RULE NOMBOR 1
BAB 13
Aku
tersedar dari tidur apabila telefon bimbit berbunyi. Nombor telefon pejabat
tertera. Masti ada apa-apa kerja yang tertangguh ni.
“Assalamualaikum
Nina.”
“Waalaikumsalam.”
“Awak
kat hospital ye? Kenapa dengan awak?”
“Hai
Razif, baru sehari tak jumpa dah rindu saya ke?”
“Mestilah
rindu, saya nak ajar siapa kalau awak tak ada? Saya on the way nak ke Mutiaraland. Terpaksalah saya gantikan tempat
awak.”
“Awak
pergi dengan Encik Hezree ke?”
“Ya..
eh tak.. Pergi asing-asing. Jumpa kat Mutiaraland je. Dari pagi dia tak masuk office. Petang ni Dato Seri nak jumpa
semua staff. Tak tahu kenapa. Nak
bagi bonus kot. Rugilah awak tak ada.”
“Kalau
saya tak ada, bonus terus masuk akaun saya kan?”
“Petang
nanti saya datang lawat awak ya.”
“Tak
payahlah Razif. Muka saya teruk sangat. Tak maulah awak tengok muka buruk saya
ni. Lagipun malam ni bukan ke orang-orang macam awak pergi kelab?”
“Kelab?
Bukan tempat saya tu. Mak ayah saya tak ajar buat benda-benda macam tu. Encik
Hezree pun bukan kaki kelab juga. Sekali-sekala bolehlah layan. Apa awak nak
malu dengan saya? Buruk mana sangatlah muka awak tu? Kalau dah cantik, cantik
juga.”
Kembang
sehospital dibuat Razif ni. Ayat ropol-ropol dan selalu menyenangkan. Pujian
memang tak lekang dari mulutnya. Kadang-kala makcik yang bersihkan office pun akan dipujinya. Mulut manis.
Bagusnya didikan orang tua dia.
“Okeylah Razif hati-hati memandu. Good luck untuk projek baru.”
“Thanks Nina and take care.”
Aku
ditempatkan di bilik berdua. Tapi sebenarnya aku seorang sahaja di dalam bilik
ini. Siang hari aku tak kisah, tapi kalau malam menjelma tegak juga bulu roma
tinggal berseorangan. Petang itu ayah datang melawat. Ayah kata kebetulan dia
lalu di sini jadi dia singgah sebentar untuk melihat keadaanku. Ayah kata tak
teruk sangat. Kalau titiskan air embun dalam mata, boleh cepat baik. Lega
dengan cakap ayah. Aku kata pada ayah, jangan risau. Anak ayah ni kuat
semangat. Pesan pada mak sekali jangan risaukan aku. Ayah pulang, Razif pula
datang. Mungkin berselisih dengan ayah tadi. Sejambak bunga diletak di atas
meja.
“Kenapa
susah-susah bawa bunga ni? Membazirlah Razif.”
“Saya
kutip kat tepi jalan je. Tak membazir pun.”
“Agak-agaklah
kalau nak menipu saya. Cantik sangat gubahan bunga tepi jalan awak ni.”
Razif
senyum lucu.
“Bunga
yang cantik untuk seorang perempuan yang cantik, sangat berbaloi kan? Awak
sakit mata?”
Aku
angguk.
“Awak
intai siapa?”
“Ni
bukan ketumbit. Kalau ketumbit tu mungkinlah juga saya intai orang. Ini sakit
dua-dua belah mata. Jangkitan,” terangku.
“Awak
tak tahan dengan panahan mata lelaki macho
di dalam office ya? Saya faham ramai
lelaki yang usha awak kat office tu. Mentang-mentanglah dia sorang
aja anak dara.”
“Pandailah
awak Razif. Apa cerita meeting dengan
Dato Seri tadi?”
“Weekend depan kita pergi Cherating for Family day. Jarang-jarang Dato Seri
buat. Dia kata nak raikan tiga benda.”
“Apa
dia?”
“Pertama,
farewell saya. Kedua kejayaan saya
dan Hezree hari ni.”
“Maksud
awak, deal dengan Mutiaraland tu
berjaya?”
Razif
senyum lebar sambil anggukkan kepala. Aku pun senyum teruja.
“Dan
yang ketiga nak raikan awak yang berjaya ikat contract dengan pelabur Jepun tu. Tadi Dato Seri cari awak. Tapi
awak tak ada.”
“Kalau
mata saya tak baik lagi, saya tak dapat joinlah
nampaknya.”
“Kenapa
pulak tak baik lagi? Hari Isnin ni
mesti awak boleh masuk kerja.”
“Awak
bukan doktor. Sakit mata ni paling sekejap pun seminggu.”
“Awak
seorang yang kuat semangat, mesti sekejap aja sakit.”
Razif
ambil tisu yang ada di atas meja. Dia lap air mata yang mengalir.
Berlendir-lendir dan melekat pada bulu mata.
“Bulu
mata panjang sangat. Habis melekat. Nanti nak buka mata pun tak boleh,” ngomel
Razif.
“Saya
hargai niat murni awak. Tapi boleh tak jangan kutuk bulu mata saya?” Bulu mata
gabungan mak dan ayah. Panjang macam mak, tak melentik macam ayah.
“Dah
lama sampai?”
Terkejut
dengan suara itu. Nasib baik Razif tak tercucuk mataku dengan tisu. Kalau
tidak, lagi parahlah nampaknya.
“Baru
aja,” jawab Razif tetapi tangannya masih memegang tisu untuk mengelap air
mataku.
“Patutlah
kelam kabut nak balik. Kat sini rupanya.”
“Sekejap
je kau jumpa Pak Long?”
“Bincang
pasal family day sikit,” balas
Hezree.
“Doktor
dah cek mata awak?” Hezree bertanya pula padaku.
“Pagi
tadi je doktor cek. Lapas tu nurse
datang bagi ubat setiap lima belas minit.”
“Bila
boleh balik ni?” Hezree terus bertanya.
“Tak
tahu. Esok pagi doktor datang saya tanya.”
“Nina,
saya balik dulu. Ada dinner dengan girlfriend,” Razif meminta diri setelah
selesai membersihkan mataku.
“Okey Razif. Thanks melawat saya.”
Razif
menepuk-nepuk bahu Hezree sebelum pergi.
“Mesranya.”
Wajah Hezree mencuka. Tapi aku buat biasa. Sikit pun aku tidak hairan dengan
wajahnya itu.
“Dari
dia?” Tanya Hezree sambil menudingkan jari pada jambangan bunga.
Aku
angguk.
“Kenapa
tak lap mata tu sendiri?”
Aku
diam tidak menjawab.
“Saya
dah hantar kereta awak. Ni mak bagi. Pakaian awak dan bubur nasi. Sorry dah sejuk sebab saya ambil lepas sembahyang
Jumaat.”
Dia
panggil mak aku mak? Macam dah mesra sangat pula. Mak bagi beg pakaian pada
dia? Memang ajaib ni.
“Congrats,” ucapku apabila teringatkan
apa yang diberitahu oleh Razif sebentar tadi.
“Untuk
apa?” mata Hezree sedikit mengecil apabila bertanya.
“Deal dengan Mutiaraland.”
“Thanks. Dia bagi tahu?”
Aku
angguk.
“Saya
tak suka awak rapat sangat dengan dia.”
“Razif?
Kenapa? Diakan nak pass kerja dia
pada saya.”
“Cukup
kat office je. Tak perlu sampai luar office.”
“Ikut
suka hati sayalah nak rapat dengan siapa pun. Takkan personal life saya pun encik nak control?”
Nurse
datang memberikan ubat titis. Aku diberitahu kalau tak surut juga sakit mata ni
kena suntik antibiotik. Aku tak kisah kalau disuntik asalkan cepat baik.
“Tak
apa, saya buatkan. Tinggalkan kat sini aja ubat tu. Setiap lima belas minit
saya titiskan pada dia.”
Jururawat
itu senyum dengan kata-kata Hezree. Senanglah kerja dia.
“Baring,”
arah Hezree padaku.
Aku
mengikut arahannya dan buka mata luas-luas lalu Hezree titiskan ubat mata
padaku.
“Ambil
tisu ni dan lap sendiri air yang keluar dari mata awak.” Hezree menghulurkan
tisu padaku.
“Terima
kasih. Encik tak nak balik ke?”
“Saya
tidur sini.”
Biar
betul? Tak selesa kalau dia ada kat sini. Nak tidur kuak lentang ke nak
berdengkur ke, air liur basi meleleh ke. Mesti malu.
“Tak
apa encik, pergilah balik. Nurse kat
sini ramai yang boleh jagakan saya.”
“Saya
nak jaga awak sampai awak betul-betul sihat. Saya tak mahu awak terlepas family day.”
“Doktor
kata pemantauan selama seminggu.”
“Pemantauan
selama seminggu kalau masih tak baik. Kalau dah baik boleh balik awal. Saya
akan pastikan awak akan baik sebelum waktu tu.”
“Encik
tak payahlah rasa bersalah sangat. Saya okey,
saya takut nanti sakit mata ni berjangkit dekat encik.”
“Kalau
dengan cara tu awak boleh baik, saya tak kesah. Dan tolong jangan panggil saya
encik. Saya rasa pelik bila awak panggil encik. Tak payah nak kerutkan muka,
dah lima belas minit, saya titiskan lagi ubat sebelum saya pergi mandi.”
“Bawa
baju ke?”
Dia
tunjukkan begpacknya. Ingatkan beg
lap top. Kalau tak panggil encik nak panggil apa? Hezree? Hez? Awak? You? Ahhh tak payah panggil apa-apa.
Segar
dan wangi. Itu yang dapat aku rasakan apabila dia duduk di sebelahku selepas keluar
dari bilik mandi.
“Dah
lima belas minit.”
“Penatlah
saya macam ni. Tak sempat nak buat apa-apa dah kena titis ubat.”
“Jangan
merungut. Merungut tu perbuatan orang tak bersyukur.”
“Biar
saya buat sendiri. Encik baliklah. Nak tidur kat mana nanti?”
“Kerusi
ada. Sofa bad ada. Awak rasa lima
belas minit sekali kena letak ubat, saya ada masa nak tidur?”
Empat
jam sekali jururawat datang memantau. Senang cerita kami memang tak tidur
seharian. Terpaksa berborak macam-macam topik. Dari perihal kerja hingga topik
peribadi. Belajar di mana? Pengkhususan dalam bidang apa? Semuanya kami cerita.
“Awak
dah ada boyfriend?”
“Belum
terfikir dan tak mahu fikir.”
“Sampai
bila tak mahu fikir?”
“Biar
dia datang sendiri. Saya tak mahu cari. Saya dah cukup dengan kasih sayang mak,
ayah dan adik-adik.”
“Tak
rasa nak berkeluarga?”
“Mak,
ayah dan adik-beradik saya adalah keluarga saya.”
“Maksud
saya keluarga awak sendiri.”
“Tak
mahu fikir.”
“Hidup
awak terlalu senang. Tak suka, tak payah fikir.”
“Saya
nak hidup yang simple. Tak sakitkan
hati orang, dan saya sendiri tak mahu disakiti. Ramai kawan-kawan saya yang
menangis bila putus cinta. Saya tak mahu jadi perempuan bodoh yang menangis
disebabkan lelaki. Sungguh tak berbaloi, air mata yang semahal itu tumpah sebab
lelaki.”
“Tapi
awak selalu sakitkan hati saya. Dan sekarang air mata awak sangat murah hingga
dia tak berhenti mengalir.”
“Mana
ada. Encik yang selalu sakitkan hati saya. Air mata ni tak dikira. Ini air mata
penyakit yang disebabkan oleh kedegilan seorang lelaki.”
“Bila
saya sakitkan hati awak? Awak yang tengah sakitkan hati saya sekarang.”
“Kenapa
pulak?”
“Saya
pesan jangan panggil encik, tapi awak tetap nak panggil juga.”
“Nak
saya panggil apa?”
“Abang.”
“Oh
tak apalah.”
Hezree
menitiskan lagi ubat ke dalam mataku. Tisu diberikan.
“Kenapa?”
“Encik
tetap boss saya. Saya tak akan
panggil abang.”
“Saya
tua dari awak empat tahun dan memang layak dipanggil abang.”
“Empat
tahun tak adalah tua sangat. Saya nak tidur.”
Hahahahhaha
BalasPadamCantik sungguh alasan nak suruh panggil abang ya hezree 😂😂😂😂😂😂😂
Nexttt.... nak lagiiii
Hihihi. Nak tp ego
PadamBest sgt2...bila nk kluar versi cetak Ni?
BalasPadamTq sis. Dah x lama lagi klu mengikut kate kak Liza Wati..
PadamHahahaha
BalasPadamAbang ye ....hurmmm susah benor dpt laki mcm ini.
Kannn..hihi
PadamKihkihkihhh......lg2..cpt hez cpt..kang kne kebas kt org
BalasPadamHabislah dia...pas ni lg babak cemburu tahap gaban.
PadamJgn hez yg btukar jd gaban dh hahahha
PadamJgn hez yg btukar jd gaban dh hahahha
PadamBest3 xsabar
BalasPadamnk tunggu versi cetak
Tq... tq... saya pun x sabar
PadamHa Ha Ha.... dah mcm bukan bos pulak....
BalasPadam😉😉😉