Jumaat, 2 Oktober 2015

RULE NOMBOR 1

BAB 13



Aku tersedar dari tidur apabila telefon bimbit berbunyi. Nombor telefon pejabat tertera. Masti ada apa-apa kerja yang tertangguh ni.

“Assalamualaikum Nina.”

“Waalaikumsalam.”

“Awak kat hospital ye? Kenapa dengan awak?”

“Hai Razif, baru sehari tak jumpa dah rindu saya ke?”

“Mestilah rindu, saya nak ajar siapa kalau awak tak ada? Saya on the way nak ke Mutiaraland. Terpaksalah saya gantikan tempat awak.”

“Awak pergi dengan Encik Hezree ke?”

“Ya.. eh tak.. Pergi asing-asing. Jumpa kat Mutiaraland je. Dari pagi dia tak masuk office. Petang ni Dato Seri nak jumpa semua staff. Tak tahu kenapa. Nak bagi bonus kot. Rugilah awak tak ada.”

“Kalau saya tak ada, bonus terus masuk akaun saya kan?”

“Petang nanti saya datang lawat awak ya.”

“Tak payahlah Razif. Muka saya teruk sangat. Tak maulah awak tengok muka buruk saya ni. Lagipun malam ni bukan ke orang-orang macam awak pergi kelab?”

“Kelab? Bukan tempat saya tu. Mak ayah saya tak ajar buat benda-benda macam tu. Encik Hezree pun bukan kaki kelab juga. Sekali-sekala bolehlah layan. Apa awak nak malu dengan saya? Buruk mana sangatlah muka awak tu? Kalau dah cantik, cantik juga.”

Kembang sehospital dibuat Razif ni. Ayat ropol-ropol dan selalu menyenangkan. Pujian memang tak lekang dari mulutnya. Kadang-kala makcik yang bersihkan office pun akan dipujinya. Mulut manis. Bagusnya didikan orang tua dia.

Okeylah Razif hati-hati memandu. Good luck untuk projek baru.”

Thanks Nina and take care.



Aku ditempatkan di bilik berdua. Tapi sebenarnya aku seorang sahaja di dalam bilik ini. Siang hari aku tak kisah, tapi kalau malam menjelma tegak juga bulu roma tinggal berseorangan. Petang itu ayah datang melawat. Ayah kata kebetulan dia lalu di sini jadi dia singgah sebentar untuk melihat keadaanku. Ayah kata tak teruk sangat. Kalau titiskan air embun dalam mata, boleh cepat baik. Lega dengan cakap ayah. Aku kata pada ayah, jangan risau. Anak ayah ni kuat semangat. Pesan pada mak sekali jangan risaukan aku. Ayah pulang, Razif pula datang. Mungkin berselisih dengan ayah tadi. Sejambak bunga diletak di atas meja.

“Kenapa susah-susah bawa bunga ni? Membazirlah Razif.”

“Saya kutip kat tepi jalan je. Tak membazir pun.”

“Agak-agaklah kalau nak menipu saya. Cantik sangat gubahan bunga tepi jalan awak ni.”

Razif senyum lucu.

“Bunga yang cantik untuk seorang perempuan yang cantik, sangat berbaloi kan? Awak sakit mata?”

Aku angguk.

“Awak intai siapa?”

“Ni bukan ketumbit. Kalau ketumbit tu mungkinlah juga saya intai orang. Ini sakit dua-dua belah mata. Jangkitan,” terangku.

“Awak tak tahan dengan panahan mata lelaki macho di dalam office ya? Saya faham ramai lelaki yang usha awak kat office tu. Mentang-mentanglah dia sorang aja anak dara.”

“Pandailah awak Razif. Apa cerita meeting dengan Dato Seri tadi?”

Weekend depan kita pergi Cherating for Family day. Jarang-jarang Dato Seri buat. Dia kata nak raikan tiga benda.”

“Apa dia?”

“Pertama, farewell saya. Kedua kejayaan saya dan Hezree hari ni.”

“Maksud awak, deal dengan Mutiaraland tu berjaya?”

Razif senyum lebar sambil anggukkan kepala. Aku pun senyum teruja.

“Dan yang ketiga nak raikan awak yang berjaya ikat contract dengan pelabur Jepun tu. Tadi Dato Seri cari awak. Tapi awak tak ada.”

“Kalau mata saya tak baik lagi, saya tak dapat joinlah nampaknya.”

“Kenapa pulak tak baik lagi? Hari Isnin ni mesti awak boleh masuk kerja.”

“Awak bukan doktor. Sakit mata ni paling sekejap pun seminggu.”

“Awak seorang yang kuat semangat, mesti sekejap aja sakit.”

Razif ambil tisu yang ada di atas meja. Dia lap air mata yang mengalir. Berlendir-lendir dan melekat pada bulu mata.

“Bulu mata panjang sangat. Habis melekat. Nanti nak buka mata pun tak boleh,” ngomel Razif.

“Saya hargai niat murni awak. Tapi boleh tak jangan kutuk bulu mata saya?” Bulu mata gabungan mak dan ayah. Panjang macam mak, tak melentik macam ayah.

“Dah lama sampai?”

Terkejut dengan suara itu. Nasib baik Razif tak tercucuk mataku dengan tisu. Kalau tidak, lagi parahlah nampaknya.

“Baru aja,” jawab Razif tetapi tangannya masih memegang tisu untuk mengelap air mataku.

“Patutlah kelam kabut nak balik. Kat sini rupanya.”

“Sekejap je kau jumpa Pak Long?”

“Bincang pasal family day sikit,” balas Hezree.

“Doktor dah cek mata awak?” Hezree bertanya pula padaku.

“Pagi tadi je doktor cek. Lapas tu nurse datang bagi ubat setiap lima belas minit.”

“Bila boleh balik ni?” Hezree terus bertanya.

“Tak tahu. Esok pagi doktor datang saya tanya.”

“Nina, saya balik dulu. Ada dinner dengan girlfriend,” Razif meminta diri setelah selesai membersihkan mataku.

Okey Razif. Thanks melawat saya.”

Razif menepuk-nepuk bahu Hezree sebelum pergi.

“Mesranya.” Wajah Hezree mencuka. Tapi aku buat biasa. Sikit pun aku tidak hairan dengan wajahnya itu.

“Dari dia?” Tanya Hezree sambil menudingkan jari pada jambangan bunga.

Aku angguk.

“Kenapa tak lap mata tu sendiri?”

Aku diam tidak menjawab.

“Saya dah hantar kereta awak. Ni mak bagi. Pakaian awak dan bubur nasi. Sorry dah sejuk sebab saya ambil lepas sembahyang Jumaat.”

Dia panggil mak aku mak? Macam dah mesra sangat pula. Mak bagi beg pakaian pada dia? Memang ajaib ni.

Congrats,” ucapku apabila teringatkan apa yang diberitahu oleh Razif sebentar tadi.

“Untuk apa?” mata Hezree sedikit mengecil apabila bertanya.

Deal dengan Mutiaraland.”

Thanks. Dia bagi tahu?”

Aku angguk.

“Saya tak suka awak rapat sangat dengan dia.”

“Razif? Kenapa? Diakan nak pass kerja dia pada saya.”

“Cukup kat office je. Tak perlu sampai luar office.

“Ikut suka hati sayalah nak rapat dengan siapa pun. Takkan personal life saya pun encik nak control?”

Nurse datang memberikan ubat titis. Aku diberitahu kalau tak surut juga sakit mata ni kena suntik antibiotik. Aku tak kisah kalau disuntik asalkan cepat baik.

“Tak apa, saya buatkan. Tinggalkan kat sini aja ubat tu. Setiap lima belas minit saya titiskan pada dia.”

Jururawat itu senyum dengan kata-kata Hezree. Senanglah kerja dia.

“Baring,” arah Hezree padaku.

Aku mengikut arahannya dan buka mata luas-luas lalu Hezree titiskan ubat mata padaku.

“Ambil tisu ni dan lap sendiri air yang keluar dari mata awak.” Hezree menghulurkan tisu padaku.

“Terima kasih. Encik tak nak balik ke?”

“Saya tidur sini.”

Biar betul? Tak selesa kalau dia ada kat sini. Nak tidur kuak lentang ke nak berdengkur ke, air liur basi meleleh ke. Mesti malu.

“Tak apa encik, pergilah balik. Nurse kat sini ramai yang boleh jagakan saya.”

“Saya nak jaga awak sampai awak betul-betul sihat. Saya tak mahu awak terlepas family day.

“Doktor kata pemantauan selama seminggu.”

“Pemantauan selama seminggu kalau masih tak baik. Kalau dah baik boleh balik awal. Saya akan pastikan awak akan baik sebelum waktu tu.”

“Encik tak payahlah rasa bersalah sangat. Saya okey, saya takut nanti sakit mata ni berjangkit dekat encik.”

“Kalau dengan cara tu awak boleh baik, saya tak kesah. Dan tolong jangan panggil saya encik. Saya rasa pelik bila awak panggil encik. Tak payah nak kerutkan muka, dah lima belas minit, saya titiskan lagi ubat sebelum saya pergi mandi.”

“Bawa baju ke?”

Dia tunjukkan begpacknya. Ingatkan beg lap top. Kalau tak panggil encik nak panggil apa? Hezree? Hez? Awak? You? Ahhh tak payah panggil apa-apa.



Segar dan wangi. Itu yang dapat aku rasakan apabila dia duduk di sebelahku selepas keluar dari bilik mandi.

“Dah lima belas minit.”

“Penatlah saya macam ni. Tak sempat nak buat apa-apa dah kena titis ubat.”

“Jangan merungut. Merungut tu perbuatan orang tak bersyukur.”

“Biar saya buat sendiri. Encik baliklah. Nak tidur kat mana nanti?”

“Kerusi ada. Sofa bad ada. Awak rasa lima belas minit sekali kena letak ubat, saya ada masa nak tidur?”

Empat jam sekali jururawat datang memantau. Senang cerita kami memang tak tidur seharian. Terpaksa berborak macam-macam topik. Dari perihal kerja hingga topik peribadi. Belajar di mana? Pengkhususan dalam bidang apa? Semuanya kami cerita.

“Awak dah ada boyfriend?”

“Belum terfikir dan tak mahu fikir.”

“Sampai bila tak mahu fikir?”

“Biar dia datang sendiri. Saya tak mahu cari. Saya dah cukup dengan kasih sayang mak, ayah dan adik-adik.”

“Tak rasa nak berkeluarga?”

“Mak, ayah dan adik-beradik saya adalah keluarga saya.”

“Maksud saya keluarga awak sendiri.”

“Tak mahu fikir.”

“Hidup awak terlalu senang. Tak suka, tak payah fikir.”

“Saya nak hidup yang simple. Tak sakitkan hati orang, dan saya sendiri tak mahu disakiti. Ramai kawan-kawan saya yang menangis bila putus cinta. Saya tak mahu jadi perempuan bodoh yang menangis disebabkan lelaki. Sungguh tak berbaloi, air mata yang semahal itu tumpah sebab lelaki.”

“Tapi awak selalu sakitkan hati saya. Dan sekarang air mata awak sangat murah hingga dia tak berhenti mengalir.”

“Mana ada. Encik yang selalu sakitkan hati saya. Air mata ni tak dikira. Ini air mata penyakit yang disebabkan oleh kedegilan seorang lelaki.”

“Bila saya sakitkan hati awak? Awak yang tengah sakitkan hati saya sekarang.”

“Kenapa pulak?”

“Saya pesan jangan panggil encik, tapi awak tetap nak panggil juga.”

“Nak saya panggil apa?”

“Abang.”

“Oh tak apalah.”

Hezree menitiskan lagi ubat ke dalam mataku. Tisu diberikan.

“Kenapa?”

“Encik tetap boss saya. Saya tak akan panggil abang.”

“Saya tua dari awak empat tahun dan memang layak dipanggil abang.”


“Empat tahun tak adalah tua sangat. Saya nak tidur.”

13 ulasan:

  1. Hahahahhaha
    Cantik sungguh alasan nak suruh panggil abang ya hezree 😂😂😂😂😂😂😂
    Nexttt.... nak lagiiii

    BalasPadam
  2. Best sgt2...bila nk kluar versi cetak Ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq sis. Dah x lama lagi klu mengikut kate kak Liza Wati..

      Padam
  3. Hahahaha
    Abang ye ....hurmmm susah benor dpt laki mcm ini.

    BalasPadam
  4. Kihkihkihhh......lg2..cpt hez cpt..kang kne kebas kt org

    BalasPadam
    Balasan
    1. Habislah dia...pas ni lg babak cemburu tahap gaban.

      Padam
    2. Jgn hez yg btukar jd gaban dh hahahha

      Padam
    3. Jgn hez yg btukar jd gaban dh hahahha

      Padam
  5. Best3 xsabar
    nk tunggu versi cetak

    BalasPadam
  6. Ha Ha Ha.... dah mcm bukan bos pulak....
    😉😉😉

    BalasPadam