kedai basikal kat kampung tu.
Sekarang anak dia ambil alih bisnes tu. Apek tu selalu lepak kat kedai kopi dengan baju pagoda lusuh dan seluar pendek.
Dia naik basikal dari rumah ke kedai. Anak dia pakai kereta besar, pakaian branded, smart. Ayah saya tanya kat dia
lebih kurang macam ni 'Apek kenapa lu
sudah kaya tapi pakai ini macam, anak lu
pakai itu macam?' Apek tu jawab 'Apak wa
olang miskin, itu budak apak dia olang kaya.' Jadi awak kena bangga dilahirkan dalam keluarga yang
kaya.”
Tersembur
gelak Razif.
“Apa
yang kelakar?”
“Apek
tu pandai melawak. Awak pun berbakat tiru gaya apek tu bercakap. Rambut awak
dah siap, pergilah tengok.”
Aku
bangun menghadap cermin. Terkasima dengan hasil tangan Razif. Tak sangka dia
sehebat ini.
“Macam
negro,” kataku apabila melihat tocang-tocang kecil di kepalaku.
“Negro
yang cantik dan putih. Awak suka?”
Aku
angguk. Mukaku nampak lain dari sebelum ini.
“Masa
untuk titiskan ubat,” kata Razif. Kali ini dia pula gantikan tempat Hezree.
“Terima
kasih Razif.”
“Awak
rehat ya, cepat-cepat sihat. Saya balik dulu."
Aku
angguk. Bosan duduk seorang. Kalau berdua, bolehlah berborak. Tak ada ke jiran
yang nak masuk kat sebelah katil ni? Nak membaca tapi pandangan kabur. Aku
sumbatkan earphone dan menikmati
halwa telinga. Jururawat yang masuk tersenyum-senyum memandangku. Aku tahu
rambut yang eksotik ni memang menarik perhatian.
HUHU INI KALO HEZ TAU HBS LA DGN BUNGA PN DIA DAH LA JELES TAHAP GABAN INI KN PULA MESRA2 GINI
BalasPadamkan....mmg habis terbakar..tukar color hijau nanti
PadamApa hezree buat agaknya kalau tau razif tocangkan rambut tu
BalasPadamnext episode..hihi
PadamBest2
BalasPadamxsabar nk tunggu n3
Hahahhahaha jap lg memerli je la hez tu
BalasPadamAlaaaa sikit sgt laaaaaa
Nak lg bnyk2
Ni bab panjang ni yunk.. Sbb dia sweet terus rase pendek.. hihi.
Padambest3
BalasPadamtq tq
Padambest
BalasPadamsaya sukaaa
teruskan
setia menanti next entri
tq dear...Nnt tunggu novelnya pulak ya
Padam