Isnin, 5 Oktober 2015

RULE NOMBOR 1

BAB 14



Jam lapan pagi doktor membuat pemeriksaan. Mataku semakin baik. Air mata pun dah tak meleleh keluar. Tapi masih perlu dipantau. Pengambilan ubat titis dikurangkan kepada sejam sekali. Dapatlah aku rehatkan mata lama sikit.

“A... Awak tak mahu balik? Dah tak payah titiskan lima belas minit sekali.”

Rasa lain pula bila nak tukar panggilan dari encik kepada awak.

“Saya tunggu awak.”

“Hari tu Sherry suruh awak call kan. Jangan disebabkan saya, awak tak call dia pula.”

“Siapa Sherry?”

Geram pula apabila soalan ini asyik diulang-ulang.  Siapa Sherry? Sedangkan perempuan itu yang selalu datang mencarinya. Takkan tak kenal pula?

“Dia kata dia girlfriend awak.”

“Jangan percaya dengan perempuan gedik tu. Saya tak ada kena-mengena dengan dia.”

“Saya tak nak dituduh sebagai pengacau hubungan orang. Kerana saya, awak dan Sherry bergaduh. Kerana saya awak dan dia boleh keluar dating.”

“Hubungan apa yang awak cakap kalau saya tak ada apa-apa dengan dia?”

“Tak ada kena-mengena dengan saya. Saya nak pergi toilet.”

Tapi kenapa hatiku seperti terjentik dengan nama Sherry sedangkan aku yang membangkitkannya? Aku cemburu ke? Tak mungkin sebab tiada apa-apa yang berlaku antara aku dan Hezree.

“Saya tolong.”

“Kaki saya tak patah. Saya boleh bergerak sendiri.”

Aku bangun menuju ke toilet. Lihat muka di balik cermin. Mata masih merah tapi tidak sesaga semalam. Apa kena dengan aku ni? Aku suruh dia balik tapi hati kata jangan. Aku suruh dia call Sherry tapi hati aku yang sakit. Bila dia kata dia tak ada apa-apa hubungan dengan Sherry, aku rasa lega. Ikut rasionalnya kenapa aku rasa lega? Sepatutnya tak ada apa-apa perasaan. Aku basuh muka dengan air. Sedarkan diri, jangan terperangkap dengan mainan perasaan. Jangan berani bercinta dengan orang kaya. Cari yang sekufu. Setelah tenang aku keluar. Dia tak ada di situ. Lega sedikit. Aku ambil tuala dan lap muka yang basah. Baju pun basah juga. Aku tak peduli asal aku lega. Mana bunga yang Razif bagi semalam? Tadi ada kat sini. Ni mesti kerja dia.

“Untuk awak,” dia hulurkan sejambak bunga.

“Bunga dari Razif mana?”

“Saya dah buang. Dah layu, tak elok untuk awak.”

“Siapa suruh awak buang? Biarlah saya simpan.”

“Nanti mata awak sakit. Kan saya dah beli yang baru ni.”

“Hmm terima kasih,” aku letakkan bunga di atas meja. Tapi apa kena-mengena mata sakit dengan bunga pemberian Razif? Atau mata dia yang sakit melihat bunga itu ada di atas meja?

“Lain kali jangan bersusah-payah untuk saya. Saya tak akan berikan hati saya pada awak.” Aduh Nina, apa yang kau cakap ni? Nampak muka dia terkejut. Rahangnya bergerak-garak. Tengah ketap gigi kuat-kuatlah tu. Tak tahu dia nak marah atau senyum.

“Siapa yang minta hati awak? Saya cuma nak berikan hati saya pada awak.”

“Erm... Tak lawak pun. Awak baliklah. Nanti kalau awak sakit, jangan salahkan saya. Pergilah rehat, lama sangat awak jaga saya ni. Awak tak ada life ke?”

“Saya buat apa yang saya suka. Tak ada orang yang boleh paksa saya.”

“Penat berlawan cakap dengan awak. Saya lebih suka kalau awak diam dengan muka yang sombong daripada bercakap dan membingitkan telinga saya.”

Okey as your wish.” Selepas itu dia diam dan buat muka sombong. Dia ambil I Phone 6 ku dan mula membelek setelah dia menyuruh aku unlock screen telefon bimbit itu. Mentang-mentanglah semalam aku tak sempat belek handphone, hari ni dia godek habis-habisan. Tak kisah pun, tak ada data apa sangat. Instagram, tweeter dan facebook pun aku tak sempat download lagi. Mesej pun semua dah terpadam. Tinggal nombor telefon dan gambar aja.

“Saya tak suka orang usik barang-barang saya. Tapi sebab handphone tu awak yang bagi, saya anggap tu barang awak. Minta balik sim card dalam handphone tu nanti saya guna handphone lama.”

Dia tak layan. Buat macam aku tak wujud. Tak apa, aku pun boleh buat macam dia tak wujud. Aku salin baju di dalam bilik air, capai purse dan aku pergi.

“Nak pergi mana?”

Aku diam. Siapa suruh tak layan aku tadi? Aku jalan terus menuju ke lif. Dia ikut. Aku turun dan jalan tanpa arah. Dia ikut. Dia tarik tangan aku.

“Awak ni kenapa?” tanyanya keras.

“Kenapa pula?”

“Keluar ikut suka. Kalau nurse cari macam mana?”

“Dia boleh call. Handphone ada pada awak kan.”

“Awak nak ke mana?”

“Saya nak cari ketenangan. Saya nak cari cafe. Saya nak cari paper. Saya nak cari magezine. Kalau ada novel pun saya nak beli.”

“Jom pergi cafe. Saya teman awak makan.”

“Saya bosan awak tahu tak?”

“Doktor tak kasi awak membaca.”

“Saya nak buat apa? Bercakap dengan awak bukannya menenangkan saya. Awak buat saya serabut. Awak suka cari gaduh dengan saya.”

“Awak yang suruh saya diam dan buat muka sombong.”

“Saya tak nak cakap dengan awak. Penat.”

“Saya minta maaf ya. Awak nak makan apa? Saya belikan.” Hezree menggoyang-goyangkan tanganku.

Aku ke café dan terus memesan nasi lemak berlaukkan telur goreng. Aku makan dengan lahapnya di hadapan dia. Sikit pun aku tak pelawa dia.

“Lauk ni gatal. Nanti awak lambat baik.”

Bo layan. Kalau sakit pun aku yang sakit. Tak ada kena-mengena dengan dia. Selesai makan aku masuk ke wad semula. Aku ambil ubat titis dan masukkan sendiri dalam mata. Tapi banyak yang keluar dari yang masuk. Pahit ubat terasa sampai ke tekak. Selimut kuselubung seluruh badan. Tak mahu tengok mukanya lagi. Aku berharap kali ini dia benar-benar pergi.



Aku dikejutkan apabila tiba waktu makan tengahari. Mata tak boleh buka melekat dengan cecair yang mengering di bulu mata. Perlahan-lahan aku ke bilik air membasuh muka sehingga mata betul-betul bersih. Mata merah semula. Ni sebab tertidur dan aku tak letak ubat mengikut masa. Rasa malas nak letak ubat. Biar sakit lama-lama. Biar dia bosan nak jaga. Aku ke katil semula untuk santapan. Mata kembali gatal. Nilah bahanaya tak mendengar nasihat orang tua. Siapa suruh makan telur goreng? Nak makan makanan hospital pun tak selera. Aku letak ubat titis lagi ke dalam mata. Kali ni aku dah tak nampak ke mana titisan itu pergi. Ada satu tangan mengambil ubat itu dan titiskan ke mataku. Oh dia ada di sini lagi.

“Terima kasih.”

“Sama-sama. Cik tak makan?”

Ah... jururawat rupanya. Aku ingat dia.

“Kenyang lagi. Nanti saya makan. Nampak kawan saya tak?”

“Dia keluar sekejap. Dia cakap nanti dia datang balik. Kawan ke? Saya ingat suami.”

Aku menelan kelat. Kenapa suami pula? Belum sempat berkasihan, kami dah bercekau. Tapi kenapa sekarang aku cari dia?

“Nina, saya datang at the right time kan?”

Aku angkat kening. Apa yang right timenya?

“Awak tak makan lagi, saya suapkan makan.” Razif duduk di sebelahku dan aku bersila di atas katil. Sudu disua ke mulutku. Aku hanya tinggal kunyah dan telan.

“Mata awak macam tak ada perubahan pun. Apa yang doktor kat sini buat?”

“Pagi tadi dah okey tapi tekak ni gatal sangat nak makan telur goreng. Mendapatlah.”

“Pantanglah sikit. Nanti tak dapat pergi family day. Kalau awak tak pergi, saya pun tak nak pergi.”

“Awak kena pergi. Awak orang yang dirai.”

“Awak pun orang yang dirai.”

“Bohong semua tu. Saya tak buat apa-apa. Saya duduk dan diam. Semuanya Encik Hezree yang deal. Saya tak tahu cakap Jepun kecuali arigato.”

“Menurut Hezree orang Jepun tu suka pada awak sebab tu dia setuju invest dengan kita.”

“Awak rasa kalau saya kerja kat tempat lain, orang Jepun tu akan ikut invest kat company baru yang saya kerja tak?”

Razif angkat bahu. “Ada niat nak tukar kerja?”

“Kalau dapat majikan yang lebih baik why not?”

“Hezree tu baik cuma dia tak tahu nak layan perempuan. Tu yang nampak kasar sikit. Semalam pun dia melawat awak kan. Nampak tak keperihatinan boss awak?”

Dia bukan setakat melawat. Dia jaga saya seharian kat sini tanpa tidur. Dia merawat saya. Saya aja yang tak tahu diuntung. Tak reti berterima kasih. Kalau saya ikut nasihat dia, esok mungkin saya dah boleh balik. Tapi tu semuanya hanya dialog di dalam hati. Tak mampu dilafazkan melalui mulut.

“Razif, awak selalu gaduh dengan girlfriend awak?”

“Saya tak ada girlfriendlah.”

“Semalam awak kata nak dinner dengan dia.”

Girlfriend tu mama saya. Saya ni nak jadi student balik. Mana nak mampu tanggung anak orang.”

“Jadi hari tu masa awak cakap kat Sherry tu, awak tipulah. Tu bukan dress girlfriend awak?”

“Saya pun tertanya-tanya juga, dress siapa tu. Tapi sebab nak halau Sherry secara halus, terpaksah saya bohong sunat. Awak tahu dress siapa?”

Pertanyaan makan tuan. Siapa suruh ingatkan peristiwa tu pada dia? Mentol menyala-nyala.

“Entah. Saya kan baru masuk kerja. Manalah saya tahu sejak bila dress tu ada dalam bilik Encik Hezree.”

“Banyak awak makan. Lapar ke atau sedap saya suapkan?”

“Leka bila awak suap.”

“Kalau saya jaga awak, mesti awak cepat baik.”

Oh cukuplah seorang Hezree menjaga aku. Tak perlu yang lain. Yang seorang pun dah cukup memeningkan.

“Saya tahu awak bosan duduk kat hospital sorang-sorang. Saya pun pernah sakit mata. Tapi tak adalah sampai masuk hospital. Kalau nak tunduk, rasa bola mata nak bergolek jatuh. Nak buka mata pun susah sebab melekat-lekat. Jadi saya nak buat something kat awak supaya awak happy. Sikat mana?”

“Dalam laci. Apa awak nak buat?”

Razif merendahkan paras katil. Aku disuruh membelakanginya kemudian dia duduk di atas bangku. Takkan dia nak ikatkan rambut aku pula? Getah rambut diloratkan. Sweetnya mengalahkan semua benda manis di dalam dunia.

“Kalau awak pergi pulau kat Thailand, benda ni popular sangat. Saya belajar dari adik saya. Nasiblah ada dua adik perempuan yang membuli abangnya. Masa saya kecil-kecil dulu diaorang ajar saya tocangkan rambut barby. Kalau saya tak nak buat, diaorang menangis. Sekarang saya dah jadi master tocang.”

Aku gelak. “Tak glamournya nama master tocang. Cakaplah hairstyles ke barulah vouge.”

“Saya tahu buat tocang aje.”

Sambil tangannya mengerjakan rambutku kami berborak-borak. Dia memang seorang yang sangat menenangkan dan menyenangkan.

“Awak sambung belajar kat mana?”

“Kat Scotland.”

“Senangnya jadi anak orang kaya. Cakap aja nak belajar kat mana. Yang pasti mesti kat luar negara.”

“Nanti awak datanglah melawat saya kat sana.”

“Awak cakap macam suruh saya melawat awak kat Shah Alam ajakan. Jangan kata nak beli ticket fligh, nak mimpi ke sana pun saya tak mampu.”

“Saya sponsorlah ticket flight awak. Cakap aja bila nak datang, saya boleh uruskan.”

“Seronokkan jadi anak orang kaya.”

“Yang kayanya ayah saya.”

“Awak nak dengar tak satu cerita? Ni cerita betul tau.”

“Apa dia?”

“Kat kampung saya ada sorang apek ni masa muda-muda kerjanya kutip besi buruk. Mak ayah dia orang susah. Lepas dah untung bisnes besi buruk, dia buka kedai basikal pula. Bisnes dia berkembang. Ada satu aja kedai basikal kat kampung tu. Sekarang anak dia ambil alih bisnes tu. Apek tu selalu lepak kat kedai kopi dengan baju pagoda lusuh dan seluar pendek. Dia naik basikal dari rumah ke kedai. Anak dia pakai kereta besar, pakaian branded, smart. Ayah saya tanya kat dia lebih kurang macam ni 'Apek kenapa lu sudah kaya tapi pakai ini macam, anak lu pakai itu macam?' Apek tu jawab 'Apak wa olang miskin, itu budak apak dia olang kaya.' Jadi awak kena bangga dilahirkan dalam keluarga yang kaya.”

Tersembur gelak Razif.

“Apa yang kelakar?”

“Apek tu pandai melawak. Awak pun berbakat tiru gaya apek tu bercakap. Rambut awak dah siap, pergilah tengok.”

Aku bangun menghadap cermin. Terkasima dengan hasil tangan Razif. Tak sangka dia sehebat ini.

“Macam negro,” kataku apabila melihat tocang-tocang kecil di kepalaku.

“Negro yang cantik dan putih. Awak suka?”

Aku angguk. Mukaku nampak lain dari sebelum ini.

“Masa untuk titiskan ubat,” kata Razif. Kali ini dia pula gantikan tempat Hezree.

“Terima kasih Razif.”

“Awak rehat ya, cepat-cepat sihat. Saya balik dulu."


Aku angguk. Bosan duduk seorang. Kalau berdua, bolehlah berborak. Tak ada ke jiran yang nak masuk kat sebelah katil ni? Nak membaca tapi pandangan kabur. Aku sumbatkan earphone dan menikmati halwa telinga. Jururawat yang masuk tersenyum-senyum memandangku. Aku tahu rambut yang eksotik ni memang menarik perhatian.

11 ulasan:

  1. HUHU INI KALO HEZ TAU HBS LA DGN BUNGA PN DIA DAH LA JELES TAHAP GABAN INI KN PULA MESRA2 GINI

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan....mmg habis terbakar..tukar color hijau nanti

      Padam
  2. Apa hezree buat agaknya kalau tau razif tocangkan rambut tu

    BalasPadam
  3. Hahahhahaha jap lg memerli je la hez tu
    Alaaaa sikit sgt laaaaaa
    Nak lg bnyk2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni bab panjang ni yunk.. Sbb dia sweet terus rase pendek.. hihi.

      Padam
  4. best
    saya sukaaa
    teruskan
    setia menanti next entri

    BalasPadam